Showing posts with label Bab Sembang. Show all posts
Showing posts with label Bab Sembang. Show all posts

07 June 2021

BANTING - apa yang menarik?

 


Banting!

Mesti korang pernah dengar kan. Sejak beberapa tahun ni Banting agak menarik untuk diborakkan dan disantuni. Banting sedang pesat sangat membangun. Sejak 8 tahun lepas Banting dah pun berjaya menjadi sebahagian besar kuasa ekonomi kerajaan Negeri Selangor. Ini bukan fakta rasmi. Tapi lebih kepada pendapat peribadi aku.

Aku kecilkan skop. Aku salah seorang anak jati Banting. Jadinya tak salah nak dengar pendapat aku. Perlu atau tidak lawati Banting!

Jawapan aku ialah Mesti!

Selain mempunyai Pantai Morib yang unik. Bagi aku unik sebab ada 2 jenis Morib yang aku orang Banting sendiri konfius. Kat sini ada yang gelarkan Morib Baru dan Morib Lama. Hah, padahal air lautnya sama je.

Ok, tempat yang korang kene cuba dan tahu adalah seperti berikut:

1. Pantai Morib

2. Syurga makanan

3. Bukit Jugra

4. Banting tu sendiri istimewa

Kalau korang suka sangat dengan pantai taklah teruk sangat pantai ni. Jujur aku kata air lautnya warna coklat. Unik kan. Mungkin kerana kedudukan Morib tu sendiri memberi kesan kepada warna airnya. Macam aku cakap tadi morib ada 2 bahagian. 

Pertama - kawasan pantai untuk berkelah. Area sini memang direct korang akan jumpa laut dan pasir. Tak ada tembok. So, korang yang niat memang nak berkelah main pasir dan turun ke laut, pergi ke kawasan morib ni. Dari pekan Banting, korang akan jumpa simpang ke Morib ni dulu sebelah kanan sebelum jumpa morib satu lagi.

Morib yang 1 lagi lebih kepada kawasan rekreasi. Ada tembok. Korang tak boleh nak pegang air laut. Tengok dan duduk tepi tembok. Ambil angin pantai. Kat sini juga banyak kedai makan dan malam minggu biasanya ada band dan ramainya penduduk Banting bawa family main belon. .


Serius, aku gembira duduk dekat dengan Morib. Hujung minggu rehatkan minda tengok pantai. Kalau kene masa korang pergi, redup dan angin kuat waaahhhhh lagi nikmat ok.

2. Syurga Makanan

Umum semua tahu, Banting memang terkenal dengan begitu banyak kedai makan. Area paling hot dari lampu isyarat rumah Misbun sampai ke simpang empat nak ke Morib. Kiri kanan penuh dengan kedai makan yang korang boleh pilih.

Biasanya hujung minggu memang meletop semua kedai tu. Entah sedap atau tidak terpulang pada korang yang rasa. Kalau korang lalu dan kedai tu penuh dengan kenderaan biasanya itu yang agak popular. Tapi kat area sini semua tempat penuh dengan kenderaan. Hebat bukan.

Cubalah tiap satunya bila kunjung ke Banting. Tak rugi cuba semua. Aku pun masih berkira kedai mana belum cuba. Sejak sebelum PKP dah bertambah bilangan kedai makan. Cubalah ok!

Oh ye, bila aku cakap syurga makanan tu bermakna semua jenis makanan yang korang bayangkan tu ada. Aku tak de listing jenis makanan. Tapi percayalah, memang ada. Hahaha.

3. Bukit Jugra

Hah, salah 1 tempat yang pihak berkuasa tempatan cuba untuk popularkan. Sejak bertahun lepas Bukit Jugra terkenal dengan aktiviti paragliding. Siapa yang aktif boleh try cuba dekat Bukit Jugra ni. Biasa juga macam tempat-tempat tinggi lain. Tapi sebab ianya dekat Banting. Dah pasti aku lebih overkan Bukit Jugra. Haha.

Aku pernah daki Bukit Jugra ni dan pernah naik guna kereta. Target aku lepas ni nak daki jalan kaki. Orang kata pon bahaya kalau nak jalan kaki/joging. Apa nak buat, zaman sekarang ramai sangat orang yang ambil kesempatan.

View dari Bukit Jugra bukan baisa-biasa ok. Indah sangat. Korang akan nampak laluan sungai yang indah luarbiasa. Entahlah, senang cakap kalau korang berminat dengan hight view ni, Bukit Jugra salah 1 tempat yang korang kene pergi tengok sendiri.



4. Banting itu sendiri istimewa

Last yang penting apa yang bestnya tentang Banting ni, Banting itu sendiri memang istimewa. Sekali korang try duduk sini, hidup dalam masyarakat dan kawasan sekitarnya korang pasti jatuh cinta. Kalau yang terpaksa takkan rasa ok.

Banting tempat lahir aku dan membesar sepenuhnya di sini. Indahnya Banting bukan sebab cara ia membangun tapi bagaimana Banting itu sendiri menjadi sebahagian hidup penduduknya. Rumah aku rumah kampung tapi nak ke hospital tak sampai 5 minit. Balai polis pon. Macam mana aku nk pindah tempat yang kemudahan asasnya jauh dari rumah.

Sekarang ni pula semakin membangun dan semua jenis makanan ada dekat Banting. Tinggal beberapa jenis lagi restoran makanan yang besar belum masuk. Banting tak ada shopping kompleks yang besar tapi kami semua kenal dengan Pasaraya Megah. Kami juga bermegah dengan adanya Pasaraya Econsave yang sangat membantu kami membeli dengan lebih bijak.

Dataran Banting pula dari aku kecil dan wujud. Dahulunya trak joging dia adalah batu. Disusun cantik jadi laluan. Ada 2 bukit yang bila kau dah penat berlari kau rasa benci dengan bukit tu. Tapi sekarang trak back to simen. Bukan batu merah macam dulu. Dataran Banting dah dinaik taraf untuk jadi lebih fleksibel untuk banyak acara. Bila buat semua tu pula, Malaysia dilanda covid19 dan sehingga post ini ditulis PKP 3.0 sedang dilaksanakan.

Lepas PKP boleh korang try datang Banting. Banyak hotel-hotel bajet yang tersedia di pekan Banting. Hotel-hotel bajet kebanyakannya terletak dekat kawasan yang mudahkan korang dapatkan bekalan makan dan bergerak ke kawasan sekitar. Banting tak besar tapi penuh warna warni.

Selamat datang ke Banting semua!

Semua gambar aku ihsan google. Korang juga boleh google untuk lebih gambar dan dapatkan maklumat lain. Entry aku sekadar penyedap rasa. 


19 April 2020

Drama Korea



Another post for today. Haha.

Apa nak diceritakan hari ni? Biar satu masa akan datang akan jadi gelak tawa sendiri baca cerita ni. Dengan typonya dengan kosakata hentam sajalah. Betul, tak terlambat untuk buat blog sendiri.

Ok, kali ni bagilah kita rumuskan satu cerita yang sejak dari beberapa tahun lepas jadi fenomena dekat Malaysia. Dah lama bermula tapi tak dikesan sejak bila. Dulu-dulu dengan K-POPnya. Aku gila tak minat. Sebab lagunya banyak type disco. Rosak telinga nak dengar.

Masa tu boleh nampak gilanya rakyat Malaysia dengan K-POPnya. Sebab tu aku tak kenal sangat penyanyi Korea ni. Lagipun bukan paham pun apa yang dia nyanyi. Tak lama lepas tu tiba-tiba rasanya demam drama korea pulak. Sampailah sekarang dan hari ini. Dan dengan aku juga terjebak.

Aku ada sifu untuk aku tanya semua hal ehwal korea ni. Kalau tanya google ko mesti ada lagi pertanyaan tak pasti. Tapi aku beruntung. Dekat ofis, google je apa nk tau. Lepas tu tanya soalan dekat orang sebelah. Jawapannya detail dan terus paham. Hahah. Kalau dia baca ni terima kasih Musfirah ku sayang.

Aku mula terjebak drama korea pun sebab dia. Musfirah ni siap masuk kelas bahasa Korea tau. Pergi Korea rasanya dah 2 kali. Power tak power. Aku tak berapa ingat cerita Korea yang pertama aku tengok. Kalau nk ikut, cerita Winter Sonata lah yang pertama. Haha. Masa zaman winter sonata ni, demam drama korea tak berlanjutan. Masa tu peminat gila korea masih kecik-kecik. Tak de phone dan internet laju macam sekarang.

Antara drama Korea dan drama Malaysia banyak beza. Mungkin salah 1 sebab kat Malaysia banyak protokol. Banyak topik tak boleh didramakan. Sebab tu orang seni kat Malaysia terbatas nak buat macam drama Korea buat. Macam India. Buatlah apa jenis drama. Orang politiknya tak kisah pun. Korea pun ada sentuh bab Politik. Siap ada watak Maharaja dan Perdana Menteri. Malaysia mana ada kan.

So, kalau korang pertama kali nk tengok drama Korea atau buntu nk tengok cerita apa. Tengoklah apa2. Tp mulakan lah dengan cerita Goblin. Haha. Tapi jangan dibawa kepercayaan cerita ini diluar drama. Kenapa? Kan kita orang Islam. Tengok drama saja sudah. Yang buat cerita ni bukan orang islam pun. Tengok Harry Potter. Logik ke?

Sebab tu aku kata kat Malaysia susah sikit dramanya nk hebat. Sebab kita orang islam. Kepercayaan ini hanya kepada Allah. Tapi kalau nk tengok drama Korea ok je. Tapi jangan berangan lebih je. Lagi 1 bajet. Drama Korea sekarang permintaan tinggi. Kos drama je dah boleh buat filem kat Malaysia.

Ok, drama yang aku listkan ni antaranya yang top ten lah. Banyak lagi drama korang bleh tengok ikut hero yang korang suka. Boleh cari by nama pelakon korang nak dan tengoklah. 

Cheese In The Trap
Cheese In The Trap. Heroin dia antara yang aku suka. Mula-mula tak berapa suka. Tapi makin aku tengok cun saja heroin ni. Cerita ni kene banyak fikir sebab banyak isu. Aku tengok 3 kali kot sebab nak pahamkan cerita ni keseluruhan. Cerita ni hero dan heroin macam tak bersama tapi aku rasa macam saja nak bagi ada season 2.  

Crash Landing On You
Drama ni antara yang meletop dekat Malaysia. Statistik drama ni pun tinggi dekat Korea. Cerita ni antara drama yang korang boleh paham pasal Korea Utara. Realitinya Korea Selatan dan Korea Utara tak berapa ok. Rakyat Korea Utara tak macam dekat Korea Selatan. Korang tengok cerita dapatlah serba sedikti kehidpuan rakyat Korea Utara.

Goblin
Drama yang paling meletop rasanya. Rasanya majoriti rakyat Malaysia tengok cerita ni. Bijaklah penulis cerita ni. Dapat idea untuk draf drama yang hebat ni. Tak terjangkau dek akal. Aku tengok 2 kali untuk bagi paham betul2. Lepas tengok habis kat situlah. Menariknya cerita ni tak sangka Kanada salah 1 tempat dalam plot drama ni. Cantik dan indahnya. Dan menurut sumber tempat dekat Kanada tu jadi tumpuan pelancong. 

Healer
Aku suka action drama. Ni antara yang aku tengok selepas The K2. Lepas tengok 2 drama ni rasanya macam plot cerita sama. Drama ni lebih nk tonjolkan hero tu. Konon betapa hebatnya dan teknologi yang diaorang gunakan. Dasyatlah. Tiba2 hilang. Tiba2 dah selesai masalah. Tapi this one better than The K2.

Descendants of The Sun
Drama ni juga antara yang meletop. Dengan hero dan heroin berkahwin diluar drama. Dan tak lama lepas tu bercerai. Ceritanya pasal askar yang berkhidmat dekat luar negara. Dan tiba2 heroinya si doktor tu pun kene bertugas dekat tempat yang sama. Berjumpalah semula dan bercintalah. Banyak juga tak logiknya. Tapi itulah drama. Yang tak logik tulah yang dijual untuk nampak hebat. Sebab tu drama ni agak hit.

Sky Castle
Drama ni kakak aku yang kenalkan. Dia asyik petik banyak kali jangan tak tengok cerita ni. Dan aku pun tengoklah dengan yakin. Logik dan berasas cerita ni. Mungkin betul realiti dekat Korea untuk golongan kaya dan berharta. Semua guna duit untuk beli nama dan kedudukan. Tak sure realiti sebenar macam ni atau tidak. Tapi rasanya ya. Drama ni bagus untuk ditengok untuk pengetahuan dan pengalaman.

The King - The Eternal Monarch
Ini antara drama terbaharu dekat Korea. On going masa post ni aku keluarkan. Baru 2 episod. Sama penulis dengan drama Goblin. So boleh anggap cerita ni susah nk diramal. Suka dengan drama susah nak ramal ni. Plot macam Goblin ada 2 dunia berbeza. Yang boleh jangka percintaan yang nk dibina bukan senang sebab watak antagonisnya sangat dasyat. Sila2 tunggu setiap Jumaat dan Sabtu.

Vagabond
Hero dia ni aku tak kenal. Tapi lepas habis tengok drama ni aku cari lagi drama dia yang lain. Yang lain aku tak berapa minat nak tengok rupanya. So, aku kenal hero ni dalam drama ni. Drama ni pun ada plot dekat luar negara. Drama ni pun kosnya tinggi. Nampak nak dekat-dekat dengan filem Hollywood. Siapa suka action akan sukala tengok drama ni.


Ok, apa yang aku listkan ni apa yang korang boleh tengok. Tapi rasanya dah tengok kan. Aku agak puji drama korea sebab banyak drama yang bagus dan berkualiti. Setanding drama Eropah sana tu. Korea antara negara yang maju dalam teknologi. Buktinya macam mana Korea atasi covid19 tanpa buat PKP macam negara lain. Dasyatkan.

So, siapa2 yang baru berjinak dengan drama Korea, pilihlah drama yang bagus. Tak semua bagus tak semua tak bagus. Tapi boleh tengok sekadar hiburan. Kesan tengok drama Korea ni, aku bolehlah paham beberapa patah perkataan Korea dan guna dalam kegunaan harian. Bagus kan.

Dekat TV saluran Media Prima sekarang aku nampak dah mula masukkan drama dari Thailand pulak. Aku tak sure kenapa tapi mungkin murah sikit dari drama Korea kot. Haha. So, tepuk dada tanya selera. Boleh tengok tapi jangan overdose.

Saluran mana nak tengok drama Korea ni?

Bisanya yang percuma ramai tengok dekat Drama Cool. Mana-mana yang sanggup keluarkan kos, Netflik adalah yang terbaiklah. Aku bayar RM17 sebulan untuk dapatkan akses tengok dekat phone sahaja. Nk link dekat laptop atau tv kene bayar lebih sikitlah. Besnya netflik ni, kalau cerita kat Korea priview pukul 10 malam, dalam pukul 11.00 malam waktu Malaysia dah boleh tengok. Yang baru ni siap ada subtitle Malay!

Selamat menonton!





18 April 2020

Tahun 2020 dan Covid 19



Salam semua. Ada lagi yang gigih baca blog? Kekalkanlah minat membaca tu. Buat julung kalinya untuk tahun 2020. Aku nak bagi entry baru. Rugi tak post kenangan waktu seluruh dunia tengah berperang dengan VIRUS Novel Corona atau Covid19.

Virus ini dikenalpasti pada akhir DIsember 2019 di Wuhan, China. Masa ni dunia lain masih tak terasa dengan virus ni. Sampailah masuk tahun 2020. Dunia terkejut dengan jumlah kematian di China agak mendadak selain penularan virus ini keseluruh dunia dengan pantasnya.

Malaysia terkesan bermula bulan Mac 2020. Dan pada 18 Mac 2020 Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara. Semua sekolah dan IPTA termasuk semua organisasi awam dan swasta perlu menutup urusniaga. Kecuali yang berkaitan dengan urusan penting negara.

Wah..demi Allah semua agak terkesan dengan Covid 19 ni. Sampailah saat aku tulis ni, PKP masuk fasa ke3. Bermakna dah 3 kali perlanjutan masa PKP. Kerja dari rumah dan tiada sesi persekolahan untuk Izz.

Data terbaru statistik Virus ni di Malaysia
Sepanjang tempoh PKP ni aku bekerja dari rumah (WFH) termasuk semua staff di tempat kerja. Macam seronok tu mula-mula lah. Lepas 2 minggu dah rasa lain sikit. Rindu nak pergi ofis, rindu kawan ofis. Tapi semua masih terkawal lah. Bila dengar kes kematian meningkat dalam tempoh PKP fasa 2. Rasa risau pulak datang. Nak keluar beli barang dapur pun seram. 

Untuk rekod hari-hari kitaorang dengar PC dari Kementerian Kesihatan. Sampailah ketua pengarahnya jadi viral. Haha. Termasuk PC dari Kementerian dari Kluster Keselamtan. Gitulah. Malaysia kan berubah senario politiknya. Sebelum viral Covid19 ni Malaysia buat viral bertukar politik iaitu bertukar Perdana Menteri. So, kerjalah menteri-menteri baharu dengan sesugguhnya masa Covid19 ni.

Sebenarnya banyaklah perkara yang jadi dekat Malaysia masa fasa PKP ni. Tengok macam mana kerajaan berusaha untuk bantu rakyat dan macam mana yang berniaga sendiri sebelum ni berusaha untuk mencari pendapatan. Covid19 sangat-sangat memberi kesan pada ekonomi dunia bukan je Malaysia.

So, doalah semua untuk pastikan Covid19 ni lupus virusnya. Sangat mudah merebak antara manusia. Semoga Ramadan yang akan datang, semua kita berdoa untuk dipulihkan Malaysia untuk semua jalankan rutin harian macam biasa.




08 July 2015

2015 BITK Examination

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah. Dapat lagi kekuatan dan mood yang happy untuk menulis. Entry blog aku dah macam tak ada gambar kan. Haha. Aku pun tak tau. Bila jari jemari aku dah menaip. Payah betul nak berenti. Idea mencurah macam air tebu masa dimesin. Tak pe, untuk gambar lebih terjah je Instagram aku.

Dalam sebulan adalah 4 kali atau dalam seminggu,sekali aku akan cek blog ni. Nak tengok ada komen-komen yang masuk atau tak. Apa cerita aku yang orang baca. Dalam banyak penilaian tu, aku perasan yang cerita pasal exam BITK ni sangat tinggi sambutannya. Aku pernah jugak google pasal exam BITK. Sebelum aku ambil sebelum ni. Tak banyak sangat ceritanya.

Mari sini aku cerita pengalaman kedua aku dan geng W17 ambil exam ni. Lagi kujelaskan yang exam ni tak wajib pun diambil tetapi siapa-siapa yang kerja kerajaan dan kerjanya ada kaitan dengan kewangan, boleh ambil untuk dapt insentif tambahan sebanyak RM 40.00 Total keseluruhan nya kalau lulus RM 80.00. Terasa jugak RM80.00 tu. Dengan kos sara hidup yang tingggggggggggggggi tak turun-turun ni. Haha.

Ok, tarikh exam BITK 2015 bagi staff IPTA masa bulan June lepas. Aku tak ingat tarikhnya. Tapi awal bulan June. Sebelum puasa. Dapat tau untuk exam ni lagi awal. Lagi kujelaskan, macam aku yang kerja dibawah skop badan berkanun, ada 1 universiti yang dilantik sebagai penyelaras untuk exam ni. IPTA tu yang keluarkan soalan. Jadi, aku dan yang lain kene ambil exam ni yang hanya dikelolakan oleh IPTA tempatan ni. 

Sebelum ni, ni macam rahsialah sebenarnya, untuk exam yang 2013 tu, aku memang gagal. 2014 aku tak dapat ambil sebab cuti bersalin. IPTA aku memang tak ada yang lulus jugak. Dan kesannya, kami-kami yang ambil exam 2014 tu, kene panggil oleh Pendaftar? Mereka nak selamai masalah kami yang tak pernah lulus. Hahaha. Boleh je gelak.

Dan, masa perjumpaan tu, tepatlah apa yang kitaorang pikir. Nak tanya kenapa kami semua tak lulus. Susah ke soalannya. So, selepas diselami dan diberi makan mee goreng sambal tak berapa hebat, kami nyatakan yang kami tak pernah diberi penerangan mengenai perkara ini. Berapa soalan yang perlu lulus, skop soalan yang akan keluar dan sebagainya. Kerana Kak Ayu cuti hari tu, kamilah yang perlu nyatakan kenapa kegagalan sahaja yang kami bawa pulang. Haha

Then, penyelesaiannya. Kami informlah yang UiTM ada buat bengkel untuk staffnya yang nak ambil exam ni. Ok. UiTM Shah Alam. Aku tak tau U mana lagi buat. Dan, dalam beberapa hari sebelum nak exam tu, dapat emel yang bgtau UiTM ada buat bengkel BITK ni. Siapa nak boleh pergi ke Shah Alam dan tiada kenderaan disediakan.

Emel tu dapat sebelum kitaorang nak balik rumah. Haha. Dapatlah decide gak. Pergi. Naik keta Kak Ayu. Selesa Kak Ayu bawak. Guna waze. Memang banyaklah cerita dalam kereta tu.

Kupendekkan cerita.

Sampai UiTM, kiataorang lalu pintu yang depannya Jakel Shah Alam tu. Konon 1 hal lah nak cari mana bilik latihan tu. Allah permudahkan orang nak cari ilmu tau. Tup2 nampak lah. Tahniah Nard. Sebab dia duduk tepi tingkap. Memang nampak jelas bilik latihan tu. Tak payah call person incharge lah. Hahah..

Diberi sarapan. Aku makan dengan banyak, sebab lapar. Aku hampir tertinggal. Sebab hari tu jugak hegeh-hegeh nak bangun lambat. Nasib En Suami bawak kereta macam haram. Hahaha. Sempat jumpakan aku dengan kereta Kak Ayu.

Bengkel bermula. Yang bagi talk tu. Timbalan Bendahari UiTM. Merangkap orang yang AJAR pegawai yang buat soalan exam BITK. Paham tak. Sila baca semula. Tak paham mari aku ringkaskan. Aku tanya en tu. En salah seorang yang gubal soalan ke?. Then dia jawab. Saya yang ajar orang buat soalan tu. Ok, boleh paham.

Hah, dasyat tak. Baik korang mohon under IPTA korang, untuk mohon join UiTM BITK bengkel tu. Boleh tanya macam-macam. Dan mari aku cerita pasal BITK lebih lanjut.

Baru aku tau lepas pergi bengkel tu.

Untuk LULUS exam BITK.- Soalan 40 kan. Kene jawab betul 28 soalan!!! Aku baru tau.
Boleh SALAH cuma 12 soalan. Hah, pastikan ye lepas ni. Jangan salah lebih 12.!!

Ok, itulah point yang aku cari selama ni. So, sebenarnya soalan BITK ni sama je tiap tahun. Cuma dia ubah ayat je. Macam soalan SPM tu lah. Lebih kurang. Tapi skop BITK lagi kecik. Ubahnya dekat total, nama orang camtu lah. 

Dia ada jugak bagitau skop soalan. Aku lupa letak mana nota tu. Kalau korang nk, inform aku ye. Dah panjang lebar aku tulis ni. PM aku kalau nk nota lebih.

Ok, jadinya, hari Jumaat. Aku ingat hari je. Hari Jumaat tu kan rehat lama. Kitaorang seramai 7 orang ni, buat study group tau. Hah, hebat tak kitaorang. Sungguh2 tau kitaorang belajar. Kak Ayu pulak ada print soalan BITK tu dari Google. Jadi dah adalah contoh soalan kat Google. Sila google ye. Kalau tak jumpa sila PM saya.

Dan, akhirnya hari exam. Actually, we are over expect than other time. Soalan kali ni, tak banyak langsung kira-kira. Banyak yang kefahaman. Ceh. Penat dok hafal banyak. Tapi apapun, result tak keluar lagi. Tunggu lah entry keputusan tu nanti ya.

Apapun tuk korang, aku inform ni, kepala kitaorang yang tepu sebelum ni dah pecah. Nampak jelas lah dimasa depan yang BITK ni agak mudah. Mudah maksud aku, kalau kita handle semua kerja dalam jabatan. Hahahahahhaa.

Sekian, Wassalam.


24 March 2015

Akaun Instagram

Salam,

Salam penuh kemaafan. Sayang dengan blog ni. Masa itu akan datang juga. Cuma sekarang keperluan lain mendesak untuk tidak aktif sementara waktu. Sementara yang agak lama jugak sebenarnya.

Sayang gilalah dekat blog ni. 

Korang boleh follow aku dekat instagram sekarang. Cari Nanibadai. Cerita baru banyak dekat situ. Kekangan masa kerana kerja aku sekarang melibatkan kaunter hadapan jabatan. Tak mampu nak mencuri masa. Pelanggan lagi penting!

Jangan lupa.


Kalau nak tengok update Khalifah kecil aku boleh terus ke @nanibadai ok.

Wassalam.

20 December 2013

Laut

Asslamualaikum,


Ok, ni cerita lama. Aku diajak En Suami untuk turun ke laut. Laut dalam!!. 

Turun ke laut masa air surut lah. Haha.

Hanya nama Allah jer aku pikir masa tu. Indah sangat. Tak rasa penas sebab aku pakai full protect dari panas. 

Bukan selalu pun aku ikut, tapi hari tu memang cuaca cantik. Aku rasa tenang sangat. 

Ni antara gambar yang aku sempat ambil. Oh yer..tujuan En Suami ajak ni sebab dia nak memancing.














Aku adalah aku! Kiki.

Ok, dah lama tak memancing ni. Sekali sekala jer. Tapi aku enjoy sangat masa ni sebab laluan nk ke tengah laut ni pun syok. Laluan kecik, tapi ada anak sungai yang jernih sangat. Rasa nak main masak-masak kat situ. 

Khazanah laut banyak sangat kan. Oh yer sekali lagi. Lokasi ni cuma kat pantai Bagan Lalang jer. Kikiki. Cuma laluan masuk tu tak ramai yang tau. Aku follow je En Suami. 

Ok, sekian tuk kali ni.

Wassalam.

13 December 2013

Majlis Konvo + Family Day

Salam,

Ok, tajuk tu adalah untuk merangkumkan beberapa cerita yang jadi dekat aku dalam bulan 11 dan 12. Perkara-perkara ni pulak terjadi dekat aku untuk pertama kali. Sebelum ni memang tak merasa ok. Rasa tapi tak sama :)

Ada 2 cerita jer pun. Kikiki.

Pertama:
Majlis Konvokesyen - Aku terlibat sebagai AJK Jamuan. Kira Jabatan aku semua terlibat dengan agenda meng'order' makanan sepanjang majlis konvo ni.

Jadi aku taulah lauk apa yang disajikan. 

Untuk pertama kali aku terlibat dibelakang tabir untuk majlis konvo. Sebelum ni kan kita rasa kita yang berkonvo. Tak nampak apa yang jadi sebelum majlis tu. Memang banyak persediaan. PTJ yang jaga bab penting lagilah. Jaga makan ni simple jer. Simple ko kata??

Masa majlis santapan Di Raja. Bleh katering tu tak sampai-sampai lagi. Masa tu dah pukul 12.00 tgh hari. Majlis dalam dewan pun dah settle. Tinggal nk berangkat makan jer. Hah, time ni orang kuat Jabatan aku dah macam cacing kepanasan. 

Akhirnya settle. Aku pun termakan sekali dalam khemah Di Raja. 

Pertama kali makan dengan kerabat Di Raja. Kikiki.

Masa majlis berlangsung aku duduk dekat area atas dewan tertutup Nilai. Dok tengok semua yang jadi dari atas. Masa student masuk dengan jubah bagai. Tiba-tiba aku 'touching' plak. Sebabnya aku ingat masa zaman aku. Rasa sebak sebab bukan mudah nk pakai jubah tu kan.

Ok, majlis ni berlangsung 2 hari. Tapi raptai dah mula dari hari selasa. Ada food testing. Meeting tergempar. Macam2 lah yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Aku enjoy!

Masa ni lah jugak aku jumpa dengan macam-macam ragam ibu bapa. Ye..sangant paham bila berinteraksi dengan orang lebih tua. Tapi ada segelintir ibu bapa yang sangat tak hormat kita pulak. Masa aku buat extra kerja. Jaga pintu masuk untuk ibu bapa. 

Diarahkan duduk dibarisan yang ditetapkan. Tapi dengan hati yang keras. Tak nak denganr cakap. Ok, biarkan sahaja. :)

Pengalaman.

























Hah, ni bukan kerabat. Ni NC aku + Suami. Hari ke 2.


Kedua:
Hari Keluarga

Huh, akhirnya dapat juga aku rasa family day dalam organisasi yang aku kerja. Sebelum ni tak pernah. Asyik-asyik dinner. Walaupun makan dekat hotel. Tak sama dengan family day ni. Sebab dekat majlis ni boleh angkut semua family kita. 

Sabtu 7/12/2013. Pantai Purnama, Port Dickson.

Aku alhamdulillah enjoy dengan semua aktiviti yang disediakan. Cabutan bertuah, tukar-tukar hadiah. Menang aktiviti kumpulan, tempat pertama baling belon ada air dengan En Suami. Saguhati ikat kaki dengan pasangan. 

Puas dan penat jugaklah. Cuma tak dapat buat tepi pantai sebab air pasang besar masa tu. 

So, tu jer. Enjoy dengan gambar2 yer.

Gambar family day dari kamera aku dengan kamera Jabatan Bendahari.



















Untuk gambar aku tak sempat nk edit atau letak caption. Kira upload tuk meriahkan blog.Kikiki. Korang imaginasi lah klo rasa tak paham gambar tu.

Lasttu ko nampak ada kek. Sedap wooo... Sambutan hari jadi semua staff. Kah..kah..

Dari Januari sampai Disember.

Wassalam.