Showing posts with label Bab Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Bab Mengandung. Show all posts

04 November 2014

Khalifah Kecil: Cerita Kosong



Salam,

Serius, aku nak teruskan jer dengan cerita aku. 

Ok. Alhamdulillah, kandungan aku dah mencecah ke bulan yang ke 8. Minggu ni dah masuk 33 minggu. Baby pun membesar dengan baik dan bergerak dengan aktif. Masa menaip ni pun, banyak sangat pergerakan baby.

Terima kasih Ya Allah, Kau beri juga aku peluang untuk merasa tendangan kecil umat kecilmu. Dulu dengan cerita BFF pasal baby dia tendang-menendang. Aku dapat jugak merasa. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kondisi kandungan aku penuh warna warni. Buku merah aku dah koyak. Kulit buku tu pun dah terbelah dua. Hah...korang bayangkan lah macam mana. Aku tak dan nk snap gambar. Tapi memang sedihlah bila dah koyak. Aku rasa sebab banyak sangat maklumat dalam buku tu. Kikiki..

Mari aku cerita.

Awal kehamilan, kan kita kene buat ujian air gula (MGTT). Ujian ni perlukan ibu hamil minum air gula mengikut sukatan dan selepas 2 jam, ujian darah akan dibuat bagi mengira jumlah kandungan gula. Sebelum minum pun dah diambil sekali darah kita. Total, 2 kali darah diambil untuk ujian ni.

Result aku sebelum minum air gula sangatlah cantik. Bacaan Fasting Blood Sugar (1) adalah 4.4. Malam sebelum amik ujian ni pun kene puasa. Keputusan bagi 2H Postprandial aku pulak sangat hiba. Tinggi betul dia meningkat ke 9.1. Akhirnya aku disahkan penghidap GDM. Lebih kurang kencing manis semasa mengandung.

Rutin pemakanan kene berubah. Sedih gak masa tu. Sebab dah masuk bulan puasa. Nak makan apa semua tak boleh. Takut gula naik. Lepas jumpa Pakar Pemakanan lagilah, aku kene ikut diet yang dibagi. Tapi..................

Mula-mula jer. Hahahaha...

Lepas tu aku tak ikut sangat. Kesannya bila aku follow apa yang pakar tu suruh, HB darah aku pulak rendah. Halah...Satu hal pulak. Dah kene makan, makanan yang banyak zat besi. Tapi aku tau, aku tak banyak darah dalam badan.Sebab dulu2 aku nak derma darah tak lepas. Sebab darah aku tak cukup untuk didermakan. Kikiki

Jadi, korang tengoklah berapa banyak kes aku. Tapi Alhamdulillah, semua terkawal. Anemia aku pun dah terkawal sejak aku diperkenalkan dengan Iberet. Ubat paling sedap pernah aku makan selain Obimin. Kah..kah.. Sedap sampai aku kene makan dengan air suam yang tak suam sangat. Sebab tak nak bagi rasa piau ubat tu.

Dan, bila dah sampai minggu yang ke 33 ni, ujian BSP aku pulak terancam. Hah..terancam kerana pemakanan aku yang agak melampau kot. Serius, sebelum tu cantik jer bacaan. Tiba2 macam dilanggar todak. Ni dah 2 minggu berturut aku kene buat. 

So, aku terpaksa menjaga balik pemakanan aku. Supaya tidak diugut untuk dicucuk insulin. Wahhhh...tinggi tak mana pun bacaan gula tu. Tapi ugutan tu macam ugutan yang mengancam masa depan.Kikiki..

Ok, tu sebab kenapa buku merah aku sampai koyak. Banyak sangat ulasannya. Sampai tak tertampung. 

Persiapan untuk baby pulak, aku dah siapkan. Nak kata complete 100% aku tak sure, tapi apa yang penting aku dah siapkan. Memandangkan aku tak berjaya nk mengesan jantina baby aku ni hah, aku cuma dapat beli baju yang warna sangat biasa. Yang mana dua2 jantina boleh masuk. Yang tak sesuai pun aku beli gak sebab comel sangat. Hahaha...

Aku ada gak refer maklumat dari hasil google lan aku apa yang patut dibeli, apa yang patut untuk tak dibeli. Banyakkan membaca pengalaman orang yang dah beranak lebih sekali. Aku paham perasaan dah macam mana semangatnya bakal mak2 ni yang pertama kali nak borong barang baby. Memang syok. Kalau duit korang banyak, memang tak kisah lah.Kikiki

Ok, apa harus aku cerita yer. Tu jer kot buat masa ni. Nama baby alhamdulillah dah ada. Tinggal nak letak jer kat surat beranak ikut jantina. Untuk pertama kali ni, aku plan berpantang dekat rumah abah aku. Walaupun aruah mak dah tak der, tapi aku yakin dia nampak nanti ada cucu dia yang dok berpantang kat umah tu. Aku akan buat rerasa yang aruah mak ada. 

Oh yer, akak aku dah selamat bersalin. Baby boy. Hero/cucu pertama abah. Insyaallah kalau ada rezeki cucu yang ke2 bakal menyusul tahun ni gak. 

Insyaallah aku sambung lagi cerita khalifah kecil ni. 

Wassalam.



12 August 2014

Khalifah Kecil

Salam,

Aku nak mulakan entry ni dengan perkataan Syukur. Syukur yang tak terhingga. Semoga ayat-ayat dalam entry ni sangat baik bunyinya dan dapat dikongsi sama.

Bulan April. Ye..bulan April bulan penuh makna bagi aku. Macam yang aku pernah cerita lah sebelum ni kan. Kawen, dapat kerja. Ini yang terbaru. Dapat tau aku mengandung!!

Alhamdulillah. Allah tu Maha Adil dan Maha Pengasih. Doa aku termakbul juga. Selama ni aku cuma dapt baca entry orang lain pasal pengalaman pertama tahu diri tu hamil. Aku pun boleh kongsi jugak!!

Sampai tak tau nak mula kat mana. Kikiki..

Ok, mula dari tarikh hari pertama period aku yang lepas. Bulan Mac. 17hb. Tu tarikh mula period yang last. Lepas seminggu ok, sampailah aku nk tunggu kehadiran period untuk bulan April pulak. Kalau nk dikira, period aku stabil dari bulan Januari lagi. Minggu yang sama, bulan Februari pulak, tarikh yang sama 17hb aku period.

Bila yang April tak datang period lagi, aku pun tak risau sangat. Sebab sebelum ni ada gak kitaran haid aku tak stabil. Lepa tu stabil balik. Pernah sampai 2 minggu tak datang period. Ingatkan ada. Bila buat cek air kencing, hampa! Lepas tu period datang.

Yang kali ni pulak, nak dijadikan citer, aku terima tawaran BFF aku untuk join main bowling. Ada game under MDKL. Jumaat malam 25/4/2014 tu aku turun Banting tuk sesi latihan konon2. Kiki..nak cari keserasian, sebab main group. 

Masa sampai jer, BFF kata nampak aku muka letih gila. Aku pun rasa perkara yang sama. Sebab masa dalam kereta lagi, aku dah rasa lain jer badan ni. Lemah, tak bermaya. Penat tu tak lah sangat. Tapi kondisi badan tu lemah. Tapi gagahkan jugak nak main bowling malam tu.

Aku bgtaulah yang period aku dah seminggu tak datang. Dan dia berkeras suruh aku buat test. Aku pun iyerkan. Entah, masa ni perasaan kosong je. Aku sempat beli test kid kehamilan tu dekat 7E masa makan lunch dengan budak ofis. Kiki. Kata hati tak nak buat dulu, tapi Allah gerakkan hati aku tuk beli jugak.

Dan, ianya positif. Double line!!

Selama ni aku dok tunggu bila aku nak nampak double line kat test kid tu. Akhinya, masanya Allah bagi jugak rasa. Rasa nk jerit masa tu, tapi cover lagi. SMS En Husband. Minta call. Ada urgent. Terus bgtau dia hasil double line tu. Tak dapat tengok reaksi dia. Sebab dia pergi memancing dengan suami BFF aku..

Terus tak jadi main bowling masa tu. Yelah, BFF haramkan terus aku main. Dia terpaksa buat urgent call pulak tuk cari orang ganti aku. Kikiki.

Kuasa Allah, mana tau aku buat test kat toilet pusat bowling tu. Positif pulak tu. Kiki

Esoknya jumpa doktor nak sahkan aku mengandung. Bijaknya aku, aku g malam. Hahaha. Buat ujian depan doktor, tak kuar pulak double line tu. Memang jiwa parah. En Husband pun dah nampak muka kecewa. Doktor pun macam apa. Geram tul. 

Aku paksa gak en Husband pergi Watsons time tu gak. Aku beli 3 test kid. Hah! Sebab rasa memang aku mengandung. Subuh2 esoknya tu, aku bangun awal gila. Buat test. Hah, memang double line. Kejutkan En Husband. Tunjuk kat dia. Senyum je!

Isnin tu pulak, aku jumpa doktor panel. Tak mau nk kuarkan duit lagi. Sebab masa kat Banting, bukan pergi klinik panel. Kene RM 25.00! Dengan doktor tak senyum langsung tu. Tak pro lah Doc!

Dalam pukul 10.00 pagi aku pergi. So, akhirnya depan doktor memang double line. Yess!! Call en Husband, bagtau doktor dah sahkan. Call abah pulak nak bagi tau. 

Oh yer, sebelum aku mengandung, Kakak aku dah mengandung dulu. Amin..

Due date aku, Insyaallah bulan 12 nanti. Hujung2 gak. Kalau terlajak, anak tahun baru lah pulak. Kiki.

Sekarang alhamdulillah dah masuk 5 bulan. Segalanya ok. Cerita sebalik 5 bulan tu nanti aku ulas lagi. Ni nk bg entry permulaan jer. Kikiki.

Doakan yang terbaik tuk aku dan Kakak aku. Semoga semuanya selamat.

Aku dah terasa ada Khalifah Kecil dalam perut ni. Semoga menjadi Khalifah yang baik kepada Ibu & Ayah serta Agama. Insyaallah.

Insyaallah lepas ni ada entry lain. Pasal Khalifah Kecil ni.

Wassalam.