24 December 2011

Tempe Sambal

Salam,

Musim hujan sekarang ni. Kira macam salji turunlah untuk musim Krismas tahun ni...ahakss...Asal petang jer..aku balik kerja..mesti kene hujan. Macam dah lali dengan air hujan. Kadang-kadang tu hujan-hujan pun aku tetap pergi Econsave beli barang. Wahaha...;))

Kali ni aku update lauk yang sedap banget deh...hah..apelah bahasa aku ni. Ok2..tukar...ni antara lauk yang paling aku suka. Tempe...tak kira tempe goreng..tempe masak lemak...tempe pedas...tempe sambal...semua aku suka.

Tapi selalunya aku buat tempe sambal. Nak kata leceh tak jugak. Kebiasaannya tempe ni kene goreng dulu..dan jugak..selalunya orang buat tambah kentang ker..ikan bilis ker...atau kacang tanah. Tapi aku suka tempe sahaja. :)




Ok, 1 lagi yang aku suka..sambal utk tempe ni..manis sedikit lah dari sambal lain...lepas tu..aku suka sambal yang basah-basah macam ni. Kira aku masak ikut selera lah. Selera orang lain..aku tak kisah pun..heeee:)

Resepi???...tak payah kot...kalau nk...masak sambal macam biasa..lepas tu..tempe yang dah siap di goreng...masukkan lepas sambal masak...Lepas tu siap!..

Sekian


Wassalam.


Nota: selamat tahun baru ;)

No comments:

Post a Comment