23 May 2011

Nani Badai?

Salam pertama kali...

Aku bukan pertama kali mengupdate blog, tetapi atas nasihat yang bernas dari kakak aku, terus dengan pantas aku berpindah dari blog lama ke blog yang sekarang ni. Untuk lebih keselamatan dan lebih keseronokan..(ayat tak bleh blah!).
 
Ok, tak perlu kot nak buat sesi suai kenal sebab memang tak perlu. Jadi aku teruskan dengan agenda utama seperti tajuk di atas.

Badai a.k.a Husain bin Samad. Nama penuh abah aku. Rasa macam di landa badai?? Haha..jangan. Sebabnya aku tak berapa pasti kenapa abah aku diberi nama samaran Badai. Abah pernah bagitau sebelum ni, tapi tak ingat. Tapi yang pasti ada seorang hamba Allah tu yang memulakan panggilan badai ni. Jadilah popular nama badai tu smpailah menenggelamkan nama sebenar abah aku yang sedap itu.

Kalau nk diikutkan nama betul abah aku ramai yang tak tau. Sebabnya...sebab orang tak tau lah. tak pasti dari umur berapa abah aku guna nama Badai ni. Lekatlah sampai abah aku berumur atas 60-an. Aku sebagai anak, biasa jer. Bangga sebab nama samaran orang lain biasa-biasa jer.

Sampailah satu masa, aku tergerak hati nak tukar nama aku dekat FB. Aku tak mainlah nak letak nama Putri Salju ker, Puteri Banting ker, Cinta Hati ker..hahha..serius aku tak bleh terima. Aku nak yang orang baca terus rasa pelik. Haha, terus aku teringat nama abah aku. Gabungan yang sesuai bila blog ni pun aku letak nama Nani Badai (NB). Nani tu pulak nama samaran aku dalam golongan saudara mara sahaja. Tidak dibenarkan sesiapa yang tak ada hubungan darah panggil aku guna nama Nani.

Sebabnya? Aku tak biasa ok. Nama Nani dah aku programkan untuk keluarga sahaja. Bila adik beradik aku tau kawan-kawan aku panggil nama Yani, aku kene gelak dalam beberapa saat. Sebabnya? Aku memang tak tau. Gelik kot. Tapi aku pernah jumpa ada orang lelaki pun nama dia Yani atau Mohd Yani. Pergilah cari. Mesti jumpa. Atas sebab tu aku digelakkan. Tak per. Aku tak marah pun.

Nama bila makin besar, adik beradik aku terima kenyatan kawan-kawan aku panggil nama Yani. Ok kan, cuma agak sopan nama tu nak dibandingkan dengan pemilik nama tu. Haha.. tak kisah janji aku bahagia.

Ok. setakat ni dulu. Menarik ker? Haha..tunggu cerita akan datang. oh yer..aku suka masak!