Salam,
Salam maaf yok...blog terabai untuk masa yang paling lama. Huhu....korang mesti dah tau kenapa kan. Banyak sebab jugak sebenarnya. Tapi antara yang paling hot..adalah sebab aku nak kawen...dan staff ofis berenti kerja.
Jadi...kesan nya pada blog ni jugak...kikiki...tak per...aku masih banyak entry tertunda yang nak aku kongsi. Ni kira taip baru. Sebab nk bgtau situasi semasa aku yang macam tak cukup masa nk buat semua perkara.
Apapun aku anggap sebagai cabaran. Sekarang ni dalam masa yang sama aku kene siapkan semua kerja ofis. Aku masih lagi tak closing account smpai blog ni ditulis. Aku tak tau apa akibatnya. Tapi payah jugaklah tu nk kata...kikikiki
Ok, kali ni lauk yg aku pernah masak..tp yg masak gelencong ni akak aku. Masa tu sarapan pagi. Dia buat lempeng...ada plak gelencong ni. Lama gila tak makan. Gelencong dalam istilah lain smbal tumis kot. Tapi istimewanya pada nama, Kikikiki...keturunan banjar jer tau. Gelencong ni kalau makan dengan ubi godok...ya ampunnnnnnnnnnnnn enak benget. Ubi godok tu ubi rebus lah..:)
Resepi ni aku tak sempat nk taiplah...kalau korang nk..pm jer aku. Aku bgtau. Bila makan gelencong ni, ingat masa zaman belajar...aku pernah buat sekali untuk budak umah aku. Memang best dapat buatkan. Tapi tu jerlah sekali dan terakhir kalinya..kiki..:)
Jadi, hasil kali ni...hasil sebenar kakak aku. Dia pun tak tau aku amik gambar gelencong ni. Kikiki. Nama gelencong ni jer buat kan aku bangga jadi anak banjar. Lain dari ni..ada Mandai dengan Pekasam Banjar. Mandai tu lagi best. Kata abah akulah. Mandai tu dari jejari-jejari buah nangka. Kalau ada..aku post ok.
Wassalam :)
Gelencong ni ape?nak resepi?-Kak lin
ReplyDelete