Salam,
Hari tu dapat order dari sepupu aku...untuk kali ke3 nya. Aku terima lah. Sebab minat tu masih menebal dalam diri aku nak meniaga kecik2 gila ni.
Ok..untuk resepi polkadot ni...aku dah edit banyak kali. Untuk dapatkan apam yang tak keras bila sejuk. banyak resepi yang aku amik dari bloger2 ni..kurang lah sket powernya. Bila sejuk jer..keras!!
Aku kalau nak..aku nk apam tu sentiasa gebu dan lembut. Barulah puas hati.
Alhamdulillah..setakat ni..masih boleh diterima lah. Taklah keras macam masa mula2 aku buat dulu. Lepas sejuk jer...memang agak keras.
Resepinya!
Aku edit lah bagi cun sket. Ampun yer semua..yang aku pernah amik resepinya. Aku kene edit sket..sebab nak bagi lembut jer bila sejuk.
Resepi asal aku dapat dari sini
Aku bukan saja nk derhaka resepi orang..cuma nk yang bagi apam tu gebu. Sebelum ni aku dah cuba..tapi tak dapat kepuasan. Aku inovatifkan sikit.
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 ukuran aku..1 penutup botol sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)
Langkah-langkahnya:
Untuk langkah2 ni..aku tak ubah. Dalam banyak2 resepi..aku guna cara yang ini. Puas hatilah guna cara ni.
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
Ni 1st step. Aku suka guna acuan ni. Apam tak gerak2. Senang nak buat. |
Step 2: Isikan sedikit adunan. Separuh pun ok! |
Masukkan inti pilihan korang. Masa ni aku guna blueberry. |
Isikan balik dengan adunan tepung. Lebih kurang paras kat atas ni, Then...buatlah dot dot. |
Dah masak. Aku kukus tak sampai 15 min. Tapi tak kurang 12 min. |
So, boleh lah cuba. Kalau tak nak..order jer. Kikiki..sekarang dah banyak sangat orang jual online.
Jadi..selamat lah mencuba!!
Oh yer...aku dalam usaha..mcam mana nak buat apam ni tak ada gelembung2 udara tu. Buat apam tak cun :(
Wassalam.
Kalau xnak ade gelembung2 tu mase nak masukkan adunan dalam cup.. lebig elok guna sudu.. coz kadang2 ade udara teperangkap dalam piping bag tu.. jadi time picitkan aduanan ke dalam cup.. udare pun ikut sekali :-)
ReplyDeletedah follow dah blog ni supaya senang nk bace new entry nanti:-)
Hehe...terima kasih utk tips & follow blog biasa2 ni...
ReplyDelete