Showing posts with label Kisah Klasik. Show all posts
Showing posts with label Kisah Klasik. Show all posts

05 July 2017

Salam Syawal 2017



Salam Syawal 1438 H/ 2017

Ok, 2017.

Hahaha. Serius rindu nak menulis. Yelah dunia sekarang update sangat. Nak harap update dekat blog memang berzaman lah tak update. Macam biasa aku update banyak dekat IG. Boleh cari Nani Badai.

Raya kali ni masih sama. Sambut dekat Banting. Ada yang kata Banting bukan Kampung dah. Yelah, dah membangun deras sangat Banting sekarang. Mana-mana jalan ko redah mesti tension sebab banyak kenderaan. Lampu isyarat pun banyak dah. Sebab tu bertambah jammed dekat Banting tu.

Tahun ni tema hitam. Masa buat pemilihan banyak warna dalam wish list. Akhirnya En Suami kata baju melayu hitam Izz lagi menawan. Sebab baju izz je kitaorang amik tema Hitam. Oklah, boleh cover besarnya badan sekarang. Kah..kah.

Tapi, tapi dan tapinya..

Pagi raya budak bertuah ni boleh tolak dengan dasyatnya baju melayu dia. Suruh buka buka buka. Tapi hati kene keras sikit. Sebab perangai izz adalah yang terindah bagi kitaorang. Menolak sesuatu yang baru lagi wangi. hahaha

Lama-lama dan lama jugaklah dia bermuram durja pagi raya tu. En Suami ambil hati dia dan lama-lama ok. Bila g berjalan tu dah ok. Tahniah izz menahan hati. Semoga perangai ni tak dibuat tahun depan Insya Allah ye.



Airmata Syawal
Raya kedua baru dapat kumpul adik beradik lain. 2 orang balik rumah mertua. So, tahun depan Insya Allah raya pertama semua dekat rumah abah lah. 


Kurang sorang cucu Badai - Irfan
So, semoga ada lagi posting selepas ni. Seronok sebenarnya berblog ni. Selagi blog tak digodam. Haha. Resepi pun lama tak masuk kan. 

Selamat Hari Raya buat pembaca setia ( ada kan..haha).

Wassalam.

18 August 2015

Kadang-kadang 1st class tu tak membahagiakan

Salam,

Mood tulis. Sukanya aku bila menulis ni. Rasa freedom sangat. Idea sendiri. Penuh perasaan masa menulis tu. Syoookkkknya.

Ok, back to topic. Tiba-tiba saja aku ingat 1 cerita yang aku tak nak lupa. Sepatutnya banyak yang aku kene belajar dari pengalaman lepas. Ni pengalaman masa darjah 5-6. Sebelum UPSR 1996.

Peristiwa ni bila aku kenang balik sangat menyentuh perasaan kecik aku. Aku petik 1 ayat. Diskriminasi. Bagi aku lah. Bagi yang buat tu rasanya terbaik untuk pelajarnya. Maybe.

Jom. Tak sure lagi kisah ni pendek atau panjang. Kah3.

For sure cerita ni dalam tahun 1995-1996. Masa darjah 5 atau 6. Dari darjah 1 sampai kes ni berlaku aku duduk kat kelas A. Anggerik katanya. 1 lagi M. Mawar katanya. Aku kenal kawan-kawan pun masa dalam kelas ni. Aku berak dalam seluar pun dalam kelas A ni. Ha3.

Nak dijadikan cerita, UPSR dah dekat sangat. Tiba-tiba pihak sekolah buat perubahan drastik. Dibahagikan kelas kepada kelas A budak cemerlang (pandai) dan kelas M budak kurang cemerlang (kurang pandai).

Sebelum pembahagian ni aku sangat sibuk dengan bola jaring. Sampai ke peringkat daerah. Kenapa aku suka sangat bola jaring aku pun tak tau. Sebab aku pandai mainlah kan. Ha3. Masa main tu aku tak pikir langsung pelajaran aku. Dan tak pikir langsung yang aku ni lemah sikit dalam pelajaran. Ha3. Aku sederhana je dalam pelajaran. Nak kata pandai tak, nak kata stupid pun tak. Pertengahan je level aku. Ikut penilaian cikgu bila habis belajar, aku dalam kelas III. 

Sampailah 1 masa diumumkan pembahagian kelas tu. Alangkah terkejutnya hati dan jiwa aku bila aku kene kelas M tu. Huwaaaa...masa tu baru sedar kenapa aku. Kenapa aku???

Ha3, sebab kurang belajar lah.

Aku reda dan pasrah. Kene pisah dengan geng-geng aku. MALU tak? Aku pun lupa. Tapi tak malu sangat cuma segan. Kelas M penuh dengan pelajar lelaki. Yang perempuan tak sampai 10 orang pun. Aku pun pasrah dan terima. Tapi...aku belajar dengan tekun sebab cikgu kata kalau aku dapat capai kedudukan baik dapat pindah semula kelas A tu. Aku pun apa lagi, belajar sesungguh mungkin. 

Allah tu baik perancangannya. Dalam kelas M tu lah aku yang lebih menonjol keputusannya. Yelah, nama pun kelas ke 2. Aku level sederhana. Memang nampaklah aku lebih sikit dari yang lain. Cuba compare dengan budak kelas A. Nombor paling corot lah.

Macam biasa, aku tak bagi tau sapa-sapa dalam family. Takut mak marah.

Aku enjoy dalam kelas tu. Buat macam biasa je. Ada jugak kene ejek-ejek. Biasalah budak zaman dulu seronok. Ejek-ejek nama bapak. Nama atok. Yelah, tak der pun phone macam sekarang.

Ok, pendekkan sikit. Lepas seronok belajar dalam kelas M tu, sampailah exam pertengahan tahun. Nak dijadikan cerita. Aku tak ingat sgt dapat no 1 atau 2. Tapi kedudukan tertinggilah dalam kelas M tu. 

Macam cikgu kata, boleh pindah kelas A. Aku pun berjaya pindah. See, aku kalau dah usaha, insyaallah sungguh2 aku buat.

Bila dah pindah tu, mula2 seronok dapat jumpa balik geng lama. Happy lah kan. Terjamin maruah aku dah. Berjaya tebus balik. 

Sampailah hujung tahun.

Aku baru sedar betapa ruginya aku pindah kelas A yang high class tu. Memang aku berjaya naik kelas, tapi bukan dapat lawan budak pertengahan no dalam kelas A pun. Geng kelas ke 3 gak aku dapat lawan. Korang imagine dalam kelas tu group tu disusun ikut no kedudukan tau. Jadi aku tak dapat pun duduk depan. Macam dalam kelas M.

Masih duduk belah belakang. Group paling last dalam kelas A.

Hah, dapat imagine topik aku kali ni.

Hari penyampaian hadiah, aku tak dapat apa-apa pun. Sebab aku tak dapat no 1 sampai 3 pun. Aku pun bayangkan sekiranya aku tak pindah kelas A, dah for sure aku dapat hadiah kan. Tak kisahlah dalam kelas mana, Tapi balik rumah boleh bgtau mak, nani dapat hadiah mak. Dapat no 1 dalam kelas.

Huwaaa...bukan kehendak aku pun. Cikgu-cikgu sekolah punya konsep. Sedih betul bila yang dapat hadiah tu budak lain. Terkilan sangat,

Lagi tak syok dalam kelas A tu, ketibaan aku tak dialukan pun. Tak de pun tepuk tangan tanda aku berjaya baikkan prestasi aku. Ni yang aku cakap diskriminasi. Kalau ada lagi dibuat sekarang tak tau lah. Sekarang aku pahamlah, bukan nak salahkan cikgu-cikgu tu. Mereka ada sebab kot buat macam tu. 

Walaupun mereka tak tau hati dan perasaan mereka yang ada dalam kelas budak tak pandai. Sampailah ke hari exam UPSR. Result aku tak de pun A. Memang tak syok langsung. Kesannya melarat bila aku ke sekolah menengah pulak. Sama jugak, aku duduk kelas hujung-hujung. 2 hujung. Kelas sampai I. Aku kelas H. Parah kan.

Tapi dalam kelas tu aku masih jugak yang agak kedepan nombornya. Ha3. Entahlah, apa yang aku nampak, banyak manisnya jugak. Aku dapat rasakan kawan-kawan kelas hujung2 ni lagi seronok. Jujur.

Tapi aku berjaya baikkan kelas aku. Form 2 dapat kumpul balik dengan geng aku. Form 4 pisah balik sebab aku pilih kelas akaun. Kelas akaun tu kelas D. kelas no 4. Oklah kan. 

Manis dan masam masa harung semua dugaan ni memang best. Memang aku budak kelas pertengahan. Sampai belajar dekat poli. Baru aku sedar diri sikit. Aku lambat tangkap sikit ilmu. Bila belajar sendiri baru paham. Bila dah paham macam mana aku terima pembelajaran lebih mudah aku nk handle. Aku lambat terima ilmu. Tapi bila dah paham, aku ingat sampai boleh jawab semua soalan.

Harapanya, Izz tak follow step aku ni. He3.

Sekian, cerita tentang 1st class.

Enjoy gambar Izz yang terbaru.

Wassalam.


05 August 2014

Keputusan Exam BITK

Salam,

Ok, aku teruskan je dengan entry terbaru ni. Memang lama aku tak update. Adalah sebabnya. Insyaallah aku akan hurai sebabnya. Tapi buat masa sekarang ni tak sesuai. Bagi aku selesaikan dulu semua hal, baru aku akan draf untuk post tu nanti. 

Berkenaan dengan keputusan exm BITK yang dah aku ambil sebelum ni. Lama jugaklah nak tunggu hari keputusan tu. Sampai satu masa, dapat emel kata dah boleh ambil keputusan tu.

Aku tak taulah gelabah ke apa, boleh salah ofis aku masuk. Padahal aku tau sangat ofis yang salah tu, berkaitan dengan apa. Ada aku masuk Bahagian Pengurusan Akademik. Tu khas tuk student!!

Ok, lepas dah jumpa ofis yang betul, aku jumpa kerani terlibat. Pastu tandatangan borang yang sahkan aku dah ambil pun keputusan tu.

Lepas keluar pintu ofis tu, koyak terus sampul surat.

Ada kertas biru. Mesti kat situ keputusannya.

Baca...

Senyum..

Gelak..

Sebab..

Dah tau..

Anda Gagal!!!

Semua calon yang amik sama dengan aku gagal.

Insyaallah, kalau ada tahun ni, aku nk cuba lagi.





28 February 2014

Kesan Kemalangan Lama

Salam,

Post kali ini mungkin panjang melarut.  Sila teruskan pembacaan jika mampu :)

Ok, topik kali ni aku nak cerita sikit kenapa aku ada temujanji dengan doktor. Aku ada pernah tulis sebelum ni. Aku ada temujanji kan.  Ini huraiannya.

Bukan doktor sakit jiwa, bukan bidan tapi doktor dalam bidang physiotherapy. 

Alkisahnya begini.

Tahun 2006 (tak sure bulan bila, tapi masih pakai motor lama-Modenas Kriss)

Masa ni aku kerja dekat Banting Palm Oil Mill Sdn Bhd (BPOM). Alamat ofis pun masih dekat alamat lama. Depan SRJK (C) Chong Hwa. Masuk kerja pukul 9.00 pagi. Oleh sebab tu, aku banyak sangat masa waktu pagi. So, hari kejadian aku decide nak g bank. Stok dalam wallet dah abis.

Kelajuan biasa. Motor kris berjalan baik. Cuaca pun cerah. Terik matahari masih tak rasa pun. Hujan tak turun pagi tu. 

Tiba-tiba.

Srreeettttttttttttttt....gedebuk!! Of cozz yang jatuh tu aku.

Aku memang brek mengejut. Tapi tak bunyi macam tu. Acah je lebih ayat atas tu. Ringkasnya macam ni.

2 minit sebelum aku jatuh.

Orang Banting boleh agak tempat ni. Orang daerah lain. Boleh ke kawasan kejadian untuk lebih feel ok. (hahaha)

Kawasan kejadian dekat kawasan bus station Banting. Depan kedai baju Hari-Hari. Dulu atas Hari-Hari ada 1 kolej swasta. BJ Automation. Area situ ada 1 jalan ke Bank Rakyat. Dan 1 jalan dari Stesen Minyak Shell. Bus Station pulak, ada satu laluan bas sahaja. Tak dibenarkan untuk buat U-turn dekat situ. Kalau selamat, mmg nasib baik.

Dan, nk dipendekkan cerita, (cerita ni taklah panjang mana pun). Ada satu kereta Unser Gold. Driver orang Cina.  Dia dari Shell, terus ke jalan laluan bas, dan buat U-turn. Aku pulak, memang sampai betul-betul dekat area situ masa Cina tu buat U-turn. Aku nk jalan terus untuk ke bank lah. Tapi tak der rezeki sampai ke bank.

Ekoran dari itu, ikuti sambungannya sekarang!

Akibatnya. Aku brek, tp brek tak makan sangat. So, aku jatuh. Bahu kiri jadi mangsa. Aku terhempas tapi lebih kuat terhempas pada bahu kiri dekat badan kereta Unser tu. Korang pejam mata untuk lebih imaginasi yang 100%. (kiki)

Paham cerita ini??

Boleh mula balik kalau tak paham. (kiki)

Aku terus terduduk dekat tengah jalan tu. Tak tau apa aku buat. Masa tu cuma diam. Cina tu keluar kereta. Tanya ada baik ka??

Nasib aku cuma baik sikit bila budak-budak BJ Automation tu datang tuk bagi pertolongan. Of cozz budak melayu. Masa ni ada kaitan kaum gak. Janji melayu!!.

Aku diam, yang banyak cakap, cuma budak-budak BJ tu. Dia lah yang cakap Cina tu kene bayar ganti rugi. Diaorang jugak yang sedarkan aku. Suruh duduk tepi jalan pulak. Bukan tengah jalan. 

Ok, aku ok sebenarnya. Tak berdarah pun. Tapi macam truma. Tak pernah kena kan.

Lepas tu, ada lah lagi hamba Allah, aku kenal, tapi tak tau nama. Dia cakap aku anak buah dia. Huh, lagilah Cina tu kecut. Dia bagi duit buat g klinik, lepas tu suruh g bengkel tuk betulkan motor aku. Hurreeeeee!!

Sendiri pun tak pernah bawak moto g bengkel. Kali ni free!!

Hamba Allah tu bawak aku g klinik. Lepas tu klinik call ofis. Lepas tu aku call abh dengan En Suami. (masa ni kawan lagi)

So, dapat mc. Tangan tak patah. Cuma masih terkejut.

Tamat .

So, balik ke topik asal.

Entry ni memang panjang lah!

Akibt dari kemalangan tadi. Hidup aku tak terjejas apa-apa pun. Masih ada peningkatan berat badan. Makan pun selera. Seminggu je kot rasa truma. Tapi fobia lalu jalan tu, lama nak ok.

Sejak tu, bahu kiri aku tak pernah sakit. Tapi ada 2 kali, sakit ni datang. Pertama tahun 2008 dan kali ke 2 tahun 2010. Lepas tu tahun 2013 sakitnya datang sampai tak mau pergi2 lagi.

Aku buat keputusan balik Banting untuk jumpa balik nenek yang urut sebelum ni. Tapi dia tak nak urut!!

Hah, tak nak?

Dia kata sakit yang tak baik-baik ni elok direfer ke doktor. Bukan tukang urut macam dia.

Aku geram. Draf aku dah siap, tapi hilang semua. Ni kene taip balik!!. Adoiii

Aku sambung balik. Ni taip semula demi kisah klasik aku!

Jadi, akibat sakit yang amat, aku terus ke Hospital Banting. Jabatan Kecemasan terus. Sebab sakitnya menganggu emosi aku 100% ok.

Doktor minta buat x-ray. Lepas tu dia cek tangan aku ok. Tak patah atau retak. Solution dia, aku di refer ke Unit Fisioterapi. Masa ni macam pikir, oh..unit tuk orang tua. Salah sangat ok!!

Rawatan yang aku buat dekat unit fisio ni banyak. Aku dah lebih 5 kali buat rawatan. Ultrasound antara rawatan pertama. Korang boleh imagine kot, macam mana rawatan tu. Macam nk cek kandungan baby. Letak gel sejuk, pastu ada alat tu dia golek2 kat perut. Yang ni golek2 dekat bahu kiri aku. Kesan rawatan ni, aku sakit. Badan jadi lemah. Rasa nak demam. Tapi tak lama sangat. A few days only.

Ok, lepas tu aku kene buat regangan otot. Gaya macam kita nak bersukan. Kene warm up kan. Unit fisio ni ada gimnasium sendiri. Sebab rawatannya memang banyak aktiviti membabitkan bahagian mana yang kita sakit.

Hod pad, cold pad, shoulder exercise. Tu antara rawatan yang aku kene buat. Masa buat tu, aku tabah jer. Nak borak dengan pesakit lain, tak sempat. Semua hayal dengan senaman sendiri.

Paling best rawatan aku kene, urutan tangan doktor cik Fiza!. Berbisa sakit. Dia bukan urut, tapi lebih picit2, tekan2 bahu aku. Nak bagi urat yang tegang tu jadi renggang. Tapi sakitnya yang amat. Kali ke dua aku kene, tewas jugak dengan jeritan kesakitan. Serius sakit.

Tapi lepas tu, rasanya ok. Lega. Tapi nk menghadapi lega tu lah. Adoiii. Memang dugaan betul.

Doktor ada cakap, sedikit pelik sebab aku masih tak baik sepenuhnya. Masih lagi sakit. Yelah, sakit aku ni, kejap datang, kejap baik. Oleh sebab tu, doktor tu kata, mungkin kecederaan aku dah lama sangat. Sebab tu ambil masa lebih nak baik.

Aku tak boleh angkat benda berat atau bawa benda berat. Buat masa ni tak boleh. Sebab tekanan tu akan buat aku sakit. So, aku tak pakai hand beg pun. Pakai beg kecik. Pegang guna tangan kanan. Kalau tengah sakit, pegang roti guna tangan kiri pun aku rasa sakit.

Aku reda dengan semua dugaan ni. Aku anggap ni kifarah dari Allah. Sebagai hamba Allah, aku harap sangat semoga kesakitan ni, dapat diatasi dengan segera. Tapi perancangan Allah, aku tau adalah yang terbaik!.

Pada yang membaca, kalau pernah kene macam aku, elok jumpa doktor segera. Kalau nk tunggu sakit tu datang. Nanti kenelah hadap sakit nya macam aku ni. Dahlah kita perempuan.  Korang bayang kalau nak pakai baju dalam. Sakit dan aku pernah tak mampu nak pakai sendiri.

Aku tak pandai nk jelaskan pasal agama. Aku tak berkemahiran dan kurang pengetahuan. Jadi aku share sedikit pasl maksud kifarah Allah. Ok, semoga bermanfaat.

Apa itu kifarah.

Aku ambil entry dan maklumat dari sini

'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. 

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'


 Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.


Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).

Wasalam.

Note: Hari akhir di Unit lama. Dalam proses angkut barang pindah unit baru.







31 December 2013

2013 ke 2014

Salam,

Ok, nak gak ada post akhir tahun.

Wish list tahun 2013 tak habis buat lagi. tapi tu tak penting.

Dalam hidup ni banyak lagi benda penting dan lebih bermakna.

Aku cuma harap aku dapat lawan syaitan-syaitan yang nk halang aku buat ibadah yang lebih.

Apa yang aku boleh bawak ke akhirat nanti??

Wang?

Kuasa?

Pangkat?

Tak...

Amalan kebaikkan kita jer.

Tu motif aku tahun baru ni. Walaupun aku baru pikir dalam 2 hari ni. Tapi oklah dari tak pikir langsung kan.

Ingat macam mana kita mati dan apa yang kita ada lepas mati.

Hindarkan hiburan, kurangkan sosial.

Lebihkan amalan. Baca Quran setiap hari, puasa sunat.

Hari ni 1 hari dengar zikir Hafiz Hamidun.

Tenang.

Semoga tahun baru lebih bertambah keimanan kita.

Insyaallah.

26 December 2013

2013 BITK Examination

Salam,

Ok, lets story about my first BITK Exam. This exam actually for someone yang terlibat secara rasmi atau tak rasmi dengan Financial Department. And off cozz for government people only. (ayat ni tak tau betul ker tak..kah..kah..)

Bila LULUS exam ni, apa yang aku akan dapat adalah, elaun BITK aku meningkat dari sekarang. Oh yer..BITK tu nama penuhnya :: Bayaran Insentif Tugas Kewangan.

Exam ni dibuat pada 10/12/2013 :: Library USIM

Sebelum ni pun sepupu aku ada bagitau dia dah lulus exam ni. Aku pun tunggu masa bila aku ambil exam ni. Sampailah saatnya, ada iklan untuk exam ni. Aku mohon dan berjaya tuk tempatkan diri dalam exam tu.

Apa yang akan keluar??

Aku pun google lah. Blog yang aku baca tu pun tak lulus masa dia amik..kikikiki...

Ok, aku pun nekadlah. Pinjam buku dekat library. Buku perintah-perintah am tu. Buku warna pink putih tu.

Sehari sblm exam aku pinjam. Malam tu dekat rumah aku tak masak pun. Cakap dengan En Suami tolong beli nasi bungkus. Sebab aku nk fokus baca buku tu.

Aku bacalah. Tebal buku tu. Aku baca sekali imbas jer. Tapi insyaallah masuk otak gak. (masa ni terima kasih yang tinggi tuk sorang kawan Pn Pijah Cute, yang tolong carikan buku ni. Cute tu tuk anak-anak ko yer Pijah..kiki)

Esoknya.

Hari exam. Hoiii...apa yang aku baca tu semua keluar!!!

Hohooooooooo...aku cuma ada masalah lupa. Sebb keliru dengan figure.

Nak tau apa yang keluar??

Paling banyak soalan adalah berkaitan jumlah tuntutan perjalanan. Sebab tu budak2 yang duduk unit bahgn bayaran tuntutan perjalanan semua lulus!! Hari-hari dok kira benda yang dalam exam kan. Yer...korang studylah lebih dekat tuntutan tu. Semua tuntutan pun tak per.

Aku baca tapi lupa. Sebab gred tuntutan berbeza. Jadi aku rasa keliru lah.

Lagi dari tu, soalan pasal perakaunan. Dia suruh tentutan berapa jumlah imbangan duga. Pilih mana yang ada dalam imbangan duga.

Bahgn perolehan pun ada. Hapuskira aset pun ada. Selebihnya aku tak ingat sangat. Tapi soalan kiraan pun ada. Tapi sungguh, aku sampai pusing-pusing kira ikut kepala otak aku baru ada nampak jawapan dalam pilihan A-D tu. Cam ner tu??

Kesimpulannya soalan dalam BITK ni agak menyeluruh. Janji korang duduk unit tuntutan tu, korang gerenti lulus.

Oh yer, exam yang aku ambil tu under UTeM, Melaka.

Good luck tuk korang yang nak ambil exam ni. Jangan putus ada kalau tak lulus. Dekat tpt aku ada yang dah bertahun kerja tak lulus gak.

Masa exam, semua marah dekat aku sebab aku paling bising masa tekan kalkulator. Nak tau pasal apa, yelah, aku kira ikut logik tak dapat. Puluh kali kira tak dapat gak. Jadi tekanan pada kalkulator makin tinggilah. Kikiki.

Wassalam.

Nota:
*Kecewa aku berganda sebab masa exam ni aku tanggung kerja pegawai dari unit tuntutan tu. Tapi aku tak ambil berat kiraan sebab pegawai 27 yang tolong kirakan. Aku cuma buat bayaran jer. Rezeki Allah tu tak siapa yang tau kan. :)

*Keputusan sampai sekarang tak tau lagi. Aku yakin, dan aku rasa soalan BITK ni tak susah. Yer..banyakkan study mesti bleh jawab.