25 January 2012

Untuk Aku pulak !

Salam,

Syukur Ya Allah...aku masih bernafas. Ok cukup pembuka kata. Simple dan kesyukuran tu lagi penting yer semua. Heeeee...:)

Beberapa minggu yang lepas ni aku tak masak apapun. Apa jenis makanan aku tak masak. Cuma terima tempahan buat apam polkadot. Sebab tu enrty masak diketepikan sementara aku mencari kerajinan kemasakan itu kembali ke jalan yang lurus. Sedih tau..sebab aku tak der mood masak!. Korang tak kisah kan..:))

Ok, untuk aku kali ni aku cuma bleh bercerita serba sedikit tentang kehadiran angka 28 tu dalam hidup aku. Pertama sekali aku diraikan oleh tunang aku. Macam tahun lepas, masih lagi dibelikan sebiji kek coklat. Di tambah dengan beberapa ketul ayam KFC. Tempat sambutan di rumah kakaknya yang tua. :)

Gambar?..aku tak bawak kamera masa tu. Terlupa :))

Keraian kedua dah tentunya oleh keluarga aku tercinta!..tempat yang indah juga makanan yang sedap sangatlah. Serius...memang penuh makna. Memang syok diraikan kan :)

Kek yang lazat dan berkrim + pisang :)






Steamboat!!!...cayalah kakak aku diet skrg :)


Kailan ikan masin by Abg Abie :)

Daging black paper - abah dah jatuh cinta dgn lauk ni..lalalala:)

Aku kemaskini data sikit:

Tempat: Kota Seriemas, Nilai
Owner: Harianti Husain & Abg Abie
Tajaan makanan: Kakak aku ngan Abg Abie
Tukang Masak: Abg Abie
Tetamu VIP: Aku :)
Pengiring: Ms Wawa & En Badai
Tarikh: Ahad
Mood: Gembira sangat-sangat!!!!

Ok, terima kasih untuk akak aku ngan abg Abie. Korang mmg best sebab sediakan makanan yang menyihatkan dan mendietkan. Hahah...

Gambar ni antara yang aku sempat amiklah. Seronok duduk umah baru masih lagi dalam kepala. Tahniah untuk akak aku ngan abg Abie..akhirnya umah sendiri dah dlm tangan. Hehehe. :). Untuk gambar umah..tuan umah blum post kat blog sendiri. jadi tunggu jer lah yer. :)

Apapun, aku masih jugak dalam mood gembira. Tunggu besday akak aku pulak. Insyaallah...:)

20 January 2012

28

Salam,

Salam penuh kegembiraan. Alhamdulillah...panjang umur aku sampai ke angka 28. Rasa penuh makna nombor 28 ni. Tapi tak der kaitan ngan syirik ok. :)

28 tahun penuh makna. Allah beri ujian, dpt aku hadapi dengan senyuman dan kadang-kadang dengan kemarahan. Biasalah..manusia..lagi-lagi yang macam aku, panas nya boleh tahan. :))

28 tahun jugak aku syukur menjadi anak kepada Husain Samad dan aruah Hasnah Badri. Sangat berbangga menjadi anak didikan mereka. Walaupun aruah emak dah 6 tahun pergi.

28 tahun menjadi adik paling baik (haha) pada kakak paling cerewet cun dan kakak paling bertanggungjawab...dan jugak kakak pada dua orang adik yang cantik dan hensem! Sangat bernilai masa bersama mereka. Sayang korang sangat-sangat. Tiada kata seindah bahasa..tiada korang..tiada cerianya aku...:)

28 tahun dan sampai akhir zaman..hamba kepada Allah s.w.t.. :)

28 Insyaallah...bertukar lagi status...
28 jugak...Insyaallah...projek baru..hoho..tunggu kemunculannya.:)

28 sama dengan no flat kereta bos aku. Hahaha...rasa-rasa dia nak bg ker aku guna no flat ni.:)

28 dan sehingga tamat riwayat..semoga diberi kekuatan iman, kesihatan yang baik..dan segalanya yang terbaik. 

Wassalam.






13 January 2012

Untuk Dia

Salam,

Alhamdulillah....dapat jugak aku mengupdate sesuatu sebelum blog aku terpinggir. Untuk tahun baru ni, aku masih lagi belum memasak menu-menu yang hebat..konon-konon hebatlah..Sebab tulah, aku tak dapat nk update. Semua resepi aku dah print. Tinggal nk mencubanya jer belum. :)

Ok, untuk kali ni, aku nk masukkan cerita gembira. Akhir tahun 2011...aku mesti sambut hari jadi seseorang. Walaupun cuma dengan ucap dalam phone sahaja. Hehe. Hari jadi tunang aku. 30/12/1983..tak smpai sebulan aku sambut hari jadi aku pulak. Sebab tu aku rasa..aku ngan tunang aku sebaya. :)

Baiklah..tak perlu cerita lagi...sebab tak menarik pun,...haha...pertama kali dan juga terakhirnya insyaallah..aku raikan hari jadi dia. Lepas ni mungkin lain cerita lah. Tapi yang pasti..untuk pertama kalinya aku buatkan sebiji kecik kek!.

Sedap belakang kira..yang penting...istimewa untuk dia.:)



Simple jer kan. Tak perlu nk deco yang lebih-lebih. Aku pun tak sangka aku buat kek ni. Sebelum ni beli jer dan die pun belikan tuk aku jer. Hehe..Insyaallah, lepas ni ada lagi yang lebih baik untuk kami berdua. Amin.

Wassalam.


Nota: :)

04 January 2012

Peanut Butter-Oatmeal Chocolate Chip Cookies

Salam,

Ini adalah kisah paling hebat 2012. Hahha..tak kisah korang nk cakap apa. Tapi aku seronok sangat bila akhirnya..menjadi jugak apa yang aku nak. Satu kepuasan. Bukan puas dapat duit jer...dapat buat apa yang kita nk pun puas. Kira dapat capai target lah. Sebab aku tau..aku cuma amatur kelas rendah dalam bab masak ni. :)

Ok, citer sebenarnya, dah lama sangat aku intai resepi ni. Masa mula-mula tengok hati tu nakkkkkkkk sangat buat. Tapi takut tak jadi. Rugi bahan jer. Tapi alhamdulillah...aku beranikan diri jer. Print resepi...beli bahan..dan buat. Tak kisah jadi ker tak benda alah ni..tapi dalam kamus hidup aku. Memang jadi!.







Resepi ni aku share dari sini. Korang bleh tengoklah. Bezakan antara dua ni. Memang kelas rendah punyer hasil yang aku buat. Yelah..nama pun pertama kali buat. Terus papar kat blog. Muahahahha...aku ok jer. Korang nk rasa?....ahaaaa...jom g umah aku. :))

Aku tau..nak buat benda alah ni tak payah mana. Tak perlu nak tunggu kembang atau apa-apa. Cuma kene sabar. Masa nk tunggu masak pun...aku tak tau..dah masak ker blum. Padahal...dah masak. Bakar biskut..bila dah sampai masa..angkat jer. Walaupun masih lembik.

Memang biskut tu lembik..sebab panas. Lepas sejuk keraslah.Rangup beb. heeeeeeeee..:) Oklah..korang cubalah yer...aku masih dalam mood baik gila ni.


Wassalam

Nota: lps ni ...cuba menu lg payah!

03 January 2012

Ketam Masak Lemak

Salam,

Ok, resepi pertama tahun 2012. Tapi aku masak tahun 2011. Haha..tak kisahlah...Janji sempat amik gambar sebelum makan. Ketam bukan menu pilihan aku lah. Tapi sebab dah bosan masak lauk yang sama. Aku tukarlah ker lauk yang jarang-jarang aku masak. Masak ketam tak susah mana. Kopek jer kulit luar..dah siap. 

Kali ni aku masak agak pekat. Sebab ketam aku cuma peli 4 ekor. Cukuplah...aku ngan abah jer makan. Masa ni adik lelaki aku tak der kat umah. Out station ker PD. Jadi masak kene cukup-cukup jer. Ni pun dah bleh sampai tgh hari esoknya. :)





Ok, resepi tuk masak lemak ni..aku tak ikut mana-mana. Aku cuma guna basic asas masak lemak lah. Cuma kali ni aku tambah lobak. Hehe...tak susah mana. Aku blender jer semua. Terus masuk dalam periuk. Aku bukan tak nak taip resepi...tapi malas. hehe...:)

Apapun..selamat cuba lah..Kira lauk aku ni..lauk cadangan jer...hhaha..untuk resepi bleh taip dekat google jer. Semua keluar...:)

Insyaallah..lps ni aku akan lebih rajin untuk taip resepi.

Wassalam


Nota: berkobar-kobar time makan ketam ni. Kene guna 2 tangan.:)

Dolan-dolan :)

Salam,


Salam tahun baru yer...tapi kali ni story lama. Story tahun 2011. Citer yang tak sempat nk diborakkan. Ingat sempat hari tu nak post..tapi sengal...Ya Allah...ada jer halangan. Semua pasal nk upload gambar. Ada jer masalah. Tapi tak per..cerita ni tak basi pun!

Dah lupa hari apa aku bawah abah aku g jalan-jalan ni. Oh yer...hari sabtu sebelum tahun baru. Lepas kerja tu...aku bawak abah aku g jalan-jalan. Tak perlu pergi jauh-jauh, yang dekat2 pun kalau dah pergi tu. Dah paling baik.

Macam biasa, dengan Wawa..Jadi..aku cerita berdasarkan gambar yer...:)


mula-mula g Alamanda....tp abah tak nak tgk wayang...tu yang g sini...

 atas cadangan budak ni lah...smpai ke tpt hijau ni...



masa datang..kebetulan lalu lah feri ni...sendat kot dlm tu...nk gerak mcm dlm kapal Titanic tak dptlah...


menu pertama...cucur udang...garing + minyak yang banyak...aku bagi B+


yang ni cicahan yang pertama...kuah kacang...bleh jumpa kat utara..makan dgn kuah kacang..aku tak rasa pun..:)


hah..yang ni sedap...mmg cukup rasa....


ni pilihan abah..lempeng pisang..sedap makan masa panas...A lah tuk ni...


soya manisssssssssssss.....pilihan aku....


kompom tak berapa sedap...kuah kari agak lama..tu ulasan abah aku...roti jala sejuk...C utk roti jala


hah..ini adalah juara utk apa yg kitaorg order..Wawa order ni...lempeng kelapa....sedap yang 
amat..sebb masih panas...makan dengan gula...pastu ada kari ngan sambal...paling mantap makan ngan gula jer :)

:)

Sekeliling kawasan ni mmg cantik..hijau gitu...tu yang seronok amik gambar...Ok habis :)