04 November 2014

Khalifah Kecil: Cerita Kosong



Salam,

Serius, aku nak teruskan jer dengan cerita aku. 

Ok. Alhamdulillah, kandungan aku dah mencecah ke bulan yang ke 8. Minggu ni dah masuk 33 minggu. Baby pun membesar dengan baik dan bergerak dengan aktif. Masa menaip ni pun, banyak sangat pergerakan baby.

Terima kasih Ya Allah, Kau beri juga aku peluang untuk merasa tendangan kecil umat kecilmu. Dulu dengan cerita BFF pasal baby dia tendang-menendang. Aku dapat jugak merasa. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kondisi kandungan aku penuh warna warni. Buku merah aku dah koyak. Kulit buku tu pun dah terbelah dua. Hah...korang bayangkan lah macam mana. Aku tak dan nk snap gambar. Tapi memang sedihlah bila dah koyak. Aku rasa sebab banyak sangat maklumat dalam buku tu. Kikiki..

Mari aku cerita.

Awal kehamilan, kan kita kene buat ujian air gula (MGTT). Ujian ni perlukan ibu hamil minum air gula mengikut sukatan dan selepas 2 jam, ujian darah akan dibuat bagi mengira jumlah kandungan gula. Sebelum minum pun dah diambil sekali darah kita. Total, 2 kali darah diambil untuk ujian ni.

Result aku sebelum minum air gula sangatlah cantik. Bacaan Fasting Blood Sugar (1) adalah 4.4. Malam sebelum amik ujian ni pun kene puasa. Keputusan bagi 2H Postprandial aku pulak sangat hiba. Tinggi betul dia meningkat ke 9.1. Akhirnya aku disahkan penghidap GDM. Lebih kurang kencing manis semasa mengandung.

Rutin pemakanan kene berubah. Sedih gak masa tu. Sebab dah masuk bulan puasa. Nak makan apa semua tak boleh. Takut gula naik. Lepas jumpa Pakar Pemakanan lagilah, aku kene ikut diet yang dibagi. Tapi..................

Mula-mula jer. Hahahaha...

Lepas tu aku tak ikut sangat. Kesannya bila aku follow apa yang pakar tu suruh, HB darah aku pulak rendah. Halah...Satu hal pulak. Dah kene makan, makanan yang banyak zat besi. Tapi aku tau, aku tak banyak darah dalam badan.Sebab dulu2 aku nak derma darah tak lepas. Sebab darah aku tak cukup untuk didermakan. Kikiki

Jadi, korang tengoklah berapa banyak kes aku. Tapi Alhamdulillah, semua terkawal. Anemia aku pun dah terkawal sejak aku diperkenalkan dengan Iberet. Ubat paling sedap pernah aku makan selain Obimin. Kah..kah.. Sedap sampai aku kene makan dengan air suam yang tak suam sangat. Sebab tak nak bagi rasa piau ubat tu.

Dan, bila dah sampai minggu yang ke 33 ni, ujian BSP aku pulak terancam. Hah..terancam kerana pemakanan aku yang agak melampau kot. Serius, sebelum tu cantik jer bacaan. Tiba2 macam dilanggar todak. Ni dah 2 minggu berturut aku kene buat. 

So, aku terpaksa menjaga balik pemakanan aku. Supaya tidak diugut untuk dicucuk insulin. Wahhhh...tinggi tak mana pun bacaan gula tu. Tapi ugutan tu macam ugutan yang mengancam masa depan.Kikiki..

Ok, tu sebab kenapa buku merah aku sampai koyak. Banyak sangat ulasannya. Sampai tak tertampung. 

Persiapan untuk baby pulak, aku dah siapkan. Nak kata complete 100% aku tak sure, tapi apa yang penting aku dah siapkan. Memandangkan aku tak berjaya nk mengesan jantina baby aku ni hah, aku cuma dapat beli baju yang warna sangat biasa. Yang mana dua2 jantina boleh masuk. Yang tak sesuai pun aku beli gak sebab comel sangat. Hahaha...

Aku ada gak refer maklumat dari hasil google lan aku apa yang patut dibeli, apa yang patut untuk tak dibeli. Banyakkan membaca pengalaman orang yang dah beranak lebih sekali. Aku paham perasaan dah macam mana semangatnya bakal mak2 ni yang pertama kali nak borong barang baby. Memang syok. Kalau duit korang banyak, memang tak kisah lah.Kikiki

Ok, apa harus aku cerita yer. Tu jer kot buat masa ni. Nama baby alhamdulillah dah ada. Tinggal nak letak jer kat surat beranak ikut jantina. Untuk pertama kali ni, aku plan berpantang dekat rumah abah aku. Walaupun aruah mak dah tak der, tapi aku yakin dia nampak nanti ada cucu dia yang dok berpantang kat umah tu. Aku akan buat rerasa yang aruah mak ada. 

Oh yer, akak aku dah selamat bersalin. Baby boy. Hero/cucu pertama abah. Insyaallah kalau ada rezeki cucu yang ke2 bakal menyusul tahun ni gak. 

Insyaallah aku sambung lagi cerita khalifah kecil ni. 

Wassalam.



12 August 2014

Khalifah Kecil

Salam,

Aku nak mulakan entry ni dengan perkataan Syukur. Syukur yang tak terhingga. Semoga ayat-ayat dalam entry ni sangat baik bunyinya dan dapat dikongsi sama.

Bulan April. Ye..bulan April bulan penuh makna bagi aku. Macam yang aku pernah cerita lah sebelum ni kan. Kawen, dapat kerja. Ini yang terbaru. Dapat tau aku mengandung!!

Alhamdulillah. Allah tu Maha Adil dan Maha Pengasih. Doa aku termakbul juga. Selama ni aku cuma dapt baca entry orang lain pasal pengalaman pertama tahu diri tu hamil. Aku pun boleh kongsi jugak!!

Sampai tak tau nak mula kat mana. Kikiki..

Ok, mula dari tarikh hari pertama period aku yang lepas. Bulan Mac. 17hb. Tu tarikh mula period yang last. Lepas seminggu ok, sampailah aku nk tunggu kehadiran period untuk bulan April pulak. Kalau nk dikira, period aku stabil dari bulan Januari lagi. Minggu yang sama, bulan Februari pulak, tarikh yang sama 17hb aku period.

Bila yang April tak datang period lagi, aku pun tak risau sangat. Sebab sebelum ni ada gak kitaran haid aku tak stabil. Lepa tu stabil balik. Pernah sampai 2 minggu tak datang period. Ingatkan ada. Bila buat cek air kencing, hampa! Lepas tu period datang.

Yang kali ni pulak, nak dijadikan citer, aku terima tawaran BFF aku untuk join main bowling. Ada game under MDKL. Jumaat malam 25/4/2014 tu aku turun Banting tuk sesi latihan konon2. Kiki..nak cari keserasian, sebab main group. 

Masa sampai jer, BFF kata nampak aku muka letih gila. Aku pun rasa perkara yang sama. Sebab masa dalam kereta lagi, aku dah rasa lain jer badan ni. Lemah, tak bermaya. Penat tu tak lah sangat. Tapi kondisi badan tu lemah. Tapi gagahkan jugak nak main bowling malam tu.

Aku bgtaulah yang period aku dah seminggu tak datang. Dan dia berkeras suruh aku buat test. Aku pun iyerkan. Entah, masa ni perasaan kosong je. Aku sempat beli test kid kehamilan tu dekat 7E masa makan lunch dengan budak ofis. Kiki. Kata hati tak nak buat dulu, tapi Allah gerakkan hati aku tuk beli jugak.

Dan, ianya positif. Double line!!

Selama ni aku dok tunggu bila aku nak nampak double line kat test kid tu. Akhinya, masanya Allah bagi jugak rasa. Rasa nk jerit masa tu, tapi cover lagi. SMS En Husband. Minta call. Ada urgent. Terus bgtau dia hasil double line tu. Tak dapat tengok reaksi dia. Sebab dia pergi memancing dengan suami BFF aku..

Terus tak jadi main bowling masa tu. Yelah, BFF haramkan terus aku main. Dia terpaksa buat urgent call pulak tuk cari orang ganti aku. Kikiki.

Kuasa Allah, mana tau aku buat test kat toilet pusat bowling tu. Positif pulak tu. Kiki

Esoknya jumpa doktor nak sahkan aku mengandung. Bijaknya aku, aku g malam. Hahaha. Buat ujian depan doktor, tak kuar pulak double line tu. Memang jiwa parah. En Husband pun dah nampak muka kecewa. Doktor pun macam apa. Geram tul. 

Aku paksa gak en Husband pergi Watsons time tu gak. Aku beli 3 test kid. Hah! Sebab rasa memang aku mengandung. Subuh2 esoknya tu, aku bangun awal gila. Buat test. Hah, memang double line. Kejutkan En Husband. Tunjuk kat dia. Senyum je!

Isnin tu pulak, aku jumpa doktor panel. Tak mau nk kuarkan duit lagi. Sebab masa kat Banting, bukan pergi klinik panel. Kene RM 25.00! Dengan doktor tak senyum langsung tu. Tak pro lah Doc!

Dalam pukul 10.00 pagi aku pergi. So, akhirnya depan doktor memang double line. Yess!! Call en Husband, bagtau doktor dah sahkan. Call abah pulak nak bagi tau. 

Oh yer, sebelum aku mengandung, Kakak aku dah mengandung dulu. Amin..

Due date aku, Insyaallah bulan 12 nanti. Hujung2 gak. Kalau terlajak, anak tahun baru lah pulak. Kiki.

Sekarang alhamdulillah dah masuk 5 bulan. Segalanya ok. Cerita sebalik 5 bulan tu nanti aku ulas lagi. Ni nk bg entry permulaan jer. Kikiki.

Doakan yang terbaik tuk aku dan Kakak aku. Semoga semuanya selamat.

Aku dah terasa ada Khalifah Kecil dalam perut ni. Semoga menjadi Khalifah yang baik kepada Ibu & Ayah serta Agama. Insyaallah.

Insyaallah lepas ni ada entry lain. Pasal Khalifah Kecil ni.

Wassalam.

05 August 2014

Keputusan Exam BITK

Salam,

Ok, aku teruskan je dengan entry terbaru ni. Memang lama aku tak update. Adalah sebabnya. Insyaallah aku akan hurai sebabnya. Tapi buat masa sekarang ni tak sesuai. Bagi aku selesaikan dulu semua hal, baru aku akan draf untuk post tu nanti. 

Berkenaan dengan keputusan exm BITK yang dah aku ambil sebelum ni. Lama jugaklah nak tunggu hari keputusan tu. Sampai satu masa, dapat emel kata dah boleh ambil keputusan tu.

Aku tak taulah gelabah ke apa, boleh salah ofis aku masuk. Padahal aku tau sangat ofis yang salah tu, berkaitan dengan apa. Ada aku masuk Bahagian Pengurusan Akademik. Tu khas tuk student!!

Ok, lepas dah jumpa ofis yang betul, aku jumpa kerani terlibat. Pastu tandatangan borang yang sahkan aku dah ambil pun keputusan tu.

Lepas keluar pintu ofis tu, koyak terus sampul surat.

Ada kertas biru. Mesti kat situ keputusannya.

Baca...

Senyum..

Gelak..

Sebab..

Dah tau..

Anda Gagal!!!

Semua calon yang amik sama dengan aku gagal.

Insyaallah, kalau ada tahun ni, aku nk cuba lagi.





28 February 2014

Kesan Kemalangan Lama

Salam,

Post kali ini mungkin panjang melarut.  Sila teruskan pembacaan jika mampu :)

Ok, topik kali ni aku nak cerita sikit kenapa aku ada temujanji dengan doktor. Aku ada pernah tulis sebelum ni. Aku ada temujanji kan.  Ini huraiannya.

Bukan doktor sakit jiwa, bukan bidan tapi doktor dalam bidang physiotherapy. 

Alkisahnya begini.

Tahun 2006 (tak sure bulan bila, tapi masih pakai motor lama-Modenas Kriss)

Masa ni aku kerja dekat Banting Palm Oil Mill Sdn Bhd (BPOM). Alamat ofis pun masih dekat alamat lama. Depan SRJK (C) Chong Hwa. Masuk kerja pukul 9.00 pagi. Oleh sebab tu, aku banyak sangat masa waktu pagi. So, hari kejadian aku decide nak g bank. Stok dalam wallet dah abis.

Kelajuan biasa. Motor kris berjalan baik. Cuaca pun cerah. Terik matahari masih tak rasa pun. Hujan tak turun pagi tu. 

Tiba-tiba.

Srreeettttttttttttttt....gedebuk!! Of cozz yang jatuh tu aku.

Aku memang brek mengejut. Tapi tak bunyi macam tu. Acah je lebih ayat atas tu. Ringkasnya macam ni.

2 minit sebelum aku jatuh.

Orang Banting boleh agak tempat ni. Orang daerah lain. Boleh ke kawasan kejadian untuk lebih feel ok. (hahaha)

Kawasan kejadian dekat kawasan bus station Banting. Depan kedai baju Hari-Hari. Dulu atas Hari-Hari ada 1 kolej swasta. BJ Automation. Area situ ada 1 jalan ke Bank Rakyat. Dan 1 jalan dari Stesen Minyak Shell. Bus Station pulak, ada satu laluan bas sahaja. Tak dibenarkan untuk buat U-turn dekat situ. Kalau selamat, mmg nasib baik.

Dan, nk dipendekkan cerita, (cerita ni taklah panjang mana pun). Ada satu kereta Unser Gold. Driver orang Cina.  Dia dari Shell, terus ke jalan laluan bas, dan buat U-turn. Aku pulak, memang sampai betul-betul dekat area situ masa Cina tu buat U-turn. Aku nk jalan terus untuk ke bank lah. Tapi tak der rezeki sampai ke bank.

Ekoran dari itu, ikuti sambungannya sekarang!

Akibatnya. Aku brek, tp brek tak makan sangat. So, aku jatuh. Bahu kiri jadi mangsa. Aku terhempas tapi lebih kuat terhempas pada bahu kiri dekat badan kereta Unser tu. Korang pejam mata untuk lebih imaginasi yang 100%. (kiki)

Paham cerita ini??

Boleh mula balik kalau tak paham. (kiki)

Aku terus terduduk dekat tengah jalan tu. Tak tau apa aku buat. Masa tu cuma diam. Cina tu keluar kereta. Tanya ada baik ka??

Nasib aku cuma baik sikit bila budak-budak BJ Automation tu datang tuk bagi pertolongan. Of cozz budak melayu. Masa ni ada kaitan kaum gak. Janji melayu!!.

Aku diam, yang banyak cakap, cuma budak-budak BJ tu. Dia lah yang cakap Cina tu kene bayar ganti rugi. Diaorang jugak yang sedarkan aku. Suruh duduk tepi jalan pulak. Bukan tengah jalan. 

Ok, aku ok sebenarnya. Tak berdarah pun. Tapi macam truma. Tak pernah kena kan.

Lepas tu, ada lah lagi hamba Allah, aku kenal, tapi tak tau nama. Dia cakap aku anak buah dia. Huh, lagilah Cina tu kecut. Dia bagi duit buat g klinik, lepas tu suruh g bengkel tuk betulkan motor aku. Hurreeeeee!!

Sendiri pun tak pernah bawak moto g bengkel. Kali ni free!!

Hamba Allah tu bawak aku g klinik. Lepas tu klinik call ofis. Lepas tu aku call abh dengan En Suami. (masa ni kawan lagi)

So, dapat mc. Tangan tak patah. Cuma masih terkejut.

Tamat .

So, balik ke topik asal.

Entry ni memang panjang lah!

Akibt dari kemalangan tadi. Hidup aku tak terjejas apa-apa pun. Masih ada peningkatan berat badan. Makan pun selera. Seminggu je kot rasa truma. Tapi fobia lalu jalan tu, lama nak ok.

Sejak tu, bahu kiri aku tak pernah sakit. Tapi ada 2 kali, sakit ni datang. Pertama tahun 2008 dan kali ke 2 tahun 2010. Lepas tu tahun 2013 sakitnya datang sampai tak mau pergi2 lagi.

Aku buat keputusan balik Banting untuk jumpa balik nenek yang urut sebelum ni. Tapi dia tak nak urut!!

Hah, tak nak?

Dia kata sakit yang tak baik-baik ni elok direfer ke doktor. Bukan tukang urut macam dia.

Aku geram. Draf aku dah siap, tapi hilang semua. Ni kene taip balik!!. Adoiii

Aku sambung balik. Ni taip semula demi kisah klasik aku!

Jadi, akibat sakit yang amat, aku terus ke Hospital Banting. Jabatan Kecemasan terus. Sebab sakitnya menganggu emosi aku 100% ok.

Doktor minta buat x-ray. Lepas tu dia cek tangan aku ok. Tak patah atau retak. Solution dia, aku di refer ke Unit Fisioterapi. Masa ni macam pikir, oh..unit tuk orang tua. Salah sangat ok!!

Rawatan yang aku buat dekat unit fisio ni banyak. Aku dah lebih 5 kali buat rawatan. Ultrasound antara rawatan pertama. Korang boleh imagine kot, macam mana rawatan tu. Macam nk cek kandungan baby. Letak gel sejuk, pastu ada alat tu dia golek2 kat perut. Yang ni golek2 dekat bahu kiri aku. Kesan rawatan ni, aku sakit. Badan jadi lemah. Rasa nak demam. Tapi tak lama sangat. A few days only.

Ok, lepas tu aku kene buat regangan otot. Gaya macam kita nak bersukan. Kene warm up kan. Unit fisio ni ada gimnasium sendiri. Sebab rawatannya memang banyak aktiviti membabitkan bahagian mana yang kita sakit.

Hod pad, cold pad, shoulder exercise. Tu antara rawatan yang aku kene buat. Masa buat tu, aku tabah jer. Nak borak dengan pesakit lain, tak sempat. Semua hayal dengan senaman sendiri.

Paling best rawatan aku kene, urutan tangan doktor cik Fiza!. Berbisa sakit. Dia bukan urut, tapi lebih picit2, tekan2 bahu aku. Nak bagi urat yang tegang tu jadi renggang. Tapi sakitnya yang amat. Kali ke dua aku kene, tewas jugak dengan jeritan kesakitan. Serius sakit.

Tapi lepas tu, rasanya ok. Lega. Tapi nk menghadapi lega tu lah. Adoiii. Memang dugaan betul.

Doktor ada cakap, sedikit pelik sebab aku masih tak baik sepenuhnya. Masih lagi sakit. Yelah, sakit aku ni, kejap datang, kejap baik. Oleh sebab tu, doktor tu kata, mungkin kecederaan aku dah lama sangat. Sebab tu ambil masa lebih nak baik.

Aku tak boleh angkat benda berat atau bawa benda berat. Buat masa ni tak boleh. Sebab tekanan tu akan buat aku sakit. So, aku tak pakai hand beg pun. Pakai beg kecik. Pegang guna tangan kanan. Kalau tengah sakit, pegang roti guna tangan kiri pun aku rasa sakit.

Aku reda dengan semua dugaan ni. Aku anggap ni kifarah dari Allah. Sebagai hamba Allah, aku harap sangat semoga kesakitan ni, dapat diatasi dengan segera. Tapi perancangan Allah, aku tau adalah yang terbaik!.

Pada yang membaca, kalau pernah kene macam aku, elok jumpa doktor segera. Kalau nk tunggu sakit tu datang. Nanti kenelah hadap sakit nya macam aku ni. Dahlah kita perempuan.  Korang bayang kalau nak pakai baju dalam. Sakit dan aku pernah tak mampu nak pakai sendiri.

Aku tak pandai nk jelaskan pasal agama. Aku tak berkemahiran dan kurang pengetahuan. Jadi aku share sedikit pasl maksud kifarah Allah. Ok, semoga bermanfaat.

Apa itu kifarah.

Aku ambil entry dan maklumat dari sini

'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. 

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'


 Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.


Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).

Wasalam.

Note: Hari akhir di Unit lama. Dalam proses angkut barang pindah unit baru.







21 February 2014

bubur kacang durian

Salam,


Post kali pun ni ala-ala ketinggalan musim raja buah. Masa aku buat bubur durian ni, memang musim durian. Aku memang suka sangatlah makan durian. Jadi sebagai peminat durian ni, aku ada sikit kelebihan. Ahakss..

Walau bunyinya macam tak logik. Tapi aku rasa, ni lebih kepada pujian kepada diri sendiri lah..kah..kah... Aku tau mana macam mana nak pilih durian yang isinya baik!! Wahhh...ko ingat tak bagus ker?? Korang boleh buat ker??

Tapi aku tak bleh nk ajar. Bukan kedekut ilmu, tapi ini semua dari hati!!

Tak percaya !!

Aku tak kisah. Sebab memang yer. Instinct dengan Durian. Aku tengok jer durian tu, aku rasa baik, baiklah isinya. Haha..tu jer aku nk cite.

Ok, bubur durian ni biasalah kan. Banyak resepi korang boleh google. Aku pulak, macam biasa. Hentam resepi mak nenek aku, pastu ingat2 lupa. Hah, jadilah ni.

Aku tak amik resepi mana-mana. Sebab En Suami tiba2 suruh buat bubur. Huwahhhh..macam mana nak buat kalau tak pernah buat??

Ingat balik kalu2 pernah masak, memang tak rupenya. Jadi, hentam je lah. Tapi hentam ikut logiklah. Takkan nak hentam, dalam bubur letak lada hitam kan.



Ok, ni antara bahan yang simple tapi sedap kalau dibuat dengan penuh kasih sayang untuk suami sendiri. Kiki.

Bahan:

  • Isi durian. Termasuk biji yer
  • Kacang hijau - aku beli dalam 300gm jer
  • Santan - aku beli sekilo
  • Garam
  • Gula - agak2 manis ikut piawaian sendiri oklah
  • Daun pandan
Ni jer bahan aku. Bahan pikir sendiri. 

Cara aku:

Aku rendam dulu kacang hijau sampai kembang. Lepas kembang, amik air dalam 1/2 jug masuk dalam periuk letak atas api. Sampai menggelegak. 

Lepas tu masukkan santan. Agak2 santan nk menggelegak lagi, aku baru masukkan durian. Gula, garam dan daun pandan. Kacau. Masa ni aku guna api perlahan jer. 

Then, masaklah sampai bubur tu pekat.Kalau lagi pekat, lagi sedap. Lps tu siap.

Terpulang nk tambah apa2 yang logik. Ni cara aku je.




Wassalam.

18 February 2014

unexpected chicken!

Salam,

Mari aku jelaskan secara detail..kenapa dah lama aku tak update blog. Tidak ada sekelumit perasaan malas. Memang rajin. Rekod kehadiran datang kerja pun baik. Jarang aku amik cuti. Kalau tak der appointment dengan doktor. 

Aku tak sangkalah kerana perkara yang berlaku ni, aku ada dapat satu sindrom. Sindrom ni bahaya. Ni semua jangkitan dari KAKAK aku. 

Oklah..nama sindrom tu :: *&$$%K*%$O*&R#$E%$A FEELING!!

Kalau tak dapat tangkap tak per. Bleh baca banyak kali. Kikiki.

Ok, kali ni resepi update. Dah lama ada dalam draf. Kali ni baru sempat aku buat ceritanya. 


Tara.........ayam yang tidak aku jangka akhirnya jadi cam ni.



Korang janganlah pelik. Lauk ayam ni adalah basic masak kicap. Masa aku nk letak kicap. Adoiii..masa tu lah nk abis!!...

Oleh sebab malas nk tunggu En Suami ke kedai, aku oleh sket. Aku tambah black paper dan white paper. Hah, amik ko. Aku tambah gula. Tambahkan kuah. Siap.

Basic masak kicap korang tau kan. Ni memang lauk yang asas masak kicap. Siap ada kentang tau. Tapi, tak der rezeki buat masak kicap. 

Macam biasa, makan dengan nasi panas memang syok sangatlah. Korang nk try, buatlah. Aku nk kreatif lebih tak dapat. Sebab basic masak kicap tu memang rasanya sama jer. Haha, ni mana yang jadilah. Janji tak masin ok!

** Korang paham tak ayat sindrom kat atas tu. Sindrom cerita KOREA lah. Bukan K-POP Ok!!! 

K-POP aku tak layan lah. Aku layan drama dia jer. Satu lagi yang aku gila sekarang...RUNNING MAN!!!

Aku layan waktu rehat jer. Tak ganggu waktu kerja. Jadi, taklah ganggu ibadah kerja aku.

Yang satu lagi tu. Appointment doctor tu. Aku jumpa doc untuk Fisioterapi. Aku dulu pernah kemalangan. Bahu sebelah kiri sakit sangat. Tak patah. Jadi kene refer dgn unit Fisio untuk diperbaiki. Bg yang lelaki, doctor Unit Fisio Hospital Banting cun-cun!!
 

Wassalam.