19 July 2011

Ayam Panggang

Salam,

Sekejap jer dah hari Selasa esok pulak Rabu. Tanpa sedar ramadan dah nak menjelma balik.Ish2 aku rasa macam tak sabar langsung.haha..
Ok, untuk kali ni, aku update menu ayam panggang yang pernah aku post dekat FB aku sebelum ni. Macam nampk menarik.Yelah, ayam panggang kan. Tapi kalau korang sendiri cuba pun, hasilnya tetap sama. Untuk resepi ayam panggang ni, aku cuma survey beberapa blog,tetapi untuk ayam panggang aku ni, aku telah campur tolak untuk hasilkan resepi sendiri. Konon2 lah. Sebab, susah aku nak dapatkan bahan2 kalau ikut 100% resepi blogger tu.
Jadi, terpulang korang nak ikut resepi aku atau tidak, yang pasti hasilnya nnt tetap lebih kurang sama.heeeeee :)..

 Lepas make up ayam, biarkan semalaman atau 3-4 jam..baru best!

 Ini aku panggang 2 ketul jer. Sebab tak ramai nk makan..


 Ini hasilnya. Makan panas2..hehe

So, ini resepi hasil penelitian dan pemerhatian aku. Aku lebih suka masak tapi dengan resepi yang tak begitu terikut dengan resepi asal. Bukan nak melebih-lebih, tapi untuk memudahkan diri aku.heheh..
Ayam Panggang:

Sumber resepi Potret Kasih

Bahan2nya

1ekor ayam (dibersihkan dan di tos )
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon - aku letak separuh biji untuk 2 ketul peha
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
*3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk
*3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk- aku letak sos lada hitam
*1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

* aku tak letak
Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Ok, ada bahan yang aku tak letak dan aku tambah. Aku ada tambah daun rosemary kering. Aku tumbuk dengan bawang putih lepas tu aku tambah sos tiram. Sebenarnya banyak versi korang boleh ikut. Sebab hasilnya lebih kurang sama. Jadi, aku bagi guard line dekat korang untuk mencuba. Masak pun kene ada try & error. Baru best!
Wassalam..

No comments:

Post a Comment