14 March 2013

Kelong

Assalamualaikum,

Ni cerita lama tau. Dah lama sampai aku lupa nak update pasal cerita kelong ni. Semua pertama kali bagi aku. Pertama kali naik bot. Weeeeeeeeehoooooo...syok tau...bukan bot laju tu lah...Slow jer. Tu pun masa nak nk jalan...pakcik ni start enjin bot tak hidup.

Ni semua sebab En Suami lah. Nak sangat pergi kelong. Kelong ni apa tau tak. Kelong ni satu tempat memancing. Dekat tengah2 laut. Tak der kat sungai2 cetek tau. Semua kemudahan disediakan. Kita pergi bawak bekal makanan sikit. Baju sejuk dan yang penting apa. Pancing lah!!

Kelong yang aku pegi ni dekat pelabuhan klang. Tak jauh sangat lah. Tolak petang lepas zohor. Dah ada orang tunggu dekat jeti.

Pengalaman pertama aku ok. Tapi yang aku tak akan lupa. Indahnya alam Allah. Tenang jer pandang laut. Tiap masa tiap saat. Baru tau macam mana pasang surut air.

Gambar2 aku banyak gambar pemandangan jer. Sebab memang cantik.








Ok, ni antara gambar yang aku suka pandang. Memang cantik tau. Tak rugi jugak aku ikut. Masa ni pergi berempat. 1 kepala RM 35.00 sahaja. Kelong ni tak lah kat tengah laut. Tapi dekat2 jer dgn jeti. Jadi aku taklah seriau sangat. Masa naik bot ok jer. Tak rasa nak muntah.

Kelong ni nk cari macam payah. Sebab lalu kawasan kampung. Aku pernah jer lalu jalan ni. Sebab ni jalan nk pegi Telok Gong. Pastu belok kanan...pastu...ntah...dah lupa.



Ini pulak hasil tangkapan. 3 orang pemancing tegar memancing sampai tak tido. Paling syok aku lah. Tempat luas sebab aku sorang jer pompuan yg ada. Aku sorang jer yang tido. Sejuk tak sangat lah. Sebab bukan dekat tgh laut pun.

Ikan paling besar kawan En Suami yang dapat. Akhirnya dapat jugak die ikan besar. Boleh tahanlah hasilnya. Tapi tak derlah dapat siakap ngan kerapu. 




Ni pulak kemudahan yang disediakan kat kelong kecik ni. Oh yer...kelong ni atas tong2 warna biru tu jer. Tapi diikat kemas. Jadi masa atas kelong ni, aku rasa terhuyung hayang sket lah. Mula2 sampai macam seronok jer. Tapi lepas aku pusing2 kelong ni..dah mula dah. Rasa pening. Kira macam mabuk laut tahap kecik jer.

Aku tido jer. Lepas bangun tu, aku rasa ok dah. Nasib baik ok. Kalau tak ok, mau aku tido jer atas kelong ni. Macam tu lah kot rasa mabuk lauk. Kikiki.

Dapur gas siap dengan kuali periuk. Sudu pinggan mangkuk semua cukup. Apa lagi yer...kipas angin,minyak masak, gula, garam sekali lah dengan tempat untuk buat bakar2 ikan. Memang best lah. Kelong2 yang ada dah ada tuannya. Nasib baik dapat kelong yang bersih. Tak lupa set untuk karok.
 


Yang pasti, pengalaman pegi kelong memang best. Masa matahari nk terbit dengan terbenam memang aku tgk dengan jelas. Ni last view...mahahati baru nak naik. Memang cantik lah.

Korang trylah yer.

Wassalam.

2 comments: