04 November 2014

Khalifah Kecil: Cerita Kosong



Salam,

Serius, aku nak teruskan jer dengan cerita aku. 

Ok. Alhamdulillah, kandungan aku dah mencecah ke bulan yang ke 8. Minggu ni dah masuk 33 minggu. Baby pun membesar dengan baik dan bergerak dengan aktif. Masa menaip ni pun, banyak sangat pergerakan baby.

Terima kasih Ya Allah, Kau beri juga aku peluang untuk merasa tendangan kecil umat kecilmu. Dulu dengan cerita BFF pasal baby dia tendang-menendang. Aku dapat jugak merasa. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kondisi kandungan aku penuh warna warni. Buku merah aku dah koyak. Kulit buku tu pun dah terbelah dua. Hah...korang bayangkan lah macam mana. Aku tak dan nk snap gambar. Tapi memang sedihlah bila dah koyak. Aku rasa sebab banyak sangat maklumat dalam buku tu. Kikiki..

Mari aku cerita.

Awal kehamilan, kan kita kene buat ujian air gula (MGTT). Ujian ni perlukan ibu hamil minum air gula mengikut sukatan dan selepas 2 jam, ujian darah akan dibuat bagi mengira jumlah kandungan gula. Sebelum minum pun dah diambil sekali darah kita. Total, 2 kali darah diambil untuk ujian ni.

Result aku sebelum minum air gula sangatlah cantik. Bacaan Fasting Blood Sugar (1) adalah 4.4. Malam sebelum amik ujian ni pun kene puasa. Keputusan bagi 2H Postprandial aku pulak sangat hiba. Tinggi betul dia meningkat ke 9.1. Akhirnya aku disahkan penghidap GDM. Lebih kurang kencing manis semasa mengandung.

Rutin pemakanan kene berubah. Sedih gak masa tu. Sebab dah masuk bulan puasa. Nak makan apa semua tak boleh. Takut gula naik. Lepas jumpa Pakar Pemakanan lagilah, aku kene ikut diet yang dibagi. Tapi..................

Mula-mula jer. Hahahaha...

Lepas tu aku tak ikut sangat. Kesannya bila aku follow apa yang pakar tu suruh, HB darah aku pulak rendah. Halah...Satu hal pulak. Dah kene makan, makanan yang banyak zat besi. Tapi aku tau, aku tak banyak darah dalam badan.Sebab dulu2 aku nak derma darah tak lepas. Sebab darah aku tak cukup untuk didermakan. Kikiki

Jadi, korang tengoklah berapa banyak kes aku. Tapi Alhamdulillah, semua terkawal. Anemia aku pun dah terkawal sejak aku diperkenalkan dengan Iberet. Ubat paling sedap pernah aku makan selain Obimin. Kah..kah.. Sedap sampai aku kene makan dengan air suam yang tak suam sangat. Sebab tak nak bagi rasa piau ubat tu.

Dan, bila dah sampai minggu yang ke 33 ni, ujian BSP aku pulak terancam. Hah..terancam kerana pemakanan aku yang agak melampau kot. Serius, sebelum tu cantik jer bacaan. Tiba2 macam dilanggar todak. Ni dah 2 minggu berturut aku kene buat. 

So, aku terpaksa menjaga balik pemakanan aku. Supaya tidak diugut untuk dicucuk insulin. Wahhhh...tinggi tak mana pun bacaan gula tu. Tapi ugutan tu macam ugutan yang mengancam masa depan.Kikiki..

Ok, tu sebab kenapa buku merah aku sampai koyak. Banyak sangat ulasannya. Sampai tak tertampung. 

Persiapan untuk baby pulak, aku dah siapkan. Nak kata complete 100% aku tak sure, tapi apa yang penting aku dah siapkan. Memandangkan aku tak berjaya nk mengesan jantina baby aku ni hah, aku cuma dapat beli baju yang warna sangat biasa. Yang mana dua2 jantina boleh masuk. Yang tak sesuai pun aku beli gak sebab comel sangat. Hahaha...

Aku ada gak refer maklumat dari hasil google lan aku apa yang patut dibeli, apa yang patut untuk tak dibeli. Banyakkan membaca pengalaman orang yang dah beranak lebih sekali. Aku paham perasaan dah macam mana semangatnya bakal mak2 ni yang pertama kali nak borong barang baby. Memang syok. Kalau duit korang banyak, memang tak kisah lah.Kikiki

Ok, apa harus aku cerita yer. Tu jer kot buat masa ni. Nama baby alhamdulillah dah ada. Tinggal nak letak jer kat surat beranak ikut jantina. Untuk pertama kali ni, aku plan berpantang dekat rumah abah aku. Walaupun aruah mak dah tak der, tapi aku yakin dia nampak nanti ada cucu dia yang dok berpantang kat umah tu. Aku akan buat rerasa yang aruah mak ada. 

Oh yer, akak aku dah selamat bersalin. Baby boy. Hero/cucu pertama abah. Insyaallah kalau ada rezeki cucu yang ke2 bakal menyusul tahun ni gak. 

Insyaallah aku sambung lagi cerita khalifah kecil ni. 

Wassalam.