26 April 2012

Kisah Cinta Bab Awal

Salam,

Mood nak menulis dah ada..Cuma masa jer tak der. Sebelum korang terus kan agenda membaca cerita aku ni...nk dimaklumkan...cerita ni adalah cerita benar...kikiki...kalau dah bosan..bleh lah keluar tanpa muntah yer...hohoho :)

Sebelum ni aku dah tulis...lps kawen nk citer sket pasal En Z dan mcam mana kitaorang jumpa..bila bercintanya..bila dan kenapa...semua tu lah aku nk citer.

Tapi masih ditapislah..tak semua kot nk cerita..malu kikikiki :)

Tahun 1999 - tahun ni tahun aku nk PMR...form 3. Masa nilah aku kenal ngan En Z. Masa ni jugak aku masih kurus...hahaha...

Kitaorang kenal dalam bulan 7. Alkisahnya...akak aku pergi satu program sekolah. Tak ingat dekat mana. Lepas die balik umah tu...ada orang call nak kenal dengan akak aku. Tapi akak aku tak layan. Bukan En Z yang usha akak aku..tapi kawan die.

Ntah tiba2 macam mana...aku plak bleh terlayan kawan En Z...dan En Z sekali. Sbb ayat die manis masa tu..huhu...dan...adegan call dgn En Z tu berlarutan smpai lah bila-bila....

Senang jer kan aku kenal..tapi masa ni mmg tak pernah tgk muka. Masing-masing tak tunjuk muka...cuma borak jer. Tapi masa ni aruah mak pesan...jgn gayut lama sangat. Nak exam kan...hhuhu..:)

Bab kenal dah tau...bosan??...jgn teruskan kalau bosan yer...:)


Jumpa pertama kali -  Alamak...macam tak pasti pulak...hah...dah ingat...pertama kali jumpa..En Z datang umah masa hari raya. Die bawak sekumpulan geng motor die. Dahlah masa ni aruah mak tak der kat umah.

Insan pembantu masa tu tak lain tak bukan Pn Ibu Ammar dengan Cik Nurul Nadia. Tolong buat air. Aku masa ni berdebar ok.heeeee :) Taklah lama mana pun sebab nama pun budak-budak lagi. Jadi, lepas habis air..En Z dan semua kawannya balik..happy!!

Lepas tu, jumpa kali ke2 dekat Morib. Huhu..masih diteman Pn Ibu Ammar yang masa tu masih lagi Cik. 1st date, aku kene tunggu lama. Sebab En Z tak sampai2 pun. Sampailah aku decide nk balik jer. Tgh tunggu bas, En Z sampai. Masa ni baru aku tau...ada jodoh sket time tu. Heeeee

Habis citer dah bab kenal. Lepas-lepas tu aku tak jumpa. Masing-masing sekolah. Tak derlah nk dating sebulan sekali ker. Memang tak der. Kesimpulannya, aku jumpa dengan En Z 2 kali setahun. Masa raya datang, lepas tu jumpa dekat Morib. Bagus kan..hehehe :)

Hubungan aku dengan En Z masih ada lagi. Sampai habis form 5. Tp dalam masa tu, adalah jugak sekali dua die call. Aku pun tak ambik port sangat sebab sibuk layan life aku sendiri.

Ok, cukup dulu. Aku sambung lepas ni. Apa jadi lepas aku g Kedah. Adalah 1 ke 2 perkara best.Tapi...taklah best mana pun. Cuma sebab cinta aku 1 jer dari sekolah. En Z sorang sampai kahwin. Amin..:)









13 April 2012

Cerita Kawen

Salam,



Syukur Ya Allah...selesai sudah majlis walimah aku. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Cuma adalah beberapa masalah yang biasanya akan terjadi pada setiap majlis. 

Kita tak sempurna..dan tak perlu nak mengharapkan semua sempurna. Apa yang penting semua dapat makan. Heheh..

Kali kedua majlis dekat rumah aku. Banyak dah belajar dari majlis pertama akak aku. Jadi, bajet untuk majlis aku ni..di bawah kawalan. Amin...bukan senang ok nak menguruskan majlis kawen ni.:)

Tak terkata terima kasih untuk keluarga aku yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan majlis. Sejak dari majlis akad nikah sampailah ke majlis hari ahad. Menjadi orang penting majlis bukan mudah jugak. Semua orang cari kita untuk tanyer segala benda. 

Jadi..kesabaran adalah sangat penting. Walaupun kadang2 muka kelat...tapi aku tak heran. Yang penting, akak aku, abg ipar, Wawa, adik dan Abah...sentiasa ada. Tak lupa pada En Suami yang jugak membantu seminggu sebelum majlis. (Aku nikah seminggu sebelum majlis).

Ok, kat bawah ni cenderahati dari aku untuk tetamu. Khas untuk member aku. Kotak cantik ni ditaja khas oleh kakak aku yang tercinta. Beli dekat Z-C Nilai 3. Kata orang kedai tu design baru. Harga sekotak RM 0.56 sahaja.





Yang ni pulak benda dalam kotak cantik ni. heheh...di beli dekat GM,Klang. Masa beli ni, dengan Wawa ngan abah. GM Klang banyak pilihan. Tempatnya pun selesa tuk pilih barang. Aku beli barang ni dengan harga borong.
 
  
Ok, yang cenderahati dari abah, aku sediakan yang simple jugak. Janji dibawah bajet. Beg kertas beli dekat Nilai 3. Sebelah Z-C. Murah. 4 paket RM 10.00. Jajan yang sedap tu aku beli dekat banting jer. Sepaket ada 30pcs. RM 4.50. Dan last sekali air mineral bom. Sekotak ada 35 pcs RM 9.00




Gula-gula istimewa. Ditaja jugak oleh kakak aku ngan abang ipar. Best kan dapat tajaan.Hehe. 
 


Ok, ni muka heppy lepas jadi interi orang. Masa ni berdua dalam bilik dengan Wawa yang agak touching. Heheh..nk ceriakan die..amik gambar. heheh...smpai bila-bila pun aku ttp sayang ko Wawa.:)
 

Ni entry permulaan jer. Aku kene dapat gambar dari OP dulu untuk post masa majlis nikah. Ni dari kamera sendiri. Lepas ni aku update majlis nikah pulak. Ok.

Wassalam.


 

 

Koci Labu

Salam,


Ok, sebelum cerita dimulakan...aku nk khabarkan...koci ni bukan aku yg buat. Wah...pengakuan paling hebat. Yelah, dah bukan aku yang buat. Aku cuma tolong bungkus sahaja. Itu pun menceng merot koci tu. Haha...ni hasil tangan sepenuhnya makcik aku. 

Koci labu ni limited edition. Tak macam dekat majlis kahwin. Ni dibuat khas dengan penuh kasih sayang dan kekemasan. Kikikiki :)





Korang tgk jerlah...kemas kan. Aku sungguh cemburu tak dapat buat kemas macam tu. Bila aku buat...kuih koci tu tumbang. Hahah..tak dapat berdiri tegak. Jadi makcik aku kata terima kasih jer. Tak payah tolong. 

Bahan tuk koci ni...aku tak tau. Aku kene kemaskini data untuk bahan koci ni. Lepas dapat...kalau nk aku bagi. Huhuh..:)

Yang penting..seni membungkus kuih koci ni. Sebab tu aku post dalam blog aku. Kemas dan teliti. Heeeee:)



Paling senang, kalau korang nak...order jer. Promote baik punyer untuk makcik aku. Aku bangga sebab dapat makan kuih koci ni. Korang dapat tgk jer. Jadi..untuk kali ni jer bukan makanan yang aku buat sendiri. Insyaallah lepas ni..aku sungguh-sungguh masak yer. Resepi baru. Macam wish list yang aku nk buat tu. Doakan yer :)

Wassalam.