12 January 2013

memancing itu seronok!!

Salam,

Hah...aku rasa macam tak logik post aku yang sebelum ni...Kikikiki...tak kisahlah...cerita aku kan...lantak lah..

Ok, untuk post kali ni..dah lama aku nak buat. Tapi tak cukup bahan. Hahaha...tak sempat nak amik gambar hasil tangkapan!!

Cerita memancing ni bermula kerana...En Suami suka memancing. Hobinya memancing. Sejarahnya...kerana...kedudukan geografi hidupnya. Rumah dia dekat dengan pantai Bagan Lalang. Kerja dulu pun dekat ngan pantai. Jadi...kira jadi orang laut lah. Lagi2 dari kecik..aruah bapak mertua aku dah ajar anak lelakinya memancing.

Berkahwin pula dengan wanita yang duduk kampung. Jauh tak jauh lah dari pantai morib. Tak pernah pegang pancing pun. Tak pernah dibawak memancing pun oleh ayahnya. Hahhaa...poyo nya cerita aku!!

Masa berkawan dah tau minat En Suami...ok. Kesimpulannya yang aku nk cerita ni. Setiap orang yang suka memancing ni...adalah orang yang sabar!

Betul...aku tak buat kajian...aku memerhati jer!!

Sebabnya boleh tahan lama-lama dekat satu2 tempat.

Sabar lah tu kan. Nasiblah En Suami memang penyabar. Kikikiki...:)

Dah banyak tempat aku ikut En Suami memancing. Sampailah 1 tempat ni. Mula2 teruja sebab batak lah. Hahaha. Tempatnya cantik..ada bukit...ada pokok2 tinggi..ada angin..ada bunyi air laut. Ini semua jadi sebab aku pergi waktu petang!!



Ni suasana yang aku tak lupa...Best sangat masa tu. Dengan angin tiup lagi..perrrhhhh...Oh yer...Ni kolam ikan air masin. Kolam ni ada ikan siakap jer. Sekali masuk RM 3.00 untuk 1 joran. Kalau dapat ikan..baru ditimbang. Sekilo RM 15.00.


Bukti pokok2 tinggi...

Yeah...brader ni beraksi..baling joran jer pun..haha

Bukti family bawak bby. Masa ni isteri dia yang jaga pancing...:)
 
Masa ni ada angin..tak bleh nampak kan...kiki

Bahagian belakang ni...ada sungai...ada banyak bot2 besar lalu. Lepas lalu..bunyilah macam ombak..indahnya!!

Kalau korang baca..tak rasa macam aku rasa tak per...Ni seni rasa aku tuk alam semulajadi..Kikiki...hak memasing kan...

Kolam ni..besar..ada banyak kolam..tapi masih bukak 1 jer. Tak pasti sangat tempat pancingnya...sebab lalu Sungai buaya...pastu jumpa kampung bandar..lebih kurang kat situlah.

Masa aku datang ni jugak..ada family yang siap bawak anak keciknya. Baby lagi..tapi enjoy sebab minat. 

Memancing tak buang masa kalau betul pengurusannya. Kalau bawak family..enjoy sekali anak beranak memang best. Hadkan masa berapa jam kat kolam. Taklah buang masa kalau boleh isi masa dengan family.

Jumpa hidupan semulajadi. Tak bangga ker..aku jumpa ketam masuk lubang dalam tanah. Hah..tak ker best tu. Bunyi air bila ada bot lalu. Rasa macam dekat pantai.

Yang penting...aku tau minat En Suami dekat memancing. Kalau minat g disko??..pengsan..kikikiki

Aku akan ikut kalau tempatnya baik. Macam kat sini lah. Tak bosan ker??

Bagi aku tak..aku habiskan masa dengan En Suami. Boleh eratkan hubungan suami isteri. Ada masa borak hal2 nk membodek..kikiki..

Sampai 1 masa...aku rasa hobi En Suami ni seronok. Sebab...aku pernah tarik pancing. Masa itu ikan dah makan umpan...En Suami suruh aku yg tarik pancing...waaahhhhh..bestnya masa tu. Baru aku tau..apa kepuasan seorang pemancing tu. Bila umpan kene makan...dengan masa tarik pancing. Best!!

Seronok paling tinggi tahapnya...nk tau..

 Dapat makan ikan segar!! Gila best!!

Kalau pancing udang...dapat makan udang segar!!

Heeee...lain masa aku update lagi pasal memancing ni. Ni permulaan jer..

Wassalam.

 

 

 

03 January 2013

Back to School

Salam,



Aku tak der anak-anak yang nak kembali ker sekolah. Tapi perasaan tu tiba-tiba seronok. Nak rasa balik perasaan yang pernah sendiri rasa.

Tahun 1997 -  tahun pertama aku ke sekolah rendah. Sek Keb Sungai Lang. Letaknya lebih kurang 15-20 minit dari umah. Pergi sekolah mesti naik basikal. Tak mainlah orang tua hantar kan. Hehhe..

Masa darjah 1...aku ada pengalaman ngeri. Malu kot nk kongsi. Tapi dah lama sangat kan cerita tu. Lebih kurang jerlah aku story yer. Aku terbuang air besar dalam kain. Tak berani nak cakap dengan cikgu. Diam jer kat kerusi. Kecoh terus kat kelas. Wakaka...klo pikir balik...aku pun tak tau kenapa aku tak angkat tangan cakap nk pergi toilet!

Masa dekat sekolah ni aku banyak capai kejayaan dalam sukan. Sampai UPSR tersungkur gak. Kikiki...Ni katogeri sekolah pagi. Sekolah petang pulak dekat jer dari rumah. Sebelah masjid Sungai Lang.

Logo Sekolah Keb Sungai Lang.

Ni pulak kantin sekolah rendah sg lang. Besar jugak..kalau ikut saiz zaman ni lah..kiki...aku suka jer makan nasi lemak tiap kali rehat. RM 0.50 dulu lah. Sekarang dapat lagi gak kot.Cuma kuantiti mungkin kurang.

Tapak sebelah tulah tempat perhimpunan. Tapak untuk semua aktiviti semua pelajar. Sekolah ni tak de dewan khas. Sekarang pun tak der lagi kot.

Sekolah Agama Pulak :-

Dulu-dulu masa aku belajar...sekolah ni di panggil sekolah KAFA. Sekarang dah jadi KAFA Integrasi. Sekolah KAFA aku ni dulu macam kesian sangat lah. Ada 1 bangunan jer. Ngam2 untuk 6 kelas. Bilik guru pun macam bukan bilik guru.

Sekarang jer dah banyak kemajuan. Banyak bantuan di terima. Alhamdulillah lah budak-budak sekarang untung. Kalau nak cerita kantinnya lagi. Macam gerai tepi jalan jer. Memang bukan kantin lah. Tapi syok jer dulu. Siap main kejar-kejar lagi. 

Aku dulu pengawas gak. Tapi pengawas tandas. Kene basuh tandas. Fardu Kifayah tu. Bersihkan tempat pembuangan yang tak seberapa. Tapi wangi. Pernah sekali ustaz kitaorang join sekali basuh tandas. 1 lagi jawatan aku ialah pengawas susun basikal. 2 jawatan tau. Ingat senang nk pikul??? 

Ujian SPRA aku alhamdulillah...tak lah teruk macam UPSR..kikiki.

Logo yang ada dekat name tag. Bukan logo sekolah tau. Tapi logo JAIS.
Ni lebih kurang bangunan sekolah KAFA kitaorang. Kelasnya boleh dibesarkan jadi dewan, dan boleh ditutup. Kiranya sangat fleksibel lah. Kalau ada hari anugerah...bergabung lah 2-3 kelas.




No 30 ni pulak...apa yang aku tak pernah lupa. No daftar aku masuk sekolah agama. Sebab apa 30? sebab orang last daftar. Abah aku susah sikit masa ni. Nak daftarkan 3 orang sekaligus. Mana banyak bajet. Oleh yang demikian...aku reda jer. Janji abah ngan mak daftarkan aku gak!


Habis jer 6 tahun belajar...naik pulak ke sekolah menengah. Masa dulu tak der sekolah menengah yang dekat. Paling dekat pun kene naik bas. Takut ada jugak masa ni. Hari pendaftaran...aku pergi dengan abah aku. Nak cepat jer abah aku tu. Siap2-siap daftar memang terus balik. Sebab hari pendaftaran jer pun.

Tahun 2001:-

Sekolah yang mula-mula aku tak hingin nak pergi pun. Tapi pandai sangat ker tak nk sekolah kat tempat yang dah ditetapkan. UPSR pun tak der A.Kikikiki..

Tercampaklah aku dekat SMK Telok Datok ni. Hari pertama masuk dah nak nangis. Sebab kelas yang aku dapat nunnnnnnnnnnn..hujung-hujung. Bukan hujung blok...tapi hujung nk  abis kelas. Dalam erti kata lain. Kelas tak pandai!!

Terpisah dengan kawan-kawan tau. Itulah...dulu-dulu tak nak belajar pandai-pandai. Dok main jer bola jaring!!



Logo SMK Telok Datok




Kan aku cakap tadi...SMKTD ni jauh. Tak jauh mana pun kene naik bas. Form 1 & 2 aku sesi petang. Bas ada...tapi tak naik lagi. Sebab mak kurang mampu. Nk bayar bulanannya. Jadi...naiklah basikal!

Tak smpai telok datoklah. Sampai pekan Banting. Lalu estate kelapa sawit. Kalau lalu sekarang...memang gerun. Lalu estate tu tenang jer. Sebab redup.

Basikal yang aku guna..macam kat bawah ni. Lebih kurang lah. Sebab tak pikir pun nak amik gambar dulu. Kikiki. Basikal ni betul2 tak penat kalau bawak. Sebab basikal besar. Sekali kita gohet...lagi laju dari basikal racing. :)

Basikal aku dulu ada bakul Ni ehsan google jer :)




Bas sekolah yang aku naik


Masuk form 2 rasanya baru daftar naik bas sekolah. Lepas ada kes...kene kacau ngan orang gila seks. Aruah mak pun kene kacau gak. Takut gak masa tu. 

Bas sekolah yang ada...Bas sekolah Basri. Masa tu Basri beli bas baru. Happy lah...naik bas baru. Yuran bas..RM 30.00 sebulan. Mahal gak masa tu. Padahal bukan dapat duduk pun.

Akhinya..sebab nk dapt tempat duduk..aku dgn geng naik bas buruk plak. Bas ni dapat duduk. Tapi die pusing kanchong darat dulu. Baru balik sg lang. Tak per...yang penting enjoy!! 


Hah, banyak tul nk cerita. Ni pun dah tahan-tahan amik cerita yang penting. Kikiki...

Kasut sekolah:-

Kasut sekolah aku tak kisah sangat. Tapi lama-lama pengaruh kawan-kawan..mulalah nk gak kasut yang cantik lagi meletop! Dapat ker??

Tak mungkin lah :)

Sebab?

Abah ngan mak tak cukup bajetlah.:)

Tak per :)
Brand kasut yang aku nak
 Tapi...aku lupa lah...macam mana aku boleh beli kasut. Tapi bukan jenama All Star tu..Tapi North Star!!

Kasut yang aku dapat
Banyak lagi lah...macam beg sekolah...semua tak dapat yang aku nak. Tak dapat apa yang aku hendak..aku tak kisah. Aku tau mak abah aku orang mcam mana. Dapat yang baru pun dah ok. 

Nasib aku tak golek-golek nk gak apa yang aku nk. Kikikiki...kalau tak..serius aku anak tak bleh pham!!

Belanja tu memang banyak tuk setiap kali sesi persekolahan mula. Sebab tu belajar betul-betul...sebab nk dapatkan apa yang kita nk. 

Lepas kerja baru aku kejar apa yang dulu payah aku nk dapatkan. Apapun..dah mula sekolah..barulah senario setiap kawasan tu sibuk. Betul tak..kalau tak macam sunyi tak der budak-budak sekolah.

Ni antara moment indah masa mula-mula sekolah..ada banyak lagi..tp cukuplah...

Ok..daaa...
 

Wassalam lah :)


02 January 2013

2013

Salam,


Selamat datang tahun 2013. Tapi aku tak raikan pun. Malam tahun baru...layan ceria kat TV3 dekat umah kawan baik. Sampaikan tuan umah tertido..kikiki.

On the way balik umah aku...tengok pekan Banting. Meriah dengan mercun. Semua sponser dari penduduk Cina. Cantik woooooooooooooo...

Cerita paling indah malam baru 2013 aku ngan En Suami..kitaorang kene kejar dengan kereta peronda Polis....gerun jer aku.




Ini kerana kehebatan En Suami yang tak perasan ada kereta peronda dekat-dekat situ. Nasib jer baik. Polis tu kejar kitaorang sampai masuk gak taman perumahan kitaorang. Allah masih beri kami rezeki untuk lariiii!!

Kesimpulannya....jangan langgar lampu isyarat!!

Selamat tahun baru!!

Wassalam.