18 April 2020

Tahun 2020 dan Covid 19



Salam semua. Ada lagi yang gigih baca blog? Kekalkanlah minat membaca tu. Buat julung kalinya untuk tahun 2020. Aku nak bagi entry baru. Rugi tak post kenangan waktu seluruh dunia tengah berperang dengan VIRUS Novel Corona atau Covid19.

Virus ini dikenalpasti pada akhir DIsember 2019 di Wuhan, China. Masa ni dunia lain masih tak terasa dengan virus ni. Sampailah masuk tahun 2020. Dunia terkejut dengan jumlah kematian di China agak mendadak selain penularan virus ini keseluruh dunia dengan pantasnya.

Malaysia terkesan bermula bulan Mac 2020. Dan pada 18 Mac 2020 Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara. Semua sekolah dan IPTA termasuk semua organisasi awam dan swasta perlu menutup urusniaga. Kecuali yang berkaitan dengan urusan penting negara.

Wah..demi Allah semua agak terkesan dengan Covid 19 ni. Sampailah saat aku tulis ni, PKP masuk fasa ke3. Bermakna dah 3 kali perlanjutan masa PKP. Kerja dari rumah dan tiada sesi persekolahan untuk Izz.

Data terbaru statistik Virus ni di Malaysia
Sepanjang tempoh PKP ni aku bekerja dari rumah (WFH) termasuk semua staff di tempat kerja. Macam seronok tu mula-mula lah. Lepas 2 minggu dah rasa lain sikit. Rindu nak pergi ofis, rindu kawan ofis. Tapi semua masih terkawal lah. Bila dengar kes kematian meningkat dalam tempoh PKP fasa 2. Rasa risau pulak datang. Nak keluar beli barang dapur pun seram. 

Untuk rekod hari-hari kitaorang dengar PC dari Kementerian Kesihatan. Sampailah ketua pengarahnya jadi viral. Haha. Termasuk PC dari Kementerian dari Kluster Keselamtan. Gitulah. Malaysia kan berubah senario politiknya. Sebelum viral Covid19 ni Malaysia buat viral bertukar politik iaitu bertukar Perdana Menteri. So, kerjalah menteri-menteri baharu dengan sesugguhnya masa Covid19 ni.

Sebenarnya banyaklah perkara yang jadi dekat Malaysia masa fasa PKP ni. Tengok macam mana kerajaan berusaha untuk bantu rakyat dan macam mana yang berniaga sendiri sebelum ni berusaha untuk mencari pendapatan. Covid19 sangat-sangat memberi kesan pada ekonomi dunia bukan je Malaysia.

So, doalah semua untuk pastikan Covid19 ni lupus virusnya. Sangat mudah merebak antara manusia. Semoga Ramadan yang akan datang, semua kita berdoa untuk dipulihkan Malaysia untuk semua jalankan rutin harian macam biasa.




No comments:

Post a Comment