23 December 2011

Planner 2012

Salam,


Wahhhhhh..tinggal berapa hari jer lagi..2011 tutup tirai...ala..ayat dah biasalahkan...ok..tukar ayat baru :)

Alhamdulillah..syukur ya Allah..Kau masih berikan lagi nafas untuk aku meneruskan perjuangan di bumi yang hanya sementara ini.(tp macam biasa jugak kan)

Ok..untuk Planner 2012..aku ada beberapa wish list yang masih pending untuk dibuat. Ada beberapa lah...tp untuk di paparkan..aku bagi wish list untuk kategori makanan..hahha :)

Ini senarai makanan yang aku nak sangat buat tapi tak tercapai. Yelah..angan-angan dalam kepala jer..tp tak dicuba. Mana nk dicapai kan.

  1. Beef Wellington - aku terpesona..aku nk buat sangat. Sebab dalam Junior Master Chef Australia...ada seorang peserta buat. under age. so, aku rasa..aku pun bleh buat ;)
  2. Macarons - aku pernah beli. Serius tak sedap. Tapi aku rasa..tu bukan rasa yang sebenar..yg pasti..aku ttp nak buat! 
  3. Kek Indulgence - aku nk buat sebab...aku nk rasa:)
  4. Roti - banyak blog aku tgk..dah banyak yang buat roti. Kompom aku pun nak:)
Ok, tu antara wish list yg aku nk buat. Ada lagi..tp ini antara yang agak mencabar lah nk dibuat.

Ni pulak..wish list makanan yang aku nk makan. Dalam erti kata lain..selama ni aku tak pernah nk makan pun makanan ni. Sebab tak suka.:(

  1. Laksa - wahahah..smpai dah umur sekarang ni. Aku tak pernah makan laksa..mungkinkah tahun 2012?
  2. Air Jagung - air yang menarik..tapi aku tak pernah minum.
  3. Tempoyak - aku tak nak letak tau, tapi..aku harap..aku akan mula makan..:)
  4. Sambal belacan - ni mcm pakej dengan tempoyaklah. Ni mungkin lg baik dari tempoyak kot.
Ada banyak lagi..tapi mcm org kata..ni yang sepatutnya orang kampung suka. Tapi tekak aku..mmg tak pernah nk mencuba. Apa pun..korang doakanlah aku bleh makan. Tapi aku bukan jenis yang banyak songeh pasal makanan. Tapi kalau ada makanan yang tak suka ditelan...takkan nk paksa kan..

Macam dulu..aku tak suka sangat dengan tomyam. Kerana rasa yang masam. Tapi ntah mcm mana 1 hari..aku cuba. Not bad sebenarnya. Sekarang..tomyam tu dah jadi salah 1 makanan yang aku suka suki sangat!.

Apapun..aku harap..tahun 2012 memberi makna yang besar dalam hidup aku. Ada perancangan besar yang harap tiada masalah untuk di jalankan. Semua dalam perancangan...dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Sekian..


Wassalam.


Nota: selamat tahun baru ;)




No comments:

Post a Comment