29 July 2011

Jenguk ke Kilang!

Salam,

Huhuhu..amat rindu nak berdedikasi dekat blog ni. Tapi kerja banyak. Blog aku pun ikut cuti kalau tuan kebunnya cuti. Haha...

Hari ni jugak buat pertama kali untuk tahun ni, dapat jugak menjejak kaki ke Kilang tempat aku bekerja. Untuk pengetahuan, aku kerja di Ibu Pejabat..(HQ)..gaya poyo jer ibu pejabat..haha. Aku bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan kewangan syarikat. Kira buat akaun syarikatlah. Padahal aku tak minat langsung pun nak buat kerja-kerja akaun ni. Takdir Allah, Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Kerja bahagian akaun di syarikat swasta memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi sangat. Lagi-lagi kerja dengan Cina. Disiplin kene jaga! Hah..malas dah nak bebel pasal kerja. Tak menarik pun, yang pasti untuk syarikat berkaitan dengan FFB, CPO dan PK macam syarikat aku ni..awal bulan saat paling sesak! Sebabnya...lain kali aku ulas yer...

Ok, hari ni kira ada jamuan dekat kilang aku. So, semua dijemput hadir. Tapi bukan korang lah. Perkerja sahaja. haha..Selama ni korang cuma tau beli minyak masak kan. Hari ni aku paparkan keadaan kilang yang sebenar dalam pemprosesan minyak masak peringkat pertama. Tapi kilang aku ni bukan proses minyak masak yang terus siap tu,tapi hanya peringkat pertama. Minyak ni dinamakan CPO ( Crude Palm Oil ). Jadi kalau nak beli minyak masak siap kene order dekat kilang lain ok. Hehe..

Korang layan jer dulu gambar yang dapat aku ambil masa tengah hari panas terik ok. Bukan panas jer, bau kelapa sawit tu lagi buat aku tambah pening. Tak dapat tahan lama, aku masuk pulak ofis. Sejuk..hehe. Aku juga dapat amik gambar dari bahagia timbang buah. Dengan lori-lori yang hantar buah ke kilang. Lori pun kene beratur ok.heheh. Mungkin lepas ni aku jelaskan betapa bernilainya buah kelapa sawit sekarang. Buat masa sekarang harga buah kelapa sawit boleh dikatakan tinggi.


Ni fibre..hasil daripada empty bunch yang dihancurkan. Fibre ni boleh buat bantal, tilam dan seangkatan. Baja pun boleh.


Ni lah empty bunch. Lepas buah kelapa sawit di press dan diasingkan daripada biji. Biji tu yang diproses jadi minyak. Tandan kosong selalunya di buat baja jugak.


Yang ini pulak, lori naik atas jambatan timbang.heheh. Mesin timbang nilah yang timbang segala bagai lori yang bertan-tan tu. Tak kira apa barang dalam tu, keluar masuk kene timbang.hehe

 Ni lah keadaan kilang. Dari jauh jer dah rasa bahang panasnya. Semua perkerja dalam tu tak der yang kulit putih bersih. Walaupun Cina. Memang gelap. Panas dan berbau. Sabar kan dieorang ni kerja. Padahal gaji tak tinggi mana.
 Ini pulak kawasan ram. Untuk letak semua buah kelapa sawit. Patut kene naik atas tu. Sebab buah akan ditolak masuk cages. Tapi untuk lori yang tak mampu naik atas. Terpaksa letak dekat bawah jer.


Aku nak tunjukkan cerobong asap. Cerobong ni dari jauh kita dah boleh nampak. Tu tandanya kilang kepala sawit. Asap yang keluar kene dipantau. Kalau tak silap aku, dekat hujung cerobong tu ada cctv tahan lasak. Sebabnya, jabatan alam sekitar nak tengok sehitam mana asap yang keluar. Logik tak?

Ok, ni diantara gambar yang sempat aku ambil. Konon nak bagi gambaran lah. Tak mudah sebenarnya nak dapatkan hasil. Aku hormat sangat pekerja yang sanggup kerja sebagai buruk kasar dekat kilang ni. Gaji dikira hari. Tapi kerja berat. Jadi, kita bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Nak cari sesuap nasi tak mudah.Hehe. 

Jadi..selamat lah berimaginasi ke alam kilang kelapa sawit.hehehe

Wassalam..

nota: ada seorang pegawai MPOB diletakkan dekat kilang. Muka die pun dah gelap jugak.heee

No comments:

Post a Comment