04 June 2012

Naget Ayam Kali ke 2

Salam,

Wahhh...rindu nk post kat blog. Hah...abislah...lama sangat tak update. Nanti orang ingat aku dah tak aktiv. Heh..betul ker eja aktiv ni. Kikikiki :)

Ok, memang lepas kawen lama tak update. Kejar masa siapkan kerja. Kerja kat ofis banyak. Semua nk up to date. Semua nk masa tu gak. Memang pening. Tapi kerja tu ibadah. Sabar jer Nani oiii..heeeeeeeeeee.

Lepas kawen aku bukan tak masak, memang ada. Tapi tak sempat nak amik gambar. Terus makan. Sebab tu tak update apa2. Kali ni stop citer pasal citer kawen. Aku sambung bab makan. Rindu kan...:)

Macam yang pernah aku kata, aku try nak buat naget ayam balik kan. Akhirnya menjadi. Gambar ni pun aku amik dekat ofis. Stok yang aku bawak bekal. Macam biasa, resepi masih dari orang yang sama. Dari blogger Bukan Sekadar Masakan. 


Resepi ni dah beberapa kali aku buat. Kali ni, masa buat naget ni, aku termalas nk blender roti. Untuk buat serbuk roti. Klo malas patut beli jer. Tapi aku tak beli gak. Aku terus letak serbuk roti warna kuning ni gak. Jadi, macam tak berapa best. Kikikiki...tapi jgn risau.

Sebab, rasa ayam yg banyak...dan makan masa panas..wachhhaaaaaaa...sedap! Hehehhe. So..kat bawah ni resepinya dan bleh klik sini untuk refer gambar yang lebih ayu gitu. hehehe :)

 
Homemade Nugget Taufu Resepi II
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
400gram daging ayam kisar  ( ros guna jenama ramli)
250gram taufu lembut
1/2 biji telur
sedikit garam
200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.

3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.

4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.




Selamat mencuba yer!!

No comments:

Post a Comment