15 July 2011

Cerita Mei dibawa Ke July!

Salam,

Aku suka sangat-sangat membaca blog. Sebabnya aku memang suka membaca. Dari satu blog ke blog yang lain aku dapat ilmu yang blogger tu kongsikan bersama mengikut pengalaman blogger tu sendiri. Selain tu aku rasa bahasa yang mereka sampaikan cantik dan indah. Sebab tu aku suka sebab blogger ni kadang-kadang bukan calang-calang orang. Antara yang aku selalu folow ada 2 blog doktor. Sorang tu doktor gigi belajar dekat India.

Bila aku baca jer blog doktor gigi tu Ya Allah memang aku akan gelak. Sebab doktor gigi tu cerita mengenai India.Aku tak perlu kot nak pergi India tu, sebab dari cerita doktor gigi tu aku dah dpt bayangkan mcm mana kehidupan sebenar dekat India. Oleh sebeb tu aku suka baca blog doktor gigi ni dalam area pukul 3 petang waktu pejabat. Hah..korang mesti dah tau kenapa kan. Sebab mesti aku gelak masa tu. Hilanglah mengantuk aku masa tu.hehe..

Sorang lagi blog doktor ni, die belajar dekat Rusia. Sekarang bekerja dekat Temerloh kalau tak silap aku. Doktor ni baru-baru juga mendirikan rumah tangga. Blog doktor ni memang popular sebabnya, die dah mula berblog dari usia muda lagi. Apa yang aku tabik dengan blog doktor ni ialah ayat dan gaya penceritaan doktor ni. Indah dan tersusun. Lagi satu siapa sebenar doktor ni jugak salah satu sebab buat aku begitu kagum. kesimpulannya aku boleh buat, islam dan ilmu kalau seiring adalah perkara terhebat dan terindah untuk seseorang tu.

Selain dua blog doktor ni aku kebanyakannya ikut blog masakan pulak. Sebabnya aku memang minat memasak. Dah banyak jugak hasil aku buat dari ikut resepi blogger masakan ni jer.Hehe..kebanyakan blogger makanan ni bukan suri rumah sepenuh masa. Ada yang kerja dan ada jugak yang berjawatan tinggi. Tapi dek kerana minat pada makanan, hasilnya mereka buat blog untuk keluarkan segalanya untuk dikongsi bersama orang lain..antaranya akulah.

Aku juga suka sangat dengan blog tukang amik gambar. Dalam istilah lain, blog photographer (BP). Aku tidaklah terlalu buta seni tapi aku tau nak menghargai segala kesenian yang dieorang buat. Kadang-kadang ada satu gambar tu terlalu indah bagi aku. Aku selalu jer ikut dan update blog sepupu aku sendiri. Aku minat segala hasilnya sebab menepati selera hati aku,.hehe..

Kesimpulannya, aku minta dengan apa yang aku suka..hahah..salam membaca cerita poyo ini..

Wassalam...;)

No comments:

Post a Comment