21 March 2012

Kerabu Ikan Bilis

Salam,

Sekali lagi entry tertunggak yang dah berkurun tak di nodai...hahah...kali ni resepi simple jugak. Hasil kerja tangan aku dengan kakak aku. Kakak aku mmg suka buat jenis kerabu ni. Boleh dikatakan pakar rasa. 

Kerabu ni simple sangat-sangat. Kalau nk buat cuma penat nak hiris-hiris bawang dan segala bagai bahan. Cuma kene goreng ikan bilis garing-garing. Kalau tak garing, tak sedap. Sebab liat. Jadi...gorenglah garing-garing sebelum korang tak lalu nk makan. Hahaha...

Selain dari ikan bilis, korang bleh tukar udang, sotong...apa lagi...terpulang lah..telur pun bleh. Kesimpulannya, bahan asas yang sama..cuma tukar bahan utama. Kan aku dah kata masak tu senang. Kene kreative lah..



Ok, kat bawah ni aku senaraikan bahan asas..terpulang pada korang nk tukar bahan utama ker tak. Aku mmg dah lama nk buat kerabu udang...tapi tak menyempat langsung. Sbb mood masak dah pupusssss..:)

  • Totamo
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Limau nipis
  • Bunga kantan
 
Tu jer kot. Hiris halus tak halus sangatlah. Lepas tu..Yang limau nipis, jangan potong halus gak. Perahkan lepas semua bahan dicampur. Paling penting, nak seimbangkan rasa masam, manis, dan masin. Kenelah terror sket lidah korang tu yer.

Ok...jadi..selamat mencuba yer!


Untuk tambahan..mungkin lepas ni, aku akan lama lagi tak update. Untuk beri laluan kepada majlis perkahwinan aku. Mungkin lepas selesai semua...Insyaallah aku akan update balik entry terbaru dan cerita baru. 

Doakan yang terbaik untuk majlis aku nanti ok. Amin...


Nota: Resepi paling popular blog aku naget ayam. Aku nk try buat lagi..tapi smpai sekarang masih lagi mimpi:)

08 March 2012

Gelencong Banjar

Salam,


Salam maaf yok...blog terabai untuk masa yang paling lama. Huhu....korang mesti dah tau kenapa kan. Banyak sebab jugak sebenarnya. Tapi antara yang paling hot..adalah sebab aku nak kawen...dan staff ofis berenti kerja.

Jadi...kesan nya pada blog ni jugak...kikiki...tak per...aku masih banyak entry tertunda yang nak aku kongsi. Ni kira taip baru. Sebab nk bgtau situasi semasa aku yang macam tak cukup masa nk buat semua perkara.

Apapun aku anggap sebagai cabaran. Sekarang ni dalam masa yang sama aku kene siapkan semua kerja ofis. Aku masih lagi tak closing account smpai blog ni ditulis. Aku tak tau apa akibatnya. Tapi payah jugaklah tu nk kata...kikikiki

Ok, kali ni lauk yg aku pernah masak..tp yg masak gelencong ni akak aku. Masa tu sarapan pagi. Dia buat lempeng...ada plak gelencong ni. Lama gila tak makan. Gelencong dalam istilah lain smbal tumis kot. Tapi istimewanya pada nama, Kikikiki...keturunan banjar jer tau. Gelencong ni kalau makan dengan ubi godok...ya ampunnnnnnnnnnnnn enak benget. Ubi godok tu ubi rebus lah..:)

Resepi ni aku tak sempat nk taiplah...kalau korang nk..pm jer aku. Aku bgtau. Bila makan gelencong ni, ingat masa zaman belajar...aku pernah buat sekali untuk budak umah aku. Memang best dapat buatkan. Tapi tu jerlah sekali dan terakhir kalinya..kiki..:)




Jadi, hasil kali ni...hasil sebenar kakak aku. Dia pun tak tau aku amik gambar gelencong ni. Kikiki. Nama gelencong ni jer buat kan aku bangga jadi anak banjar. Lain dari ni..ada Mandai dengan Pekasam Banjar. Mandai tu lagi best. Kata abah akulah. Mandai tu dari jejari-jejari buah nangka. Kalau ada..aku post ok.


Wassalam :)