Salam,
Tau-tau jer dah lepas Nisfu Syaaban..tak lama jer lagi Ramadhan sampai. Aku dah rasa seronoknya ramadan dan indahnya ramadan tu. Moga Allah panjangkan umur aku untuk menyambut ramadan akan datang ini. Alhamdulillh aku dah mulakan beberapa persiapan sebelum ramadan. Dari segi jasmani dan rohani dan diri aku sendiri. Bukan Syawal jer ada persiapan. Bagi aku persiapan untuk ramadan lagi bermakna.
Ok, untuk kali ni, aku indahkan blog aku dengan resepi naget buatan tangan sendiri. Korang semua boleh cuba lah. Senang sangat, cuma perlu ambil masa untuk mengentel naget ni mengikut bentuk pilihan korang. Aku alhamdulillah, dah banyak kali aku buat. Puas jugak makan naget buatan sendiri ni. Bebas dari bahan pengawet yang bukan2.hehe.
Ni lepas betul2 keluar dari kuali. Masak guna api kecil jer.Nak bagi bahagian dalam masak sempurna.
*Gambar ni aku amik guna phone camera aku..jadi, mcm blur sikitlah.
Untuk naget ni aku amik dari resepi blog Ros klik sini. Korang bleh follow jugak sebab die punyer blog memang menarik minat aku nak cuba semua resepi die yang die buat.
So, ini resepinya dan cubalah untuk ramadan ni. Lagi2 tuk korang yang ada anak-anak kecik. Jimat pun ia, lagi mesra pun ia. Tangan ibu yang buat kan. Apa tak hebat kan..kikiki.
Homemade Nugget Taufu Resepi
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
400gram daging ayam kisar
250gram taufu lembut
1/2 biji telur
sedikit garam
200gram serbuk roti warna putih ( guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)

*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
180gram serbukroti warna oren
Cara-Caranya
1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.
3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.

4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.
Jadi, selamat lah mencuba yer. Hasilnya memang akan gempak!..
Wassalam..
Note: aku dah dapat camera Canon akak aku..huhuh!
yuhuu... hai yani... nak ty.. taufu lembut tu mcm ner... pastu kan... serbuk roti putih tu roti buku ker..patu bkr dulu ea..?
ReplyDeleteada jual dekat econsave...bentuk 4 segi...mmg ada tulis tauhu lembut..roti gardenia atau roti apa pun shida...pastu bakor..hehe
ReplyDeleteKo dh ade blog..besh2
ReplyDeleteUit...mcm nk rase je naget ko ni..
sedapnyelah...nk sikit boleh?
Pijah:..hahha...dah lama ada..ko jer tak tau...hehehe..naget ni ko buat jer..klo nk tunggu aku bg tak tau bila..heeeee...
ReplyDelete