03 June 2013

Hobi: Novel + Penulis

Salam,

Aku tgh cari idea..apakah cerita lain yang aku nak update. Nak cari menu yang aku masak, tak der lagi lah kot. Masa lepas masak tak sempat nk amik gambar. Memang terus makan jer. Haha..lama2 blog ni jadi blog cerita kisah peribadi yang 10% jer.

Tak per..aku dah siap beli bahan tuk resepi baru. Inysaallah, akan aku update!

Idea dah ada ni. Berkaitan dengan hobi aku. Dulu2 masa sekolah rendah, aku paling banyak kot  yang ada buku biodata kawan. Beli satu buku nota yang cantik, pastu suruh kawan2 korang tulis biodata dalam tu. Serius, aku ada banyak. Tapi, kesiannya...buku tu aku tak jumpa dah. Kalau tak, gerenti gelak kalau baca zaman skrg.

Dalam buku tu, tulislah segala maklumat diri. Hobi mesti tak tinggal. Kenapa nk tau hobi kawan2 sedangkan hari2 jumpa dekat sekolah kan?

Itulah, zaman dulu...masalah sosial kurang. Lawau nampak jakun, tapi zaman sek rendah sangat seronok tau. 

Hobi yang aku tulis dulu2, memang membaca. Tak tau logik ker tak. Sebab aku rasa, aku macam tak ada masa membaca pun. Tak kiralah..masa tu tak der sapa nk gelakkan sapa2 pun. Serius!!

Sekarang dah tua, baru rasa memang ada hobi tu. Rentetan dari kakak aku punyer hobi. Adik2 nya semua ikut. Die pembeli..aku pembaca tegar.

Aisya Sofea dah popular sekarang. Mula2 novel die Jauh, Kau Untukku, Jendela Hati, Sehangat Asmara, Adam Hawa dan ada lagi. Aku tak igt. Berjela2 novel AS ni aku baca. Memang melangkolik bahasanya. Cerita novel die ni dah banyak masuk Astro. Dapat kontrak kot. Kikiki. Kalau baca novel ni dan senangkatan dengannya memang jiwang sangatlah. Korang akan rasa heronya adalah insan paling sempurna. Mesti ada masalah cinta.

dr Google jer
Sampailah aku kenal dengan novel terbaik alaf ni. Dah tak baca semua novel Alaf 21.

Nor Suraya salah satunya. Banyak novelnya yang aku baca. Dulu2 baca novel die under Creative. Jiwang gak dulu novel die ni. Aku tak ingat sangat novelnya. Sekarang Nor Suraya lagi aktif under Jemari Seni (JS). Kecik jer JS ni dulu, sampailah dah kuat sekarang. Menariknya JS ni buat novel berunsur islamic. Kalau baca novel JS, dah tak der cerita pasal heroin tu cantik jelita. Semua biasa jer. Yang penting, point nasihat dan ilmu2 yang sangat baik. Salah satu novel Nor Suraya yang aku takkan lupa Jaja & Din. Bacalah..aku sanggup byr duit yang korang beli tu kalau kata tak suka. Wahhhh...dasyatt..

by  google


Ramlee Awang Murshid. Novelis thriller yang aku respect. Kalau tak silap aku RAM masih under Alaf 21. Yer...korang bacalah novel RAM ni. Tak nyesal. Penat die cr idea tuk novel die. 2 hari aku dah siap baca. Mula2 mmg aku tak baca. Sampai 1 masa aku tak der bahan bacaan, aku terbaca. Serius, mmg best. Sebab korang akan mengembara pada zaman atau masa yang korang ssh nk percaya. Tapi bacalah, baru kenal sapa RAM ni. Novel RAM yang fantastik bagi aku...novel berantaian die dari Bagaikan Puteri - Cinta Sang Ratu - Hijab Sang Pencinta - Sunan Musafir. Satu lagi Tombiruo - Semangat Hutan -  Tombiruo Terakhir.

by Google

Hlovate pulak lagi meletop! Hah, macam fenomena. Tu bagi aku jelah. Sejak dapt novel Hlovate ni, tak sempat2 nak sadai baju. Asyik nak baca jer!. Haha.Macam yang biasa korang bacalah, Hlovate ni penyampaiannya sangat sesuai dgn remaja + dewasa yang baca. Jalan ceritanya berkait rapat dgn diri sendiri. Betul...korang mesti rasa kan. Zaman sekolah, buat hal kat sekolah. Kalau korang stok budak2 bijak mesti lagi rasa sama jer. 

Hlovate ni dalam setiap novelnya, ada beberapa benda yang sama. Korang rasa tak. Mesti akan ada cerita perubahan dari tak baik kepada lebih baik. Wataknya adalah pelajar kelas Sains atau Engineering. Akan jadi doktor, cikgu atau engineer. Paling tak pun mesti jadi golongan professional. Kan, perasan kan. Lagi, dalam ceritanya tak der pernah tulis watak die orang susah. Mesti dalam katogari family yang bekerjaya baik.

Jadinya, aku menggambarkan die tulis dari pengalaman hidup die. Apa yang die tulis, tu adalah die. Die berubah dari zer0 to hero. Ada dalam 1 novel die ada cakap, die bukan salah 1 watak novel tu. Tapi dia antara kedua watak novel tu yang berubah 360 darjah.

by Google

Sebab tu, dalam novelnya berkembang mcam mana nk berubah ke arah yang lebih baik yang ternyata bukan senang nk buat. Maksud aku, dari novel yang lama dengan yang baru, perubahan watak tu seiring dengan cara perjalanan perubahan diri. Baca novel die, macam senang jer kan. Tapi cuba hadapi sendiri. Itu mungkinlah Hlovate. Die susun novel dengan apa die rasa dalam pengalaman hidup die. Die terapkan cara perubahan die tu bukan mudah nk dibuat. Tapi senang di baca.

Sekarang aku tengah baca Anthem. Pun sama. Cuma kali ni watak third culture kids. Tapi cara perubahan watak yang diceritakan pulak. Ada tentangan dr family. Sebelum ni tak ada pun. Macam mana nak hadapi family yang tak pernah terapkan nilai islam dalam rumah. Menarik sangat. Dan paling aku perasan, jalan cerita Hlovate lebih berat. Dari masalah dan cara penyelesaian, jugga cara Hlovate kembangkan watak. Lebih berat jugak maksud aku, Hlovate ni makin matang lah. Kikiki :) Kali ni die temukan watak dalam novel2 sebelum ni. Mantap!!

by Google
Ni komen aku jer. Sebab aku ikut novel die dari pertama sampai sekarang. So, nampaklah. dalam Rooftop Rant dah mula dewasanya Hlovate ni. Ceritanya lebih padat dengan Vers2 dr Al Quran. Hlovate berkembang seiring usia. 

Kalau ulasan aku salah, tak per kan. Ni pendapat peribadi kan. Pastu kalau tanyer aku mana paling best novel Hlovate. Aku akan kata semua. Tiap novel die ada kekuatan sendiri. Novel Hlovate tak sama jalan cerita. Tapi point2 yang aku kata ttp akan ada. Sebab, aku dapat banyak pengetahuan pun sbb baca novel die.

Wah...panjangnya pasal Hlovate. Sebab mmg berbaloi.

Imaen pun best. Ni lagi satu novelis yang ada gaya lain dari yang lain. Susah nk kata macam mana. Sebab penulis ni lelaki, jadi agak lain sikit. Selalu baca novelis pompuan jer kan. Bila baca novel2 Imaen ni korang masuk dunia baru.

by Google

Dari idea sampai ke jalan cerita totally beza. Die akan masuk bab politik. Tu aku pasti. Akan ada perbezaan idea dalam cerita die. Watak die tu mungkin jugak adalah die. Novel die tak der lah sampai aku nak baca banyak kali. Tapi semuanya menarik tuk di baca. 

Aku pernah jumpa dekat pesta buku Shah Alam. Die jugak yang bgtau Hlovate tu maksudnya Hate Love.  Masa tu cari novel Tunas kot. Aku tak tau pun die Imaen. Sampai jumpa dekat pesta buku PWTC. Baru tau die tu Imaen.


Ok, setakat ini dulu. Ada lagi kot tapi ni antara yang sesuai dengan jiwa aku. Senang kata JS adalah yang terbaik setakat ni bagi aku. 

Ulasan tuk Hlovate panjang sebab die tak pernah bgtau siapa dia. Jadi kitalah rumus ikut perkembangan novel die. 

*Ini adalah pendapt peribadi. Tak der kaitan dengan unsur selain dari minat membaca dan menghargai seni penulisan. Sekian.








No comments:

Post a Comment