14 February 2012

Roti Jala

Salam, 

Aku ada soalan, kenapa yer..roti jala mesti warna kuning??

Ok, aku bleh jawab soalan ni...tapi ikut kamus hidup aku lah.:)


Ok, ni roti jala yang aku baru buat baru-baru ni. Surau dekat rumah aku ada buat majlis ceramah sempena sambutan Maulidurrasul. Dapat surat yang menyatakan bahawa lorong rumah aku di perlukan untuk membawa Kuah Kacang dengan nasi impit. Tapi aku kerja.

Jadi abah aku tukar sendiri, ikut Lorong 1 punya tema. Buat kari ayam. Memang lah terror abah aku buat. Oleh sebab kari dah seperiuk, aku pun dengan kerajinan tahap gaban, bancuh tepung buat roti jala ni.

Ok, habis cerita utama. Topik menarik..tp taklah menarik sangat. Dah pernah aku jumpa orang lain buat.



Wahahah..aku terlebih rajin. Aku bagi warna lain. Ok, berbalik pada jawapan aku. Kalau roti jalan warna lain...adalah tidak menarik sebenarnya. Mungkin..boleh menarik perhatian sahaja, tapi masa nak makan...hiiiissssssssss...macam-macam rasa ada. Kikikiki :)



Apapun aku enjoy jer makan roti jalan ni. Cuma aku habiskan yang warna kuning jer. Yang lain tak larat nk makan sebab warna nye...kikiki.

So, selamat menikmati warna-warni roti jala aku kali ni.

Wassalam.


Nota: Roti jala ni tak dibawak g Surau pun. Makan kat umah jer :)

No comments:

Post a Comment