Salam,
Insyaallah kali ni ada gambar. Jika aku berjaya meng'upload'.
Kelas masakan..kikiki. Pertama kali aku berjaya hadir. daftar dah banyak kali. Baru kali ni aku boleh pegi.
Ni kek yang tenaga pengajar tu buat. Deco cake yang simple. |
Hah, berjaya upload!
Kelas ni anjuran Kolek Komuniti Kuala Langat (KKKL). Aku daftar sebab, murah. Kalau ko tengok rate kelas masakan yang lain, agak mahal. Yang macam Azlita Masam Manis tu pegi. Die promote kelas tu. Memang mahal sebab yang ajar Chef terkenal. Kalo tak terkenal pun, takkan dapat kot kelas dengan harga RM 40.00.
Gambar yang ada ni, sebahagian masa kelas berlangung.
Adunan kek yang dah siap. Tinggal bakar |
Yang tudung hijau tu lah pengajarnya. |
Masa ni bancuh adunan maffin |
Antara tetamu tak berdaftar. Ada sorang lg..tp tak der dlm gambar |
Mafin yang siap nk masuk oven |
Kek yang siap. Nipis jer. Kalau buat bulat lg cantik kot |
Potong kek. Dapat 3 layer jer |
3 gambar ke atas ni, proses melayer kek. |
Aku tak tau murah ker mahal kelas aku
pegi ni. Tapi biasalah. Bukan semua sempurna. Ada gak komen aku. Selagi
ko bayar, kita ada hak untuk suarakan pendapat kan.
1
jenis kek jer. Kalau nama lain kek ni, Kek Coklat Indulgence. Macam kat
secret recipe tu. Sebelum ni, kek ni memang aku nk buat sangat.
Akhirnya tercapai jugaklah.
Kelas
ni pengajarnya bukan tenaga pengajar KKKL. Tapi orang luar. Kalau
tengok memang org yang buat bisness kek. Kepakaran die tu, bolehkan die
buat kelas sendiri dekat rumah. Orang pandai buat apa jer, memang
untung.
Ni Wiping Creme. Di ajar cara nk pukul. Brapa lama nak pukul. |
Makan masa panas mmg best |
Ada baki. Semua bleh bawak balik |
Tapi ada lebihan. Ada akak tu bawak anak
die. Anak die pulak jenis minta masak gak. Kira anak die tu nk belajar
sekali. Memang dalam borang maklum balas, aku letak komen 'tolong jangan bawak anak semasa kelas berlangsung'. Hak komen hak kita kan.
Ada
bonus, pengajar tu buatkan maffin yang sedap. Bagi orang yang tak
sarapan pagi macam aku. Memang kelassssssss mafin apple tu.
Kek tak sempt sejuk. Sebab tu agak mesy. |
Ni tgh diajar mcam mana nk deco kek. Sebab nk tutup keadaan kek yang tak brapa nk cantik |
Kan..beza lepas deco yang tak serius pun. |
Ni bila dah dipotong. Bercampur semua.Kiki |
Last sekali, lepas kek siap. Boleh lah
bahagi sama banyak. Aku jer peserta yang tak bawak bekal tuk isi kek.
Kenelah tunggu En Suami datang bawak bekas.
Kesimpulannya.
Kelas anjuran KKKL ni, baik dan bagus. Aku ok jer nk ikut kelas lain.
Biasalah, kalau kos tinggi mestilah mutu pengajaran dan kelasnya baik.
Bagi kos sederhana macam KKKL anjurkan ni, kira dalam kelas sederhana
lah. Ada sijil.
Kalau korang berbajet macam aku, tapi nk belajar dengan tenaga pengajar, boleh masuk web KKKL
ni. Boleh tengok kelas apa yang korang minat. Lepas habis belajar, aku
dapat banyak info. Tengok cara sebenar untuk buat kek dan tips2 yang
tenaga pengajar tu bagi.
Kalau
amik resepi dekat blog2 boleh, bleh jer belajar sendiri, tapi kalau
masuk kelas, tak rugi jugak kan. Dapat ilmu dan praktikal tu yang
penting.
KKKL
ni bukan buat kelas masakan jer. Meliputi semua bidang. Semak kat web
KKKL kos apa yang korang minat. Iklan free untuk KKKL tau. Kikiki
Hah, yang ni group aku buat. Sama jer messy nya. |
Tapi sedap En Suami kata..Horeyyy!! |
Cerita kali ni tak sempat nk ikut susunan. Aku buat teks dulu baru upload gambar. Jadi sebab keadaan pc tak menjamin kecepatan, aku nyahkan jerlah apa yang ada. Yang penting bleh baca.
Oh yer...kek ni patutnya kelas 1 hari. Sebab kek tu kene biar simpan beku. Baru bleh deco dan dipotong. Kalau tak, mmg hasilnya apa yang aku dapat masa kelas ni.
Lepas ni insyaallah aku nk cr kelas yang lain plak.
So, selamat belajar lah yer.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment