12 January 2013

memancing itu seronok!!

Salam,

Hah...aku rasa macam tak logik post aku yang sebelum ni...Kikikiki...tak kisahlah...cerita aku kan...lantak lah..

Ok, untuk post kali ni..dah lama aku nak buat. Tapi tak cukup bahan. Hahaha...tak sempat nak amik gambar hasil tangkapan!!

Cerita memancing ni bermula kerana...En Suami suka memancing. Hobinya memancing. Sejarahnya...kerana...kedudukan geografi hidupnya. Rumah dia dekat dengan pantai Bagan Lalang. Kerja dulu pun dekat ngan pantai. Jadi...kira jadi orang laut lah. Lagi2 dari kecik..aruah bapak mertua aku dah ajar anak lelakinya memancing.

Berkahwin pula dengan wanita yang duduk kampung. Jauh tak jauh lah dari pantai morib. Tak pernah pegang pancing pun. Tak pernah dibawak memancing pun oleh ayahnya. Hahhaa...poyo nya cerita aku!!

Masa berkawan dah tau minat En Suami...ok. Kesimpulannya yang aku nk cerita ni. Setiap orang yang suka memancing ni...adalah orang yang sabar!

Betul...aku tak buat kajian...aku memerhati jer!!

Sebabnya boleh tahan lama-lama dekat satu2 tempat.

Sabar lah tu kan. Nasiblah En Suami memang penyabar. Kikikiki...:)

Dah banyak tempat aku ikut En Suami memancing. Sampailah 1 tempat ni. Mula2 teruja sebab batak lah. Hahaha. Tempatnya cantik..ada bukit...ada pokok2 tinggi..ada angin..ada bunyi air laut. Ini semua jadi sebab aku pergi waktu petang!!



Ni suasana yang aku tak lupa...Best sangat masa tu. Dengan angin tiup lagi..perrrhhhh...Oh yer...Ni kolam ikan air masin. Kolam ni ada ikan siakap jer. Sekali masuk RM 3.00 untuk 1 joran. Kalau dapat ikan..baru ditimbang. Sekilo RM 15.00.


Bukti pokok2 tinggi...

Yeah...brader ni beraksi..baling joran jer pun..haha

Bukti family bawak bby. Masa ni isteri dia yang jaga pancing...:)
 
Masa ni ada angin..tak bleh nampak kan...kiki

Bahagian belakang ni...ada sungai...ada banyak bot2 besar lalu. Lepas lalu..bunyilah macam ombak..indahnya!!

Kalau korang baca..tak rasa macam aku rasa tak per...Ni seni rasa aku tuk alam semulajadi..Kikiki...hak memasing kan...

Kolam ni..besar..ada banyak kolam..tapi masih bukak 1 jer. Tak pasti sangat tempat pancingnya...sebab lalu Sungai buaya...pastu jumpa kampung bandar..lebih kurang kat situlah.

Masa aku datang ni jugak..ada family yang siap bawak anak keciknya. Baby lagi..tapi enjoy sebab minat. 

Memancing tak buang masa kalau betul pengurusannya. Kalau bawak family..enjoy sekali anak beranak memang best. Hadkan masa berapa jam kat kolam. Taklah buang masa kalau boleh isi masa dengan family.

Jumpa hidupan semulajadi. Tak bangga ker..aku jumpa ketam masuk lubang dalam tanah. Hah..tak ker best tu. Bunyi air bila ada bot lalu. Rasa macam dekat pantai.

Yang penting...aku tau minat En Suami dekat memancing. Kalau minat g disko??..pengsan..kikikiki

Aku akan ikut kalau tempatnya baik. Macam kat sini lah. Tak bosan ker??

Bagi aku tak..aku habiskan masa dengan En Suami. Boleh eratkan hubungan suami isteri. Ada masa borak hal2 nk membodek..kikiki..

Sampai 1 masa...aku rasa hobi En Suami ni seronok. Sebab...aku pernah tarik pancing. Masa itu ikan dah makan umpan...En Suami suruh aku yg tarik pancing...waaahhhhh..bestnya masa tu. Baru aku tau..apa kepuasan seorang pemancing tu. Bila umpan kene makan...dengan masa tarik pancing. Best!!

Seronok paling tinggi tahapnya...nk tau..

 Dapat makan ikan segar!! Gila best!!

Kalau pancing udang...dapat makan udang segar!!

Heeee...lain masa aku update lagi pasal memancing ni. Ni permulaan jer..

Wassalam.

 

 

 

No comments:

Post a Comment