Salam,
Dah sampai Jumaat yang indah. Tinggal lebih kurang seminggu kita nak sambut ramadan.Korang dan sedia. Sedia tempah baju raya ada kot..hehe..aku masih lagi tak tempah apa2 baju untuk tahun ni. Pergi kedai baju pun tak lagi. Tak per, aku jenis tak berapa kisah. Janji ada baju raya baru.heheh..
Ok, dah beberapa hari aku tak membakar apa2 kek atau mafin. Sebabnya aku masih lagi mencari resepi baru. Insyaallah semua dah ada.Tinggal beli bahan. Lepas ni banyaklah hasil lemakan dekat badan aku.hehe.
Ni lauk malam tadi. lagi best kalau ada kicap macam aku buat ni.hehe
Ikan cencaru ni aku masak malam tadi. Agak dah lama terperap dalam peti sejuk. Jadi aku tibai masak. ikut cara macam sebelum ni. Masak tanpa resepi. heeheh..Bila aku tengok dekat dapur ada rambutan, jambu air lepas tu dalam peti sejuk ada epal, aku apalagi, godam semua dah terhasillah ikan cencaru masak 3 rasa dengan buah-buahan campuran ni.
Rasanya bagi aku tambah masam dan manis. kombinasi buah nenas, jambu dengan rambutan ni menghasilkan rasa yang seimbang. Heheh..So, korang nak, cubalah resepi ni ok.
Ikan Cencaru masak 3 rasa dengan buah-buahan:
2ekor ikan cencaru/siakap/atau apa jer - siap2 goreng
Cili kering blend - aku guna 3 sudu cili boh
1 ulas Bawang merah *
3 biji Bawang puith *
Sedikit Halia
Sebatang Serai
Sebiji Tomato *
5 biji Cili Padi
Separuh Lobak *
3 ulas Nenas *
5 biji Rambutan
1 biji Jambu *
1/2 Epal *
1 sudu Sos Tiram
3 Sos Cili
Garam dan serbuk perasa
Gula
* Aku potong dadu
Ok, panaskan minyak. Tumis cili boh dengan bawang. Sampai naik bau dan garing.
Lepas tu masukkan lobak dan masukkan air. Masukkan pulak sos cili, sos tiram dengan tomato. Korang boleh tambah sos tomato jugak.
Bila kuah dah nampak ok, masukkan buah-buahan pulak. dan masak sampai siap. Lepas masak tuangkan atas ikan. Lepas tu boleh makan dengan nasi tambah kicap.hehhe
Kalau nak masak sambal ni, boleh jer ikut cara korang sendiri. Aku cuma tambah bua-buahan tu jer. Apapun selamat mencuba lah yer.heheh.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment