15 July 2013

Ramadan + Mengantuk

Salam,


Aku postponed lagi entry lauk. Dah ada 2 lauk aku terpaksa tunda. Tu tak per. Lauk tu takkan lari. Ada jer nanti aku sematkan dalam blog ni.

Menguap = Mengantuk (Ihsan Google)
 Aku mengantuk yang teramat sangat bermula Ramadan hari tu. Hari pertama aku cuti. Tak kerja. Hari kedua dan ketiga. Memang mengantuk sangat. Khamis lepas, Ramadan ke 2 lagilah. Aku tak bleh nk buat apa. Memang nk pejammmmmmmmmmmmmm jer mata ni. 

Bila aku kaji sikit...sebab aku makan ubat. Ubat Gastrik aku. Aku tak nak sakit teruk masa puasa. Aku makan lepas sahur. Effectnya masa dekat ofislah. Teramat-amat mengantuk. Aku sendiri tak bleh kawal. Aku tak tau berapa ramai tengok aku tersengguk-sengguk.

Dalam perjalanan pergi kerja pun sama. Aku dah mula mengantuk bila sampai area Olak Lempit. Terpaksa tukar radio. Bukak Hotfm. Kalau aku pasang Ikimfm memang melayang dah aku tido. Bukak kuat2. Tp still ngantuk.

Sampai satu masa...kereta depan aku terbabas ke bahu jalan. Gila terkejut aku. Masa tu aku dah tak ngantuk. Sebab takut aku pulak yang kene. Pemandu tu selamat. Siap angkat tangan tanda dia dah tak tido. Kikiki :)

Aku ada google kenapa mengantuk masa Ramadan:

Pertama sekali mindset!!. Yeke?...aku bleh kata..anugerah ilahi. Hahaha

Kedua mungkin kurang tido

Ketiga mungkin kurang glokosa. Ni aku amik dari sini 

Keempat mungkin tak  fokus. Ramadan bukan bulan untuk semua mengantuk. Diri sendiri yang kene pastikan otak dan semua organ badan dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, pandai2 jaga diri. Jangan jadikan Ramadan tu alasan.

Untuk diri aku, sedarlah...jangan tido!!

Ohhh lupa...kurangnya skop kerja yang baik juga buatkan aku mengantuk ok!

Sebelum ni kerja dekat private sector..aku tak pernah mengantuk!

Jadi..nilailah. Apa sebab diri sendiri mengantuk.

Aku terpaksa post entry ni, untuk hilangkan mengantuk. Kikiki.




No comments:

Post a Comment