31 December 2012

Kuih Keria

Salam,

Seronok rasa kali ni dapat hasilkan something yang kita nak. Kali ni aku berjaya dengan kadar 85% untuk buat kuih keria ni. Kikikikikii..sebabnya...aku ter over letakkan tepung ubi!

Ok, untuk resepi kali ni, aku tambahkan 1 lagi jenis tepung. Aku siap-siap telepon akak yang 1 company dengan aku...tanya macam mana nk buat keria yang sedap. Dia kata..letak tepung ubi sikit. Aku tulis dalam nota lagi..'tepung ubi'...sebab aku takut terbeli tepung beras!

Lepas tu...google lah..cari resepi mana nk guna. Tak payah print...hafal dalam kepala otak jer. Balik dari ofis..apa lagi..terus buat! Bila masa aku beli keledek tu? Haha...dah 2 hari beli. Memang simpan dalam stok.

Ada banyak blog aku refer untuk amik semangat buat keria. Semangat ok..bukan resepi semata-mata. Bila rasa dah membuak-buak semangat tu...terus buat. Ni antara tips aku kalau nk buat apa-apa. Pastu carilah blog yang menawan hati korang. Yakin yang kita bleh buat mcm tu gak.

Ni hasil yang berjaya aku hasilkan. Tapi yang bestnya...aku buat keria ni dalam masa stgh jam jer tau!

NI plak bukti aku berjaya menyira kuih keria ni dengan jayanya. Asyik pandang kuih ni jer masa tgh godek2 sbb takut tak jadi!

Beza dua ni kan...beza dekat gula..haha

Ni aku buat guna jari jemari aku jer. Kene ada seni buat kuih..kikiki

Proses menggoreng

Baru siap goreng...panas oooo....
Ok, untuk resepi...aku tak rajin nak taip sangat lah. Tapi aku usaha jugak..Aku copy dari blog sini.

Kuih Keria
Resepi dikongsikan oleh Quinnie, Myresepi (sila rujuk di sini)
  • 500gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-caranya:-
  1. Ubi keledek dikupas, dipotong kecil dan direbus sehingga empuk
  2. Toskan keledek dan kemudian lecek hingga lumat
  3. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama dengan keledek dan uli sehingga menjadi ketulan doh yang tidan melekat kat tangan.
  4. Sapu sedikit minyak dan sapu ditangan anda.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan jari telunjuk anda dan buat bulat seperti gelang.
  6. Susun atas bekas yang telah disapu dnegan sedikit minyak dan buat sehingga habis doh
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan
  8. Panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali yang lain dan kacau sehingga ia likat kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
  9. Padam api dan kacau atau golek-golek kuih tadi sehingga terbentuk bunga gula diatas kuih. Angkat.
Nota:-
  • Pastikan keledek tidak direbus sehingga terlalu empuk sebab nanti doh akan menjadi terlalu lembik dan kuih tak berapa sedap.
  • Saya hanya guna 1 sudu makan gula sahaja sebab tak suka manis sangat
  • Untuk lebih cepat, saya selalunya akan panaskan 2 kuali sekali gus. 1 kuali untuk mengoreng dan satu kuali untuk masak air gula. Saya akan masukkan air dalam anggaran 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan. Apabila kuih siap digoreng, air gula saya sudah likat dan saya terus sahaja masukkan dalam kuali kuih yang telah ditos tadi.
     
    Ok, kat sini aku nk bagi tips, macam mana aku sira kuih keria ni. Ikut jer sukatan yang kat resepi tu. Masaklah sampai gula tu mengelegak. Tips yang abah aku ajar..dah agak2 4-5 min tu...korang try..gesek2 kan gula tu kat tepi kuali. Kalau nampak macam kesat2..gula tu melekat kat kuali tu...terus tutup api. 
     
    Paham tak?...ni jer yang aku tau..hehehe...tak per...try & error ok. 
     
    Wassalam
     
     
     
     
     

No comments:

Post a Comment