15 July 2011

Kek Pisang tak menjadi sangat!

Salam,


Pagi penuh kesejukan..grrrrrrr....Alhamdulillah, dari sejuk kembali balik panas. Banting tetap indah dalam apa jua keadaan..hehehe. Kerajinan aku plak ditahap amat membanggakan. Sekali rajin update, macam selalu nak buat. Yelah, masih ada bahan belum diupload.

Ok, untuk kali ni, aku update sikit pasal Kek Pisang. Antara kek kegemaran bapak aku. Aku punyerlah beria-ia cari resepi kek pisang ni. Dan akhinya jumpa. Macam biasa, blog yang aku jenguk hari-hari. Kali ni aku dah update blogrol yang selalu aku tengok. So, semua bolehlah follow jugak.

Kek Pisang ni versi 2 kali. Mungkin aku rasa, aku guna acuan yang tak betul kot. Leper jer rasanya kek pisang ni. Tapi rasa tetap menawan lah..haha..Jadi, bolehlah semua mencuba. Aku guna pisang berangan yang sedap tu. Lepas ni aku nk beli acuan kek yang lain. Baru buat lagi. 

Ok, resepi aku paparkan sekali. Resepi ni dari ros jintanmanis.com dan selamat mencuba. Kek Pisang ni pun aku dan paparkan dekat FB aku sebelum ni.

 Ini kek kali ke2 aku buat..

 Yang ini, yang pertama kali..





2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment