20 December 2013

Laut

Asslamualaikum,


Ok, ni cerita lama. Aku diajak En Suami untuk turun ke laut. Laut dalam!!. 

Turun ke laut masa air surut lah. Haha.

Hanya nama Allah jer aku pikir masa tu. Indah sangat. Tak rasa penas sebab aku pakai full protect dari panas. 

Bukan selalu pun aku ikut, tapi hari tu memang cuaca cantik. Aku rasa tenang sangat. 

Ni antara gambar yang aku sempat ambil. Oh yer..tujuan En Suami ajak ni sebab dia nak memancing.














Aku adalah aku! Kiki.

Ok, dah lama tak memancing ni. Sekali sekala jer. Tapi aku enjoy sangat masa ni sebab laluan nk ke tengah laut ni pun syok. Laluan kecik, tapi ada anak sungai yang jernih sangat. Rasa nak main masak-masak kat situ. 

Khazanah laut banyak sangat kan. Oh yer sekali lagi. Lokasi ni cuma kat pantai Bagan Lalang jer. Kikiki. Cuma laluan masuk tu tak ramai yang tau. Aku follow je En Suami. 

Ok, sekian tuk kali ni.

Wassalam.

18 December 2013

Tempe 5 cili

Salam,


Kali ni aku nk update lauk plak. Lauk yang aku rasa tak sampai 5 minit nak masak. Tempe ni pulak, sebenarnya aku tak tau nak masak apa. Akhirnya aku tibai. Ye..aku main masak ikut hati jer.

Sedap pulak. Tu kata laki akulah. Biasalah, kalau lauk tak terjangka ni aku rasa, sedap. Kiki.


Ok, untuk info lagi...gambar ni lauk kali ke 2 aku masak. Tak memberangsangkan. Tak tau kenapa. Kurang cili lah tu. Haha.

5 cili tu aku gabungkan 3 jenis cili termasuk cili serbuk. Hah...pelik ker. Cili serbuk tu maksud aku black paper + white paper. Kah..kah..

Bahan-bahan:
  • 2 IkatTempe. Original tempe yang bungkus dalam daun lagi syokk!!
  • Cili api kampung - 5 -10 pcs
  • Cili kering - 3 pcs
  • Cili besar hijau - 1 pcs
  • Black paper - agak2
  • White paper (lada sulah) - agak2
  • Sos tiram
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • Bawang merah + bawang putih
Ok, harap2 aku tak lupa bahan lain.

  1. Nak masak pulak, tempe tu ikut suka nk potong camne. 
  2. Masukkan tempe. Goreng smpai agak2 layu.
  3. Masukkan terus bawang merah + bawang putih
  4. Masak sampai bawang layu. (masa ni tyr korang guna api besar - syokk tau)
  5. Kalau rasa kuali tu macam nak ke proses hangit, masukkan air. Sikit2 jer!!
  6. Masukkan cili - semua jenis cili.
  7. Masukkan sos tiram, gula , garam
  8. Air lagi. Air ni kalau aku masak, aku masukkan sikit2. Sebab tak nak kasi kuali tu macam nak hangus.
  9. Kalau nk best, lauk tempe ni macam basah2 sket. Bukan kering. Nak letak kicap pun ok jer!
  10. Lepas tu, siap.
 Kombinasi semua cili tu korang akan rasa. Macam biasa, aku masak suka anggaran agak2. Less is better. Ingat tu.

Jadi, kalau nk cuba, teruskan. Lauk simple jer dari aku. Tapi apa korang feel adalah masa korang masak lauk ni guna api besar. Try lah. Baru tau syok masak ni bila bunyi kuali tu berdesirrrrrrrrrr.

Wassalam.

13 December 2013

Majlis Konvo + Family Day

Salam,

Ok, tajuk tu adalah untuk merangkumkan beberapa cerita yang jadi dekat aku dalam bulan 11 dan 12. Perkara-perkara ni pulak terjadi dekat aku untuk pertama kali. Sebelum ni memang tak merasa ok. Rasa tapi tak sama :)

Ada 2 cerita jer pun. Kikiki.

Pertama:
Majlis Konvokesyen - Aku terlibat sebagai AJK Jamuan. Kira Jabatan aku semua terlibat dengan agenda meng'order' makanan sepanjang majlis konvo ni.

Jadi aku taulah lauk apa yang disajikan. 

Untuk pertama kali aku terlibat dibelakang tabir untuk majlis konvo. Sebelum ni kan kita rasa kita yang berkonvo. Tak nampak apa yang jadi sebelum majlis tu. Memang banyak persediaan. PTJ yang jaga bab penting lagilah. Jaga makan ni simple jer. Simple ko kata??

Masa majlis santapan Di Raja. Bleh katering tu tak sampai-sampai lagi. Masa tu dah pukul 12.00 tgh hari. Majlis dalam dewan pun dah settle. Tinggal nk berangkat makan jer. Hah, time ni orang kuat Jabatan aku dah macam cacing kepanasan. 

Akhirnya settle. Aku pun termakan sekali dalam khemah Di Raja. 

Pertama kali makan dengan kerabat Di Raja. Kikiki.

Masa majlis berlangsung aku duduk dekat area atas dewan tertutup Nilai. Dok tengok semua yang jadi dari atas. Masa student masuk dengan jubah bagai. Tiba-tiba aku 'touching' plak. Sebabnya aku ingat masa zaman aku. Rasa sebak sebab bukan mudah nk pakai jubah tu kan.

Ok, majlis ni berlangsung 2 hari. Tapi raptai dah mula dari hari selasa. Ada food testing. Meeting tergempar. Macam2 lah yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Aku enjoy!

Masa ni lah jugak aku jumpa dengan macam-macam ragam ibu bapa. Ye..sangant paham bila berinteraksi dengan orang lebih tua. Tapi ada segelintir ibu bapa yang sangat tak hormat kita pulak. Masa aku buat extra kerja. Jaga pintu masuk untuk ibu bapa. 

Diarahkan duduk dibarisan yang ditetapkan. Tapi dengan hati yang keras. Tak nak denganr cakap. Ok, biarkan sahaja. :)

Pengalaman.

























Hah, ni bukan kerabat. Ni NC aku + Suami. Hari ke 2.


Kedua:
Hari Keluarga

Huh, akhirnya dapat juga aku rasa family day dalam organisasi yang aku kerja. Sebelum ni tak pernah. Asyik-asyik dinner. Walaupun makan dekat hotel. Tak sama dengan family day ni. Sebab dekat majlis ni boleh angkut semua family kita. 

Sabtu 7/12/2013. Pantai Purnama, Port Dickson.

Aku alhamdulillah enjoy dengan semua aktiviti yang disediakan. Cabutan bertuah, tukar-tukar hadiah. Menang aktiviti kumpulan, tempat pertama baling belon ada air dengan En Suami. Saguhati ikat kaki dengan pasangan. 

Puas dan penat jugaklah. Cuma tak dapat buat tepi pantai sebab air pasang besar masa tu. 

So, tu jer. Enjoy dengan gambar2 yer.

Gambar family day dari kamera aku dengan kamera Jabatan Bendahari.



















Untuk gambar aku tak sempat nk edit atau letak caption. Kira upload tuk meriahkan blog.Kikiki. Korang imaginasi lah klo rasa tak paham gambar tu.

Lasttu ko nampak ada kek. Sedap wooo... Sambutan hari jadi semua staff. Kah..kah..

Dari Januari sampai Disember.

Wassalam.