Assalamualaikum,
Khamis malam Jumaat lepas, selesai sudah majlis yang agak menyedihkan bagi aku. Dah sampai masanya kan. Perkara ni akan jadi dekat semua orang. Mau tak sedih. Aku macam rasa ni lah kerja pertama aku yang betul2 kerja.
Dari hari pertama kerja sampailah hari ni terlampau banyaklah perkara yang berlaku. Semuanya mematangkan aku. Belajar dari kesilapan. Buat kerja tanpa tau apa2. Hadap bos yang tengah hottttttt. Hadap perangai pelanggan yang menjengkelkan. Banyak lagilah. Syukur sangat2 bila semua aku berjaya hadapi.
Ok, tempat rasmi kitaorang untuk majlis sedih ni dekat Sama-sama Hotel dekat KLIA. Dekat jerlah..tak jauh pun nk pergi. Dalam setengah jam boleh sampai. Mula-mula aku plan nak pergi makan dekat Nandos jer. Yelah, aku pun tak makan lagi kat Nandos.
Tapi bos aku kata..apa??..Nandos??..Kita pergi Sama-sama Hotel ok.
Aku pun yahoo!!!
Ok, ni antara yang aku pilih untuk makan. Tak berapa nak selera sebab sedih kot. Sebab ni bukan annual dinner kan. Jadi makan jerlah mana yang selera.
Ni antara yang ada. Kalau ikut sorang jer yang tak join majlis ni. Kalau nak ikut pun batch yang ada sekarang bukan orang lama. Cuma ada 4orang jer yang lama kerja kat sini.
7 tahun sebenarnya dah kerja dekat sini. Sedih nak tinggal kan Herdayanti. Dari dulu sampai sekrang Yanti baikkkkk sangat orangnya. Tie, aku doakan ko tabah dan cekal hadapi semua cabaran dekat sini. Moga jugak 1 hari..ada rezeki ko macam aku. Aminn..
Sedih sangat nak tinggalkan ko. Aku sekelas dengan Yanti masa sekolah form 4 & 5. Tak sangka 1 ofis jugak. Sebab abang Yanti aku tau kerja kosong dekat BPOM ni. Jadi, rezeki pun namanya kan. Dapatlah aku kerja dengan di interview dalam bahasa english oleh Ms Ang.
Ok, sikit story pasal anak bos aku ni. Anak lelaki sulung. Bos aku ni orang seni. Pandai melukis, menari dan lain2. Dah kawen dah. Kerja kat Banting, tapi duduk Damansara. Ulang alik hari2. Takper..duit minyak company tanggung :)
Sangat baik dengan aku. Senang kerja dengan bos aku ni. Setiap arahan yang die buat aku pham. Tapi masa zaman duduk ofis lama lagi seronok. Cuma aku dengan Yanti jer yang tau kenapa. Bila pindah ofis baru dah kurang dah rapat dengan bos aku ni. Adalah..tak leh cerita semua :)
Pernah sekali aku beli barang dekat The Store, ada sorang budak pompuan tegur aku. Aku tak kenal die lah.Die kata die kenal sebab selalu nampak kitaorang 1 ofis makan sama-sama. Dulu2 banyak kali gak makan dekat Secret Recipe (SR). Dia kata seronok tengok kitaorang ada bos yang sporting macam bos aku ni.
Bos aku memang sporting. Bab belanja makan tak der hal. Tapi..tak semua perkara baik itu berterusan. 1 masa akan hilang gak kan. Macam tu lah kat sini. Perkara macam dulu dah jarang2 berlaku.
Dan sebab tu gak..aku isi borang kerja kosong. Kiki
Aku pernah minta dekat bos aku hadiah. Die kata boleh. Jadinya, aku minta lah iphone atau phone Samsung. Bukan tablet atau yang mahal. Under 1 k lah aku minta. Die tak approved pun. Tak per. Die ganti dengan hadiah lain. Aku pun tak sangka tau. Masa kat Hotel lah kitaorang beli. Eh..aku sorang jer.kikiki. Tapi pilih sama-samalah. Haha
Hadiah itu bernama..
Hoho...hebat tak. Aku tak jangka pun aku dapat ni. Sebab dia ada teman bini die beli barang ni gak. Mungkin sebab tu..barang ni under bajet die untuk hadiah aku. Oleh sebab itu..aku dapat benda alah. Memang cantik. Tapi sayang...ada lagi cantik..tapi cincin tu....aku tak muat.hahaha :)
Masa pilih,...aku attack dekat cincin jer. Tapi lepas tu bos kata lagi..
Amiklah 1 set!!
Ya Allah..memang murah tul rezeki. So, aku amiklah. Rugi kan tak amik. kikiki..
Untuk akhir kata...terima kasih untuk semuanya.
Adrain Tan, Ang Bee Hsia, Herdayanti, Ong Hooi Sim..korang paling lama dengan aku. Semoga kita tetap baik walau tak 1 bumbumg lagi. Yang pasti akan rindu korang semua. Termasuklah yang baru.
Untuk Ekin & Eton..insyaallah..ada rezeki korang tempat lain. Just sabar dengan Ms Ang. Akak dulu2 sabar. Sekarang jer berani lawan. Kikiki.
Last ayat..aku dapt dari bos aku. Bila aku send emel untuk resign letter.
Re: SURAT PELATAKAN JAWATAN
Ok
yani. Thanks for informing. And good luck in the future. I must say u
have been more than helpful through out these years n sorry I could not
take the direction of the team n company further.
Where ever u go I'm sure u will be a great asset!
Sent from my iPhone
Sent from my iPhone
Bos,
saya terpaksa beritahu awal..Ms Ang masih tak tau sebab die pergi Oversea. Mr Tan juga masih tidak tahu. I bgtau awal maybe u boleh arrange untuk ambil pekerja baru.
saya attach sekali surat peletakan jawatan saya.
Terima Kasih.Hariyani Husain
Account DepartmentBanting Palm Oil Mill Sdn BhdTEL:0331871478 FAKS:033187889
<Hariyani Binti Husain.doc>
Ni copy dari emel aku. Semangat dengan ayat bos.
"Where ever u go I'm sure u will be a great asset!"
Thanks bos!
Wassalam.
p/s: tulisan baru. boleh bacakan. dah lama nk pakai tulisan ni. cari tak jumpa. last2 kali ni dapat gak.
1 lagi....lepas ni entah boleh tak update blog. sebab selama ni tumpang asset ofis. kikikiki..moga Allah buka rezeki lebih lagi tuk aku. doakan yer. daaaaaaaaa...:)