20 July 2011

Mafin Pisang Dengan Inti Coklat

Salam,

Malam tadi ingatkan nak rehat jer. Tapi jiwa raga aku ni tetap nak ke dapur.hehe. Hasilnya aku berjaya jugak dengan jayanya buat mafin pisang dengan coklat ni. Sebelum ni aku ada cuba, tapi tak sebaik yang kali ini. Haha..dan2 aku makan masa panas, lagilah sedap....Oh yer..abah aku siap bawak pegi kedai kopi..haha..apelah bapak aku..:)
Ok, untuk buat mafin ni mudah sangat2. Korang cuma ikut arahan jer. Memang jadilah. Pertama kali buat mungkin ada silap tapi dah masuk kedua kali insyaallah akan  jadi lebih baik.

Resepi ini aku dapat dari sini. So korang bleh lah cuba yer. Makan panas2 memang best. Aku pun tak nak cakap panjang sebab dah curi masa kerja. Hehe..

Untuk resepi ni, aku tak bubuh coklat, tapi aku bubuh coklat cip. Dekat bahagian atas, baru aku letak coklat yang aku potong halus2.hehhe..


Ini hasilnya..malam tadi tak bleh rehat..tetap nak masak!





Ok, ni yang aku makan mlm tadi..best!...

Aku letak coklat chip..tapi tak brapa banyak..

Mafin Pisang Inti Coklat
Sumber Ros Jintanmanis


Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum

1 cawan suku gula ( 1 1/3 cawan)

2 biji pisang yang ranum

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan ( suku) susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila

beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)


Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.

Akhir kata, selamat menjamu mata..hehehe
Wassalam...

No comments:

Post a Comment