20 September 2013

Bab Sembang 2 : Cerita Tempat Kerja Baru

Salam,

Hah, ada ke yang tunggu cerita aku. Wakaka...melampau perasaan yang perasan tu. Ok...tak kisahlah..kalau ada..yeee...ni lah akhirnya. Penantian dah sampai penamatnya.

Jumaat yang bagi aku sangat tenang di ofis. Sebabnya ofis kosong. Aku lebih suka abiskan masa depan pc. Buatlah apa yang patut. Tenang dan bahagia.

Bulan Syawal 1 post aku tak buatkan. Tak der idea apa nk diupdate kan. Serius. Kamera dengan bahagia terperap dalam beg. Menu masak plak memang tak sempat nk amik. Padahal banyak dah lauk ciptaan aku buat. Sedap lah kot. Tapi maaf..tak sempat nak amik. Lepas ni aku bagi komitmen yang lebih yer. (Piiiraaahhh...tak bleh pakai komitmen tu!!!)

Ok, kali ni nk bagi ceria sikit...aku bagi cerita ofis baru aku. Memang sangat berbeza dengan tempat kerja lama. Air-Corn tak boleh dikawal dah. Tak de lah nk gaduh dengan ofismate dah. Lega!!


 Ok, gambar atas ni lah tempat aku berhempas pulas mencari rezeki. Tempat ni saja aku amik gambar pc jer. Hahaha..tempat aku kalau nk bergoogle kene pandang-pandang. Sebabnya laluan lalu lintas semua orang yang nk ke jamban ohhh tandas. Oklah tu kan, janji tempat aku kemas.

 Ni pulak antara yang ada dekat sekitar meja aku. Phone mmg ada. Kuat sangat deringannya. Ohhh skema!. Aku cari button nk perlahankan...tak jumpa plak. Ke aku yang tak nampak. Nanti akan aku usahakan balik. Nota-nota tu aku tampal. Sebab aku kan baru belajar. Jadi kene banyak nota-nota macam tu. Nota last tu dari insan bertuah di ofis lama. Nasib baik aku perasan nota tu. Suka-suka selit kat mana-mana.

 Ni adalah bos-bos aku. No 1 tu bos jabatan. Ketua Jabatan Bendahari lah tu. Aku pernah sekali selisih dgn dia. Aku bagi salam. Tapi nama dia aku sebut nama Pendaftar. Dia pun angguk jer. Kikiki.

No 2 tu Naib Canselor USIM. Boleh jumpa dia dalam surat khabar. Banyak lagi gambar dia yang lebih jelas. Oklah jugak. Kalau tengok dia kompom tak kenal lagi. Tapi pendapat aku. Dia sangat ok dalam bab kerja. Bab bergurau pun ok.

No 3 tu lah bos Unit aku. Setakat ni memang ok!
 Ni dekat dewan besar tertutup Nilai. Pertama kali jugak masuk dewan ni. Besar sangat. Sebab tu aku rasa masa majlis hari raya ni, tak ramai staff yang datang. Padahal dewan ni besar. Kot lah. Kalau betul tak ramai..aku no komen!!

 Masa ni aku saja selit-selit nak amik gambar gak. Padahal kamera aku kecik jer. Tapi ok apa. Ada gak aku amik. Ni antara pegawai-pegawai di jabatan aku. Dari belah kiri jer. Belah kanan tu ada yang staff biasa. Tak termasuk bos sederhana besar aku tu.

 Korang tengok. Bahagia tak gerai aku. Kikiki...oklah..dari tak der. Aku takut entry ni dibaca atau ter dibacai oleh salah sorang staff jabatan aku. Mana tau diaorang google. Mati aku.Kikiki. Mungkin boleh diperbaiki atau macam tu gak untuk masa akan datang. Kikiki.

Korang tengok sebelah tu. Tu gerai Jabatan akak aku. Kelassssssssssssss kau Jah!. Saja aku tak letak anak panah. Biar tak perasan sangat. Kikiki.


Ni lah barangan atau produk yang ada dekat gerai Jabatan aku. Kira oklah. Dapat stok yang senang nk di sediakan. Meriah jugak. Aku lupa nk amil gambar koktel sekali. Aku pun tak rasa sebab masa aku amik tu tak sejuk. Kurang mantap kalau makan tak sejuk kan..

Jadi, setakat ni yang dapat aku kongsikan dulu. Insyaallah akan datang, kalau aku ada amik gambar lebih menarik, aku akan kongsikan lagi. 

Setakat ni aku masih lagi belajar tuk paham semua perkara yang membabitkan kerja-kerja aku. Kene cepat paham dan kene ingat. Aku ni kan cepat lupa. Sebab tu nota-nota banyak aku tampal. Biar selalu ingat. 

Aku tak der lagi kawan rapat. Hahaha...semua kawan aku dari stok kawan akak aku. Kikikki. Tak per, aku masih lagi baru. Taklah aku risau mana pun. Insyaallah aku masih lagi bleh gerak sendiri. Aku tgk pun, yang ada semua orang lama. Semua dah ada geng sendiri. 

Tak per...brapa kali tak per ni. Aku masih ok. Kawan dengan semua. Tak rugiiii kan.

Smpai sini dulu entry kali ni.

Daaa...

Wassalam.