31 May 2013

Kelas Masakan 1: Double Chocolate Cake

Salam,

Insyaallah kali ni ada gambar. Jika aku berjaya meng'upload'. 

Kelas masakan..kikiki. Pertama kali aku berjaya hadir. daftar dah banyak kali. Baru kali ni aku boleh pegi.

Ni kek yang tenaga pengajar tu buat. Deco cake yang simple.

Hah, berjaya upload!

Kelas ni anjuran Kolek Komuniti Kuala Langat (KKKL). Aku daftar sebab, murah. Kalau ko tengok rate kelas masakan yang lain, agak mahal. Yang macam Azlita Masam Manis tu pegi. Die promote kelas tu. Memang mahal sebab yang ajar Chef terkenal. Kalo tak terkenal pun, takkan dapat kot kelas dengan harga RM 40.00.

Gambar yang ada ni, sebahagian masa kelas berlangung.


Adunan kek yang dah siap. Tinggal bakar
Yang tudung hijau tu lah pengajarnya.
Masa ni bancuh adunan maffin

Antara tetamu tak berdaftar. Ada sorang lg..tp tak der dlm gambar

Mafin yang siap nk masuk oven

Kek yang siap. Nipis jer. Kalau buat bulat lg cantik kot

Potong kek. Dapat 3 layer jer



3 gambar ke atas ni, proses melayer kek.

Aku tak tau murah ker mahal kelas aku pegi ni. Tapi biasalah. Bukan semua sempurna. Ada gak komen aku. Selagi ko bayar, kita ada hak untuk suarakan pendapat kan.

1 jenis kek jer. Kalau nama lain kek ni, Kek Coklat Indulgence. Macam kat secret recipe tu. Sebelum ni, kek ni memang aku nk buat sangat. Akhirnya tercapai jugaklah. 

Kelas ni pengajarnya bukan tenaga pengajar KKKL. Tapi orang luar. Kalau tengok memang org yang buat bisness kek. Kepakaran die tu, bolehkan die buat kelas sendiri dekat rumah. Orang pandai buat apa jer, memang untung.


Ni Wiping Creme. Di ajar cara nk pukul. Brapa lama nak pukul.

Makan masa panas mmg best

Ada baki. Semua bleh bawak balik

Tapi ada lebihan. Ada akak tu bawak anak die. Anak die pulak jenis minta masak gak. Kira anak die tu nk belajar sekali. Memang dalam borang maklum balas, aku letak komen 'tolong jangan bawak anak semasa kelas berlangsung'. Hak komen hak kita kan.

Ada bonus, pengajar tu buatkan maffin yang sedap. Bagi orang yang tak sarapan pagi macam aku. Memang kelassssssss mafin apple tu.

Kek tak sempt sejuk. Sebab tu agak mesy.

Ni tgh diajar mcam mana nk deco kek. Sebab nk tutup keadaan kek yang tak brapa nk cantik

Kan..beza lepas deco yang tak serius pun.

Ni bila dah dipotong. Bercampur semua.Kiki

Last sekali, lepas kek siap. Boleh lah bahagi sama banyak. Aku jer peserta yang tak bawak bekal tuk isi kek. Kenelah tunggu En Suami datang bawak bekas. 

Kesimpulannya. Kelas anjuran KKKL ni, baik dan bagus. Aku ok jer nk ikut kelas lain. Biasalah, kalau kos tinggi mestilah mutu pengajaran dan kelasnya baik. Bagi kos sederhana macam KKKL anjurkan ni, kira dalam kelas sederhana lah. Ada sijil. 

Kalau korang berbajet macam aku, tapi nk belajar dengan tenaga pengajar, boleh masuk web KKKL ni. Boleh tengok kelas apa yang korang minat. Lepas habis belajar, aku dapat banyak info. Tengok cara sebenar untuk buat kek dan tips2 yang tenaga pengajar tu bagi.

Kalau amik resepi dekat blog2 boleh, bleh jer belajar sendiri, tapi kalau masuk kelas, tak rugi jugak kan.  Dapat ilmu dan praktikal tu yang penting.

KKKL ni bukan buat kelas masakan jer. Meliputi semua bidang. Semak kat web KKKL kos apa yang korang minat. Iklan free untuk KKKL tau. Kikiki


Hah, yang ni group aku buat. Sama jer messy nya.

Tapi sedap En Suami kata..Horeyyy!!

Cerita kali ni tak sempat nk ikut susunan. Aku buat teks dulu baru upload gambar. Jadi sebab keadaan pc tak menjamin kecepatan, aku nyahkan jerlah apa yang ada. Yang penting bleh baca. 

Oh yer...kek ni patutnya kelas 1 hari. Sebab kek tu kene biar simpan beku. Baru bleh deco dan dipotong. Kalau tak, mmg hasilnya apa yang aku dapat masa kelas ni.

Lepas ni insyaallah aku nk cr kelas yang lain plak. 

So, selamat belajar lah yer.

Wassalam.











Bab Sembang 1 : Cerita Kerja

Salam,

Lama tak update. Sebab, pc yang aku guna ni, bila aku bukak google jer, keluar satu error. Certificate error! Apa kes kan. Kesian kat aku. Nanti orang kata aku tak update langsung. Padahal kerja tak banyak mana pun!..

Ok, masuk hari ni dah lebih sebulan lebih dekat sini. Senang kata nak masuk 2 bulan lah. Kali ni entry tanpa gambar jugak. Ntah kenapa, mood tu tiba2 hilang. Yelah, semua kemudahan yang aku dapat hilang. Nk edit gambar pun dah tak tau kat mana. Sedih ok :(

Cerita biasa. Pagi2 keluar umah awal dari biasa. Nk elak jam. Tapi mimpi lah! Hadaplah jem tu jugak sampai bila2.Tapi..aku suka jer travel hari2 g kerja. Tak tau kenapa..tenang kot sorang2 dalam keta tu.

Paling hot dekat telok datok. Lepas tu dekat sg manggis. Lepas tu dekat Olak Lempit. Lepas tu baru ok.Perubahan ketara yang jelas dan nyata...aku tak bleh beli sarapan pagi dekat area kampung-kampung. Wahhhh...kesian kan. 

Sebelum ni..aku dapat menikmati kelazatan sarapan pagi dari gerai-gerai makcik yang duduk dekat Banting tu. Enak dan khasiat??...enak mungkin lah kan. Nasi lemak khasiat ker??..kikiki. Murah pun murah tau. Sekarang...jadi orang pekan dohh...kene beli dekat cafe. C.A.F.E. hah..bukan kedai makan. Harga lebih mahal. Sedap tu..biasa jer :(

Hari ni bila aku sambung entry ni..(yer...entry ni aku buat berkali2) dah boleh pulak open gmail dan blog ni. Sebab tu lah insyaallah...entry ni akan sampai ke hujungnya. 

Kat sini kerja aku di bawah arahan pegawai kanan. Semua kerja perlu di semak oleh beliau yang sangat baik pada aku. Paling best...pompuan gak. Taklah kene jaga batas pergaulan sangat. Ada sekali tu..kene buat surat. Aku pun doklah karang ayat baik. Ni surat peringatan tau. Lepas siap, print..aku bagi dekat Pn aku ni. 

Reject!! Ayat surat aku tu agak ganas!!

Wahhh...kene sopan mcam mana pulak. Lepas diberi nasihat..barulah aku paham. Kesopanan dan Kesusilaan perlu ada. Integriti semua kene ada. So, aku betulkan balik. Tapi tak berjaya. Sebab otak dah tak der idea. Last2, Pn aku tu jer yang setelkan surat tu. Aku taip jer. 

Lepas tu aku belajar untuk gunakan ayat yang lebih baik dan sopan. Walaupun itu surat amaran. Kikiki. Sama gak masa jawap phone. Akak aku pun ada tegur, jwb phone kene baik2 dan sopan. Sebab semua org yang aku call pun jwb baik2 belaka. Alhamdulillah. Sikit2 aku praktikkan.

Aku kene cukupkan point CPD namanya bagi tahun pertama ni. 28 point. Jadi kenelah pegi mana2 latihan atau kursus yang dianjurkan U. Kalau ikut, aku dah berjaya penuhkan semua point tu. Tapi  sistem tak berapa baik. Point aku sebelum ni dah hilang balik.

22/5 sampai 23/5 yang lepas, aku ada 1 kursus yang ada lawatan ke luar kampus. Dapatlah naik bas USIM gak. Lama kan tak naik bas. Lawatan ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Seremban. 

AADK kat Banting pun ada. Tapi yang dekat Seremban ni cantik tempatnya. Ada banyak pokok buah. Tenang. Sampai sesat nak sampai sana. Jalannya agak pelik jugak. Paling best..dengar pengalaman penagih dadah tu. Macam mana terjebak. Dah masuk pusat pemilihan terjebak balik. Ada 4 oranglah yang nak cerita. 1st time kan dengar cerita sebenar penagih dadah ni.

Hah, cukuplah bab sembang hari ni. Insyaallah kalau google ni ok jer...aku sambung lg yer. 

Daaa...


Wassalam.