15 February 2012

Nasi goreng ayam berkunyit

Salam,

Ok, kali ni aku nk kongsikan idea secara tiba-tiba yang aku dapat. Seronok masak ni kalau main tibai-tibai jer. Tapi hasilnya walllaaaaahhh..hehehe :)

Nasi goreng ni biasa jer..cuma aku nk lainkan sikit. Aku mula2 pun tak tau nk buat lauk apa. Akhirnya aku goreng kan ayam yg dah aku potong kecik2. Letak garam ngan kunyit. Lepas tu...mood malas datang. :(

Aku tumbuk bawang semua ngan cili..potong lobak ngan kacang buncis. Buat nasi goreng. Bila dah masak..aku masukkan jer ayam goreng td. Hah..jdlah..nasi goreng ayam berkunyit. Hahaha...puas hati ok.:)

 





Aku dapat tau..adik aku makan 2 kali tambah. Maknanya dia puas hati dengan nasi goreng ni. Ok, simple buatkan makanan tu lebih sedap. Aku tak letak ikan bilis. Sebab rasanya mcm tak sesuai dengan ayam.  

Apapun..selamatlah mencuba yer. Aku mungkin terpengaruh dengan cerita Chef At Home. Masak tanpa guna resepi. Tapi masak guna bahan yang ada, dan aku tambah sikit lagi. Masak tanpa resepi + hati.

Wassalam.

14 February 2012

Roti Jala

Salam, 

Aku ada soalan, kenapa yer..roti jala mesti warna kuning??

Ok, aku bleh jawab soalan ni...tapi ikut kamus hidup aku lah.:)


Ok, ni roti jala yang aku baru buat baru-baru ni. Surau dekat rumah aku ada buat majlis ceramah sempena sambutan Maulidurrasul. Dapat surat yang menyatakan bahawa lorong rumah aku di perlukan untuk membawa Kuah Kacang dengan nasi impit. Tapi aku kerja.

Jadi abah aku tukar sendiri, ikut Lorong 1 punya tema. Buat kari ayam. Memang lah terror abah aku buat. Oleh sebab kari dah seperiuk, aku pun dengan kerajinan tahap gaban, bancuh tepung buat roti jala ni.

Ok, habis cerita utama. Topik menarik..tp taklah menarik sangat. Dah pernah aku jumpa orang lain buat.



Wahahah..aku terlebih rajin. Aku bagi warna lain. Ok, berbalik pada jawapan aku. Kalau roti jalan warna lain...adalah tidak menarik sebenarnya. Mungkin..boleh menarik perhatian sahaja, tapi masa nak makan...hiiiissssssssss...macam-macam rasa ada. Kikikiki :)



Apapun aku enjoy jer makan roti jalan ni. Cuma aku habiskan yang warna kuning jer. Yang lain tak larat nk makan sebab warna nye...kikiki.

So, selamat menikmati warna-warni roti jala aku kali ni.

Wassalam.


Nota: Roti jala ni tak dibawak g Surau pun. Makan kat umah jer :)

09 February 2012

aku & emosi

Salam,


Salam penuh kemaafan...blog ini terabai buat seketika. Mau hampir sebulan tak tersentuh apa2. Ini semua kesan pada diri yg terlalu beremosi. Emosi dalam pelbgai aspek yg jika dijelaskan..tidak akan habis. Waahhh..tapi sekarang sudah kembali ok.

Nk guna saya atau aku. Ok..aku lagi best.

Aku kehilangan rakan sekerja yang selama ni membantu semua urusan di kantor. Bila mendapat better offer...aku pun akan blah dr ofis sekarang ni. Aku cuba sedaya upaya memprofesionalkan diri supaya tak macam dulu. Amin..dipermudahkan Allah. 

Alah biasa tegal biasa...dah 4 kali..tapi baru kali ni aku berjaya mengawal emosi. Bukan senang. Sebab..aku kene cover semua kerja die. Memang terlepas elaun RM 50.00 aku. Kikiki..

Apapun untuk Ewa..good luck. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Ok, aku akan kembali memasak dan memaparkan lauk2 terbaru.  Tunggu ok.

Wassalam.