Assalamualaikum,
Minggu ni aku agak over happy. Tak macam selalu lah. Jadi, time masak muka tu senyum jer. Lauk tak berapa sedap pun jadi sedap kot. Kikiki.
Alasan utama aku terlebih gembira adalah kerana...bahwasanya..aku diterima bekerja di sektor Kerajaan. Hah...surat resign pun dah hantar :)
Ok..kalau ikut dah lama gila aku mohon mana-mana sektor kerajaan ni. Lepas tu study, hafal macam-macam lah..lagi2 nama menteri2 kabinet Malaysia. Hari interview mengeletar jer jari tu. Takut lah konon2. Nebes lagi...takut lupa. Tapi..untuk jawatan yang aku dapat ni. Aku study gak.Baca macam biasa. Hafal mana yang patut. Sampai hari interview..aku tak gelabah atau nebes. Relaks jer. Entah tak tau kenapa. Memang masa jawab pun konfiden gila. Hah..rezeki kan..Allah permudah segala urusan. Smpailah dapat jawapan aku lulus diterima. Amin...
Ok, menu kali ni tuk minum petang. Aku buat hari tu siap dengan gelencongnya sekali. Buat sikit tak banyak. Sekali makan tak de lebih.
Bahan tepung ni senang jer.
- Tepung gandum - bukan tepung jagung. ( ikut cara nk uli doh karipap. guna minyak panas )
- Lepas siap...amik 1 bahagian kecik..gelek...bg nipis.
- Lepas tu..panaskan minyak...lepas gelek2 tu..jgn tebal ok...masukkan dalam minyak panas2. Lepas tu..amik minyak tu..curah2 atas tepung tu. Kalau jadi..lempeng ni kembung. Kalau tak kembung..cuba tuk kali ke 2. Kikikiki
- Aku pun main hentam jer...ni semua cara aku. Orang lain buat aku tak kisah. Aku pastikan minyak betul2 panas. Lepas masukkan aku perlahankan api. Lepas kembung tu...terbalik2 kan..lps tu angkat.
Ok, lepas tu..nak makan lempeng ni sesedap..kene ada kawannya. Aku buatlah gelencong. Simple jer. Biasa aku buat sambal merah. Tapi kali ni tukar selera. Tuk masak gelencong pun senang. Aku listkan bahanya.
- Cili padi
- Bawang besar
- Bawang putih
- Asam jawa
- Gula
- Garam
- Ikan bilis
Aku blend cili ngan bawang putih. Bawang besar aku potong sederhana nipis. Panaskan minyak, tumislah macam biasa. Lepas tu masukkan asam jawa, gula, garam. Eh, aku letak ikan bilis dulu. :)
Rasa bg seimbang ok. Lepas tu..agak2 dah masak tu. Angkatlah. Masa aku buat, aku guna cili merah api tu. Pedas gila...aku masak stgh jam kot. Bila kering aku letak air..letak lg...smpai rasa pedasnya kurang.
Korang lah cubalaha...memang best. Tapi aku rasa..best lagi bila buat sambal merah. Lagi rasa best masa cicah tu. So, sampai jumpa lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment