07 June 2021

BANTING - apa yang menarik?

 


Banting!

Mesti korang pernah dengar kan. Sejak beberapa tahun ni Banting agak menarik untuk diborakkan dan disantuni. Banting sedang pesat sangat membangun. Sejak 8 tahun lepas Banting dah pun berjaya menjadi sebahagian besar kuasa ekonomi kerajaan Negeri Selangor. Ini bukan fakta rasmi. Tapi lebih kepada pendapat peribadi aku.

Aku kecilkan skop. Aku salah seorang anak jati Banting. Jadinya tak salah nak dengar pendapat aku. Perlu atau tidak lawati Banting!

Jawapan aku ialah Mesti!

Selain mempunyai Pantai Morib yang unik. Bagi aku unik sebab ada 2 jenis Morib yang aku orang Banting sendiri konfius. Kat sini ada yang gelarkan Morib Baru dan Morib Lama. Hah, padahal air lautnya sama je.

Ok, tempat yang korang kene cuba dan tahu adalah seperti berikut:

1. Pantai Morib

2. Syurga makanan

3. Bukit Jugra

4. Banting tu sendiri istimewa

Kalau korang suka sangat dengan pantai taklah teruk sangat pantai ni. Jujur aku kata air lautnya warna coklat. Unik kan. Mungkin kerana kedudukan Morib tu sendiri memberi kesan kepada warna airnya. Macam aku cakap tadi morib ada 2 bahagian. 

Pertama - kawasan pantai untuk berkelah. Area sini memang direct korang akan jumpa laut dan pasir. Tak ada tembok. So, korang yang niat memang nak berkelah main pasir dan turun ke laut, pergi ke kawasan morib ni. Dari pekan Banting, korang akan jumpa simpang ke Morib ni dulu sebelah kanan sebelum jumpa morib satu lagi.

Morib yang 1 lagi lebih kepada kawasan rekreasi. Ada tembok. Korang tak boleh nak pegang air laut. Tengok dan duduk tepi tembok. Ambil angin pantai. Kat sini juga banyak kedai makan dan malam minggu biasanya ada band dan ramainya penduduk Banting bawa family main belon. .


Serius, aku gembira duduk dekat dengan Morib. Hujung minggu rehatkan minda tengok pantai. Kalau kene masa korang pergi, redup dan angin kuat waaahhhhh lagi nikmat ok.

2. Syurga Makanan

Umum semua tahu, Banting memang terkenal dengan begitu banyak kedai makan. Area paling hot dari lampu isyarat rumah Misbun sampai ke simpang empat nak ke Morib. Kiri kanan penuh dengan kedai makan yang korang boleh pilih.

Biasanya hujung minggu memang meletop semua kedai tu. Entah sedap atau tidak terpulang pada korang yang rasa. Kalau korang lalu dan kedai tu penuh dengan kenderaan biasanya itu yang agak popular. Tapi kat area sini semua tempat penuh dengan kenderaan. Hebat bukan.

Cubalah tiap satunya bila kunjung ke Banting. Tak rugi cuba semua. Aku pun masih berkira kedai mana belum cuba. Sejak sebelum PKP dah bertambah bilangan kedai makan. Cubalah ok!

Oh ye, bila aku cakap syurga makanan tu bermakna semua jenis makanan yang korang bayangkan tu ada. Aku tak de listing jenis makanan. Tapi percayalah, memang ada. Hahaha.

3. Bukit Jugra

Hah, salah 1 tempat yang pihak berkuasa tempatan cuba untuk popularkan. Sejak bertahun lepas Bukit Jugra terkenal dengan aktiviti paragliding. Siapa yang aktif boleh try cuba dekat Bukit Jugra ni. Biasa juga macam tempat-tempat tinggi lain. Tapi sebab ianya dekat Banting. Dah pasti aku lebih overkan Bukit Jugra. Haha.

Aku pernah daki Bukit Jugra ni dan pernah naik guna kereta. Target aku lepas ni nak daki jalan kaki. Orang kata pon bahaya kalau nak jalan kaki/joging. Apa nak buat, zaman sekarang ramai sangat orang yang ambil kesempatan.

View dari Bukit Jugra bukan baisa-biasa ok. Indah sangat. Korang akan nampak laluan sungai yang indah luarbiasa. Entahlah, senang cakap kalau korang berminat dengan hight view ni, Bukit Jugra salah 1 tempat yang korang kene pergi tengok sendiri.



4. Banting itu sendiri istimewa

Last yang penting apa yang bestnya tentang Banting ni, Banting itu sendiri memang istimewa. Sekali korang try duduk sini, hidup dalam masyarakat dan kawasan sekitarnya korang pasti jatuh cinta. Kalau yang terpaksa takkan rasa ok.

Banting tempat lahir aku dan membesar sepenuhnya di sini. Indahnya Banting bukan sebab cara ia membangun tapi bagaimana Banting itu sendiri menjadi sebahagian hidup penduduknya. Rumah aku rumah kampung tapi nak ke hospital tak sampai 5 minit. Balai polis pon. Macam mana aku nk pindah tempat yang kemudahan asasnya jauh dari rumah.

Sekarang ni pula semakin membangun dan semua jenis makanan ada dekat Banting. Tinggal beberapa jenis lagi restoran makanan yang besar belum masuk. Banting tak ada shopping kompleks yang besar tapi kami semua kenal dengan Pasaraya Megah. Kami juga bermegah dengan adanya Pasaraya Econsave yang sangat membantu kami membeli dengan lebih bijak.

Dataran Banting pula dari aku kecil dan wujud. Dahulunya trak joging dia adalah batu. Disusun cantik jadi laluan. Ada 2 bukit yang bila kau dah penat berlari kau rasa benci dengan bukit tu. Tapi sekarang trak back to simen. Bukan batu merah macam dulu. Dataran Banting dah dinaik taraf untuk jadi lebih fleksibel untuk banyak acara. Bila buat semua tu pula, Malaysia dilanda covid19 dan sehingga post ini ditulis PKP 3.0 sedang dilaksanakan.

Lepas PKP boleh korang try datang Banting. Banyak hotel-hotel bajet yang tersedia di pekan Banting. Hotel-hotel bajet kebanyakannya terletak dekat kawasan yang mudahkan korang dapatkan bekalan makan dan bergerak ke kawasan sekitar. Banting tak besar tapi penuh warna warni.

Selamat datang ke Banting semua!

Semua gambar aku ihsan google. Korang juga boleh google untuk lebih gambar dan dapatkan maklumat lain. Entry aku sekadar penyedap rasa.