Salam,
Syukur Ya Allah...selesai sudah majlis walimah aku. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Cuma adalah beberapa masalah yang biasanya akan terjadi pada setiap majlis.
Kita tak sempurna..dan tak perlu nak mengharapkan semua sempurna. Apa yang penting semua dapat makan. Heheh..
Kali kedua majlis dekat rumah aku. Banyak dah belajar dari majlis pertama akak aku. Jadi, bajet untuk majlis aku ni..di bawah kawalan. Amin...bukan senang ok nak menguruskan majlis kawen ni.:)
Tak terkata terima kasih untuk keluarga aku yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan majlis. Sejak dari majlis akad nikah sampailah ke majlis hari ahad. Menjadi orang penting majlis bukan mudah jugak. Semua orang cari kita untuk tanyer segala benda.
Jadi..kesabaran adalah sangat penting. Walaupun kadang2 muka kelat...tapi aku tak heran. Yang penting, akak aku, abg ipar, Wawa, adik dan Abah...sentiasa ada. Tak lupa pada En Suami yang jugak membantu seminggu sebelum majlis. (Aku nikah seminggu sebelum majlis).
Ok, kat bawah ni cenderahati dari aku untuk tetamu. Khas untuk member aku. Kotak cantik ni ditaja khas oleh kakak aku yang tercinta. Beli dekat Z-C Nilai 3. Kata orang kedai tu design baru. Harga sekotak RM 0.56 sahaja.
Yang ni pulak benda dalam kotak cantik ni. heheh...di beli dekat GM,Klang. Masa beli ni, dengan Wawa ngan abah. GM Klang banyak pilihan. Tempatnya pun selesa tuk pilih barang. Aku beli barang ni dengan harga borong.
Ok, yang cenderahati dari abah, aku sediakan yang simple jugak. Janji dibawah bajet. Beg kertas beli dekat Nilai 3. Sebelah Z-C. Murah. 4 paket RM 10.00. Jajan yang sedap tu aku beli dekat banting jer. Sepaket ada 30pcs. RM 4.50. Dan last sekali air mineral bom. Sekotak ada 35 pcs RM 9.00
Gula-gula istimewa. Ditaja jugak oleh kakak aku ngan abang ipar. Best kan dapat tajaan.Hehe.
Ok, ni muka heppy lepas jadi interi orang. Masa ni berdua dalam bilik dengan Wawa yang agak touching. Heheh..nk ceriakan die..amik gambar. heheh...smpai bila-bila pun aku ttp sayang ko Wawa.:)
Ni entry permulaan jer. Aku kene dapat gambar dari OP dulu untuk post masa majlis nikah. Ni dari kamera sendiri. Lepas ni aku update majlis nikah pulak. Ok.
Wassalam.
hahaha... suett la hang nih yani... aku suka... teruskan menulis... jaga tatabahasa... hehehe... apa2 pun.. selamat menempuh alam rumah tangga...
ReplyDeleteMr N....siapakah anda...tq sbb sudi jer nak baca cerita-cerita poyo yg tak seberapa ni..kikikiki..Insyaallah...lps ni masuk balik kelas tatabahasa..:)
Deletesweetnye......
ReplyDeleteyer ibu ammar...mcm cerita ko jugak....
Delete