15 February 2012

Nasi goreng ayam berkunyit

Salam,

Ok, kali ni aku nk kongsikan idea secara tiba-tiba yang aku dapat. Seronok masak ni kalau main tibai-tibai jer. Tapi hasilnya walllaaaaahhh..hehehe :)

Nasi goreng ni biasa jer..cuma aku nk lainkan sikit. Aku mula2 pun tak tau nk buat lauk apa. Akhirnya aku goreng kan ayam yg dah aku potong kecik2. Letak garam ngan kunyit. Lepas tu...mood malas datang. :(

Aku tumbuk bawang semua ngan cili..potong lobak ngan kacang buncis. Buat nasi goreng. Bila dah masak..aku masukkan jer ayam goreng td. Hah..jdlah..nasi goreng ayam berkunyit. Hahaha...puas hati ok.:)

 





Aku dapat tau..adik aku makan 2 kali tambah. Maknanya dia puas hati dengan nasi goreng ni. Ok, simple buatkan makanan tu lebih sedap. Aku tak letak ikan bilis. Sebab rasanya mcm tak sesuai dengan ayam.  

Apapun..selamatlah mencuba yer. Aku mungkin terpengaruh dengan cerita Chef At Home. Masak tanpa guna resepi. Tapi masak guna bahan yang ada, dan aku tambah sikit lagi. Masak tanpa resepi + hati.

Wassalam.

14 February 2012

Roti Jala

Salam, 

Aku ada soalan, kenapa yer..roti jala mesti warna kuning??

Ok, aku bleh jawab soalan ni...tapi ikut kamus hidup aku lah.:)


Ok, ni roti jala yang aku baru buat baru-baru ni. Surau dekat rumah aku ada buat majlis ceramah sempena sambutan Maulidurrasul. Dapat surat yang menyatakan bahawa lorong rumah aku di perlukan untuk membawa Kuah Kacang dengan nasi impit. Tapi aku kerja.

Jadi abah aku tukar sendiri, ikut Lorong 1 punya tema. Buat kari ayam. Memang lah terror abah aku buat. Oleh sebab kari dah seperiuk, aku pun dengan kerajinan tahap gaban, bancuh tepung buat roti jala ni.

Ok, habis cerita utama. Topik menarik..tp taklah menarik sangat. Dah pernah aku jumpa orang lain buat.



Wahahah..aku terlebih rajin. Aku bagi warna lain. Ok, berbalik pada jawapan aku. Kalau roti jalan warna lain...adalah tidak menarik sebenarnya. Mungkin..boleh menarik perhatian sahaja, tapi masa nak makan...hiiiissssssssss...macam-macam rasa ada. Kikikiki :)



Apapun aku enjoy jer makan roti jalan ni. Cuma aku habiskan yang warna kuning jer. Yang lain tak larat nk makan sebab warna nye...kikiki.

So, selamat menikmati warna-warni roti jala aku kali ni.

Wassalam.


Nota: Roti jala ni tak dibawak g Surau pun. Makan kat umah jer :)

09 February 2012

aku & emosi

Salam,


Salam penuh kemaafan...blog ini terabai buat seketika. Mau hampir sebulan tak tersentuh apa2. Ini semua kesan pada diri yg terlalu beremosi. Emosi dalam pelbgai aspek yg jika dijelaskan..tidak akan habis. Waahhh..tapi sekarang sudah kembali ok.

Nk guna saya atau aku. Ok..aku lagi best.

Aku kehilangan rakan sekerja yang selama ni membantu semua urusan di kantor. Bila mendapat better offer...aku pun akan blah dr ofis sekarang ni. Aku cuba sedaya upaya memprofesionalkan diri supaya tak macam dulu. Amin..dipermudahkan Allah. 

Alah biasa tegal biasa...dah 4 kali..tapi baru kali ni aku berjaya mengawal emosi. Bukan senang. Sebab..aku kene cover semua kerja die. Memang terlepas elaun RM 50.00 aku. Kikiki..

Apapun untuk Ewa..good luck. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Ok, aku akan kembali memasak dan memaparkan lauk2 terbaru.  Tunggu ok.

Wassalam.

25 January 2012

Untuk Aku pulak !

Salam,

Syukur Ya Allah...aku masih bernafas. Ok cukup pembuka kata. Simple dan kesyukuran tu lagi penting yer semua. Heeeee...:)

Beberapa minggu yang lepas ni aku tak masak apapun. Apa jenis makanan aku tak masak. Cuma terima tempahan buat apam polkadot. Sebab tu enrty masak diketepikan sementara aku mencari kerajinan kemasakan itu kembali ke jalan yang lurus. Sedih tau..sebab aku tak der mood masak!. Korang tak kisah kan..:))

Ok, untuk aku kali ni aku cuma bleh bercerita serba sedikit tentang kehadiran angka 28 tu dalam hidup aku. Pertama sekali aku diraikan oleh tunang aku. Macam tahun lepas, masih lagi dibelikan sebiji kek coklat. Di tambah dengan beberapa ketul ayam KFC. Tempat sambutan di rumah kakaknya yang tua. :)

Gambar?..aku tak bawak kamera masa tu. Terlupa :))

Keraian kedua dah tentunya oleh keluarga aku tercinta!..tempat yang indah juga makanan yang sedap sangatlah. Serius...memang penuh makna. Memang syok diraikan kan :)

Kek yang lazat dan berkrim + pisang :)






Steamboat!!!...cayalah kakak aku diet skrg :)


Kailan ikan masin by Abg Abie :)

Daging black paper - abah dah jatuh cinta dgn lauk ni..lalalala:)

Aku kemaskini data sikit:

Tempat: Kota Seriemas, Nilai
Owner: Harianti Husain & Abg Abie
Tajaan makanan: Kakak aku ngan Abg Abie
Tukang Masak: Abg Abie
Tetamu VIP: Aku :)
Pengiring: Ms Wawa & En Badai
Tarikh: Ahad
Mood: Gembira sangat-sangat!!!!

Ok, terima kasih untuk akak aku ngan abg Abie. Korang mmg best sebab sediakan makanan yang menyihatkan dan mendietkan. Hahah...

Gambar ni antara yang aku sempat amiklah. Seronok duduk umah baru masih lagi dalam kepala. Tahniah untuk akak aku ngan abg Abie..akhirnya umah sendiri dah dlm tangan. Hehehe. :). Untuk gambar umah..tuan umah blum post kat blog sendiri. jadi tunggu jer lah yer. :)

Apapun, aku masih jugak dalam mood gembira. Tunggu besday akak aku pulak. Insyaallah...:)

20 January 2012

28

Salam,

Salam penuh kegembiraan. Alhamdulillah...panjang umur aku sampai ke angka 28. Rasa penuh makna nombor 28 ni. Tapi tak der kaitan ngan syirik ok. :)

28 tahun penuh makna. Allah beri ujian, dpt aku hadapi dengan senyuman dan kadang-kadang dengan kemarahan. Biasalah..manusia..lagi-lagi yang macam aku, panas nya boleh tahan. :))

28 tahun jugak aku syukur menjadi anak kepada Husain Samad dan aruah Hasnah Badri. Sangat berbangga menjadi anak didikan mereka. Walaupun aruah emak dah 6 tahun pergi.

28 tahun menjadi adik paling baik (haha) pada kakak paling cerewet cun dan kakak paling bertanggungjawab...dan jugak kakak pada dua orang adik yang cantik dan hensem! Sangat bernilai masa bersama mereka. Sayang korang sangat-sangat. Tiada kata seindah bahasa..tiada korang..tiada cerianya aku...:)

28 tahun dan sampai akhir zaman..hamba kepada Allah s.w.t.. :)

28 Insyaallah...bertukar lagi status...
28 jugak...Insyaallah...projek baru..hoho..tunggu kemunculannya.:)

28 sama dengan no flat kereta bos aku. Hahaha...rasa-rasa dia nak bg ker aku guna no flat ni.:)

28 dan sehingga tamat riwayat..semoga diberi kekuatan iman, kesihatan yang baik..dan segalanya yang terbaik. 

Wassalam.






13 January 2012

Untuk Dia

Salam,

Alhamdulillah....dapat jugak aku mengupdate sesuatu sebelum blog aku terpinggir. Untuk tahun baru ni, aku masih lagi belum memasak menu-menu yang hebat..konon-konon hebatlah..Sebab tulah, aku tak dapat nk update. Semua resepi aku dah print. Tinggal nk mencubanya jer belum. :)

Ok, untuk kali ni, aku nk masukkan cerita gembira. Akhir tahun 2011...aku mesti sambut hari jadi seseorang. Walaupun cuma dengan ucap dalam phone sahaja. Hehe. Hari jadi tunang aku. 30/12/1983..tak smpai sebulan aku sambut hari jadi aku pulak. Sebab tu aku rasa..aku ngan tunang aku sebaya. :)

Baiklah..tak perlu cerita lagi...sebab tak menarik pun,...haha...pertama kali dan juga terakhirnya insyaallah..aku raikan hari jadi dia. Lepas ni mungkin lain cerita lah. Tapi yang pasti..untuk pertama kalinya aku buatkan sebiji kecik kek!.

Sedap belakang kira..yang penting...istimewa untuk dia.:)



Simple jer kan. Tak perlu nk deco yang lebih-lebih. Aku pun tak sangka aku buat kek ni. Sebelum ni beli jer dan die pun belikan tuk aku jer. Hehe..Insyaallah, lepas ni ada lagi yang lebih baik untuk kami berdua. Amin.

Wassalam.


Nota: :)

04 January 2012

Peanut Butter-Oatmeal Chocolate Chip Cookies

Salam,

Ini adalah kisah paling hebat 2012. Hahha..tak kisah korang nk cakap apa. Tapi aku seronok sangat bila akhirnya..menjadi jugak apa yang aku nak. Satu kepuasan. Bukan puas dapat duit jer...dapat buat apa yang kita nk pun puas. Kira dapat capai target lah. Sebab aku tau..aku cuma amatur kelas rendah dalam bab masak ni. :)

Ok, citer sebenarnya, dah lama sangat aku intai resepi ni. Masa mula-mula tengok hati tu nakkkkkkkk sangat buat. Tapi takut tak jadi. Rugi bahan jer. Tapi alhamdulillah...aku beranikan diri jer. Print resepi...beli bahan..dan buat. Tak kisah jadi ker tak benda alah ni..tapi dalam kamus hidup aku. Memang jadi!.







Resepi ni aku share dari sini. Korang bleh tengoklah. Bezakan antara dua ni. Memang kelas rendah punyer hasil yang aku buat. Yelah..nama pun pertama kali buat. Terus papar kat blog. Muahahahha...aku ok jer. Korang nk rasa?....ahaaaa...jom g umah aku. :))

Aku tau..nak buat benda alah ni tak payah mana. Tak perlu nak tunggu kembang atau apa-apa. Cuma kene sabar. Masa nk tunggu masak pun...aku tak tau..dah masak ker blum. Padahal...dah masak. Bakar biskut..bila dah sampai masa..angkat jer. Walaupun masih lembik.

Memang biskut tu lembik..sebab panas. Lepas sejuk keraslah.Rangup beb. heeeeeeeee..:) Oklah..korang cubalah yer...aku masih dalam mood baik gila ni.


Wassalam

Nota: lps ni ...cuba menu lg payah!