Salam,
Hadir idea tak ku sangka,
Hadir hujan tak ku bajet,
Perkataan klasik sangat seni,
seni aku seni biasa,
bukan macam seniman,
bukan macam Yuna,
bukan macam Saiful Nang.
Lauk masakan tetap ada,
cuma idea gila tiba2 nak menjelma.
Satu masa ,
bila baca balik,
aku nk gelak,
aku nk senyum,
aku sayang kenangan,
aku sayang masa lalu.
Masa ini,
mungkin biasa.
Lauk pun macam tak hebat,
Tapi bila dah jadi klasik,
Pandang tempe boleh gelak.
Harganya sangat tinggi,
macam subsidi dipotong mendadak.
tak mampu nk halang klasik...
Klasik bukan sekarang,
Klasik tu masa akan datang.
Aku suka..
Wassalam.
12 December 2013
20 September 2013
Bab Sembang 2 : Cerita Tempat Kerja Baru
Salam,
Smpai sini dulu entry kali ni.
Daaa...
Wassalam.
Hah, ada ke yang tunggu cerita aku. Wakaka...melampau perasaan yang perasan tu. Ok...tak kisahlah..kalau ada..yeee...ni lah akhirnya. Penantian dah sampai penamatnya.
Jumaat yang bagi aku sangat tenang di ofis. Sebabnya ofis kosong. Aku lebih suka abiskan masa depan pc. Buatlah apa yang patut. Tenang dan bahagia.
Bulan Syawal 1 post aku tak buatkan. Tak der idea apa nk diupdate kan. Serius. Kamera dengan bahagia terperap dalam beg. Menu masak plak memang tak sempat nk amik. Padahal banyak dah lauk ciptaan aku buat. Sedap lah kot. Tapi maaf..tak sempat nak amik. Lepas ni aku bagi komitmen yang lebih yer. (Piiiraaahhh...tak bleh pakai komitmen tu!!!)
Ok, kali ni nk bagi ceria sikit...aku bagi cerita ofis baru aku. Memang sangat berbeza dengan tempat kerja lama. Air-Corn tak boleh dikawal dah. Tak de lah nk gaduh dengan ofismate dah. Lega!!
Ok, gambar atas ni lah tempat aku berhempas pulas mencari rezeki. Tempat ni saja aku amik gambar pc jer. Hahaha..tempat aku kalau nk bergoogle kene pandang-pandang. Sebabnya laluan lalu lintas semua orang yang nk ke jamban ohhh tandas. Oklah tu kan, janji tempat aku kemas.
Ni pulak antara yang ada dekat sekitar meja aku. Phone mmg ada. Kuat sangat deringannya. Ohhh skema!. Aku cari button nk perlahankan...tak jumpa plak. Ke aku yang tak nampak. Nanti akan aku usahakan balik. Nota-nota tu aku tampal. Sebab aku kan baru belajar. Jadi kene banyak nota-nota macam tu. Nota last tu dari insan bertuah di ofis lama. Nasib baik aku perasan nota tu. Suka-suka selit kat mana-mana.
Ni adalah bos-bos aku. No 1 tu bos jabatan. Ketua Jabatan Bendahari lah tu. Aku pernah sekali selisih dgn dia. Aku bagi salam. Tapi nama dia aku sebut nama Pendaftar. Dia pun angguk jer. Kikiki.
No 2 tu Naib Canselor USIM. Boleh jumpa dia dalam surat khabar. Banyak lagi gambar dia yang lebih jelas. Oklah jugak. Kalau tengok dia kompom tak kenal lagi. Tapi pendapat aku. Dia sangat ok dalam bab kerja. Bab bergurau pun ok.
No 3 tu lah bos Unit aku. Setakat ni memang ok!
Ni dekat dewan besar tertutup Nilai. Pertama kali jugak masuk dewan ni. Besar sangat. Sebab tu aku rasa masa majlis hari raya ni, tak ramai staff yang datang. Padahal dewan ni besar. Kot lah. Kalau betul tak ramai..aku no komen!!
Masa ni aku saja selit-selit nak amik gambar gak. Padahal kamera aku kecik jer. Tapi ok apa. Ada gak aku amik. Ni antara pegawai-pegawai di jabatan aku. Dari belah kiri jer. Belah kanan tu ada yang staff biasa. Tak termasuk bos sederhana besar aku tu.
Korang tengok. Bahagia tak gerai aku. Kikiki...oklah..dari tak der. Aku takut entry ni dibaca atau ter dibacai oleh salah sorang staff jabatan aku. Mana tau diaorang google. Mati aku.Kikiki. Mungkin boleh diperbaiki atau macam tu gak untuk masa akan datang. Kikiki.
Korang tengok sebelah tu. Tu gerai Jabatan akak aku. Kelassssssssssssss kau Jah!. Saja aku tak letak anak panah. Biar tak perasan sangat. Kikiki.
Ni lah barangan atau produk yang ada dekat gerai Jabatan aku. Kira oklah. Dapat stok yang senang nk di sediakan. Meriah jugak. Aku lupa nk amil gambar koktel sekali. Aku pun tak rasa sebab masa aku amik tu tak sejuk. Kurang mantap kalau makan tak sejuk kan..
Jadi, setakat ni yang dapat aku kongsikan dulu. Insyaallah akan datang, kalau aku ada amik gambar lebih menarik, aku akan kongsikan lagi.
Setakat ni aku masih lagi belajar tuk paham semua perkara yang membabitkan kerja-kerja aku. Kene cepat paham dan kene ingat. Aku ni kan cepat lupa. Sebab tu nota-nota banyak aku tampal. Biar selalu ingat.
Aku tak der lagi kawan rapat. Hahaha...semua kawan aku dari stok kawan akak aku. Kikikki. Tak per, aku masih lagi baru. Taklah aku risau mana pun. Insyaallah aku masih lagi bleh gerak sendiri. Aku tgk pun, yang ada semua orang lama. Semua dah ada geng sendiri.
Tak per...brapa kali tak per ni. Aku masih ok. Kawan dengan semua. Tak rugiiii kan.
Smpai sini dulu entry kali ni.
Daaa...
Wassalam.
06 August 2013
Selamat Hari Raya - akhir2 Ramadhan
Salam,
Kejap jer masa berjalan, bergerak! Tau-tau ramadhan tahun ni nak abis dah. Sedih kan. Bagi yang tak sabar nk sambut raya, mmg rasa lambat.
Apapun, dikesempatan ini, khas di blog ni aku nk:
Mohon ampun maaf andai ada tersalah bahasa, terasa atau apa jua bentuk yang telah menjentik perasaan orang yang membaca.
Tujuan asal blog ni bukan untuk mengutuk sapa-sapa, hanya berkongsi menu lauk pauk dan sedikit cerita aku yang bosan klo baca banyak kali, Insya Allah akan aku kekalkan.
Aku maafkan semua salah silap yang buat aku terasa pulak. Yang ni secara langsunglah. Untuk sahabat dan kawan2 akulah khasnya.
Semoga kita bertemu balik dengan Ramadhan 1435H. Insya Allah.
Jumpa lagi lepas raya.
Jauhkan gajet korang masa raya. Raikan hari raya dengan face to face dengan sudara mara. Bukan face to phone. Aku serius nyampah. Sebab gaya mcm tak hormat dengan orang yang kita nk borak tu.
Ok.
Wassalam.
19 July 2013
Bila Hati tu Rasa Nak Jadi Penyanyi
Salam,
Masa dalam kereta g kerja, dengar satu lagu. 'Dia' lagu oleh Fauziah Latiff. Ada cerita hebat tau tak!!
Masa ni sekolah rendah. Macam yang pernah aku citer sebelum ni, aku aktif dengan sukan. Tu point tu ok.
Dibuatnya lah satu hari. Ada satu program anjuran pihak sekolah. Diwar-warkan kepada semua pelajar. Aku pun tertarik ok!
PERTANDINGAN MENYANYI SOLO DAN BERKUMPULAN
Aku cuma ingat solo. Kalau berkumpulan tu adalah kot. Hah, masa ni hati dah teruja nk mencuba. Point kedua. Hati terrrruja.
Bila baca syarat penyertaan, aku memang layak. Tak de masalah dengan surat beranak pun. Tapi ada 1 perkara yang aku pikir dua kali. Ada pulak yuran penyertaan. RM 0.50. Korang imagine masa zaman sekolah tu. Dalam tahun 1995-1996.
Hari2 abah aku bagi belanja. Hari2 jugaklah aku beli nasi lemak sepinggan dengan duit tu. Mesti beli lah. Bukan aku jer, semua beli. Sebab rasanya kat kantin tu ada nasi lemak jer kot. Hahaha.
Kalau aku guna byr yuran, aku tak de duit makan tau. Mana nak dapat hasil lagi selain dari yang abah aku bagi. Tapi, Allah tu bagi jalan jugak. Hari yang ada audition tu, aruah mak buat sarapan bee hoon goreng. Aku pun bawaklah bekal.
Jadinya, aku ada bajet tuk bayar yuran menyanyi tu. Masa ni hati masih lagi 50/50. Sebab 1 hari aku tak dapat nasi lemak. :(
Akhirnya aku daftar jugak.
Sampailah nama aku dipanggil tuk saringan pertama. (Kat sinilah pemusnah segalanya)
Cikgu Norlinda. Cikgu bola jaring gak. Aku rasa dia pun terkejut aku daftar. Yelah, selama ni dok tau aku berlari-lari atas padang, tiba2 nak pulak pegang microphone.
Ohhhh..hati aku dah cuak. Aku pun pergilah bilik yang dijanjikan. Masuk jer, aku rasa nk keluar balik. Tapi pikir dah bayar, aku masuk jer.
Ok, Yani dah sedia. Tanya cikgu Linda. Aku jawab ok.
Dia bukaklah lagu pilihan aku tu.
Cikgu Linda dah angguk2 tu. Tandanya aku dah kene masuk lah. Mula nyanyi.
Tapi aku SENYAP!!!
Pasal apa?
Sebab depan aku ngan cikgu Linda, ada 1 KELAS BUDAK DARJAH 6 TENGAH PANDANG AKU NAK NYANYI!!!. Apa kes ada budak lain cikgu Linda panggil aku. Tak aci tau!!
Wallaaaawweeehhhhhhhh...sedih tul nasih aku.
Cikgu Linda bagi peluang kedua. Aku cakap tak per. Aku keluar terus.
Budak2 tu yang pandang aku tu, majoriti besar budak kampung aku. Kawan sepupu aku lagi plak. Hah, memang masaklah aku kene gelak. Anak Wak Badai nak jadi penyanyi.
Hahahaha...
Sejak peristiwa tu, aku tak pernah bazirkan duit RM 0.50 aku tuk buat benda2 tak berfaedah. Aku abiskan tuk nasi lemak jer.
Sampai hari ni, benda tu aku tak lupa. Sebab aku boleh pikir tuk abiskan masa dan duit untuk buat benda yang mak abah aku tak restu pun. Akhirnya aku dapat tau, geng aku yang lain berjaya sampai ker Final. Serius. Aku ingat sangat, Nurul Nadia dengan Noor Hazlizawati. Budak 2 orang ni berjaya ker Final. Tak ingat sapa yang menang.
Masa tu aku cuma pikir, masa diaorang kene saringan pertama ada ker tak budak2 kelas lain. Tapi aku tak pernah tanya. Aku simpan dan pendam sampailah sekarang ni.
Syukur sangat2 bila dah tua mcam ni, aku tak dikurniakan bakat menyanyi tu. Allah beri jalan lebih baik. Dua orang kawan aku tu pun tak jadi penyanyi. Sorang Pegawai Kerajaan, sorang lagi Cikgu rasanya.
Kakak dengan adik aku pun tak tau aku daftar pertandingan ni. Kalau tau mau mak aku pun tau. Hahaha :)
Ada lagi 1 acara aku try. Cikgu Linda buat selection sapa nk jadi penari
sekolah. PENARI ok. Lebih kurang lah seninya dengan PENYANYI tu.
Kompom aku tak terpilih. Sebab jari jemari aku cuma sesuai dengan bola
jaring jer!!
Dan aku tak lupa gak, aku masuk pertandingan deklamasi sajak. Hah, ni aku berjaya bersajak dengan baik. Aku tak ingat menang ker tak. Tapi budak yang menang tu, Ery Nazri. Semua tak sangka dia ada bakat bersajak.
Oklah, tu jer aku nk sembang. Aku tak nak lupa perkara indah2 ni. Sebab, 1 masa aku baca blog ni, aku nak gelak sendiri.
Wassalam.
Resepi Udang Ketak
Salam,
Masih dalam mood ramadan. Korang masak???
Aku adalah pembeli tegar makanan dekat bazar ramadan. Bukan sekarang jer. Tapi dari dulu lagi. Sebabnya, aku dan family adalah penjual tegar di bazar ramadan. Hahaha..:)
Memang dari kecik family aku berniaga. Sampailah sekarang ni. Abah aku masih berniaga. Tapi taklah dalam skala yang besar. Cukup tuk tampung belanja makan hari2. Kalau teringin nk makan apa2...insyaallah...mampulah nak membelinya.
Ok, kali ni resepi Udang Ketak. Pertama kali aku tengok udang ni dekat blog Azlita Masam Manis. Dia pernah masak udang ketak ni. Memang aku tak pernah tau pun ada udang jenis yang mcm ni.
Masa pandang dah nampak unik, tapi masa korang pegang lagi lah syokkkk!. Bagi korang yang jenis penggeli...aku ada 20% lah kot. Memang terasa. Masa siang udang ni, korang kene pegang. Masa tulah...urat2 dalam badan penggeli ni teransang. Hahah...serius!!
Aku beli dekat pasar malam tempat aku. Elok2 mata aku terpandang udang ni, terus beli. Nak try lah kan. Aku tak google cara nak siang pun. En Suami kata, gunting duri2 tajam. Aku pun buatlah.
Pastu dok pikir nak masak apa. Aku pikir sama lah kot mcm udang klo nk masak. En Suami kata masak 3 rasa. Aku rasa pun ok. Tapi taklah betul 3 rasa. Aku masak, udang ketak masak 3 cili. Wahahaha...suka2 lah kan. Resepi ni tak ikut mana2. Campak2 jer.
Ok, kali ni aku rajin sikit. Aku try igtkan balik apa yg aku letak tuk lauk udang ni ok!!
Resepi Udang Ketak:
- Udang Ketak - dah tentu kene ada! Korang goreng dulu. Masa masukkan tu, api biar betul2 panas. Lepas tu baru perlahankan api.
- Cili boh - aku blend sendiri
- Bawang besar - 1 biji
- Bawang putih - 4 ulas
- Serai - 1 batang dititik
- Totamo - setengah biji di potong dadu
- Cili api - potong bulat2 sederhana halus
- Cili Sos - lebih kurang 3 sudu besar
- Sos tiram - 2 sudu
- Gula - 1 sudu
- Air
- Garam
- Ajinamoto - penambah kebotakan. Hahaha. Guna sikit jer :)
- Lobak - potong dadu
- Halian - potong halus. Korang agak2 lah yer.
- Lupa! Sos Tomato - 2 sudu
Cara buat:
Tumis semua bahan kat atas tu. Yer..tumis semua. Tapi ikutlah tertib sikit kan. Masuk bawang pastu cili. Lobak dan seterusnya lah. Bila sambal semua dah masak. Masukkanlah udang yang dah siap bergoreng td. Rasa dulu. Baru matikan api. Siap.
Korang makanlah dgn tangan. Jangan dengan sudu. Pastu, pastikan dua belah tangan dah dibasuh. Sebab, gerenti korang kene guna 2 tangan untuk kopek udang ni.
Kesimpulannya. Udang ni memang sedap. Kopek udang tu baik2. Bagi jaga isi dalam. Lepas tu. Ngap dengan nasi panas. Memang sedap!!!
Kalau dah sejuk. kureng sedaplah.
Wassalam.
15 July 2013
Ramadan + Mengantuk
Salam,
Aku postponed lagi entry lauk. Dah ada 2 lauk aku terpaksa tunda. Tu tak per. Lauk tu takkan lari. Ada jer nanti aku sematkan dalam blog ni.
![]() |
| Menguap = Mengantuk (Ihsan Google) |
Aku mengantuk yang teramat sangat bermula Ramadan hari tu. Hari pertama aku cuti. Tak kerja. Hari kedua dan ketiga. Memang mengantuk sangat. Khamis lepas, Ramadan ke 2 lagilah. Aku tak bleh nk buat apa. Memang nk pejammmmmmmmmmmmmm jer mata ni.
Bila aku kaji sikit...sebab aku makan ubat. Ubat Gastrik aku. Aku tak nak sakit teruk masa puasa. Aku makan lepas sahur. Effectnya masa dekat ofislah. Teramat-amat mengantuk. Aku sendiri tak bleh kawal. Aku tak tau berapa ramai tengok aku tersengguk-sengguk.
Dalam perjalanan pergi kerja pun sama. Aku dah mula mengantuk bila sampai area Olak Lempit. Terpaksa tukar radio. Bukak Hotfm. Kalau aku pasang Ikimfm memang melayang dah aku tido. Bukak kuat2. Tp still ngantuk.
Sampai satu masa...kereta depan aku terbabas ke bahu jalan. Gila terkejut aku. Masa tu aku dah tak ngantuk. Sebab takut aku pulak yang kene. Pemandu tu selamat. Siap angkat tangan tanda dia dah tak tido. Kikiki :)
Aku ada google kenapa mengantuk masa Ramadan:
Pertama sekali mindset!!. Yeke?...aku bleh kata..anugerah ilahi. Hahaha
Kedua mungkin kurang tido
Ketiga mungkin kurang glokosa. Ni aku amik dari sini
Keempat mungkin tak fokus. Ramadan bukan bulan untuk semua mengantuk. Diri sendiri yang kene pastikan otak dan semua organ badan dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, pandai2 jaga diri. Jangan jadikan Ramadan tu alasan.
Untuk diri aku, sedarlah...jangan tido!!
Ohhh lupa...kurangnya skop kerja yang baik juga buatkan aku mengantuk ok!
Sebelum ni kerja dekat private sector..aku tak pernah mengantuk!
Jadi..nilailah. Apa sebab diri sendiri mengantuk.
Aku terpaksa post entry ni, untuk hilangkan mengantuk. Kikiki.
05 July 2013
Ramadan datang lagi!
Salam,
Aku postponed dulu enrty lauk. Sebab mood aku sekarang dah masuk zon paling indah dalam bulan-bulan islam.
Yeeeeeee....Ramadan!
Syukur Ya Allah, aku dapat jumpa balik ramadan 1434H kali ni. Allah masih lagi beri peluang untuk aku sambut dan buat sebanyak mana amalan yang boleh dalam bulan rahmat ni.
Jadi, kat bawah ni aku bagi checklist untuk kita buat masa ramadan secara daily basic. Taklah berdasarkan ni jer. Tapi kira ingatan lah jugak tuk diri aku. Aku siap google tuk cari point2 ni dan share ngan korang.
Yang ni pun sama. Sebab yang korang semua tahu, ramadan bulan paling tenang. Kalau korang tak rasa, aku pun tak tau nk cakap apa. Bagi aku, ramadanlah bulan yang paling aku tunggu.
Allah berikan rezeki berlipat kali ganda untuk semua umatnya. Tinggal kita ni saja yang perlu tau macam mana nak pastikan dapat rezeki lebih, syukur lebih dan ibadah pun lebih.
Kalau ikut date aku post ni, cuma tinggal 4 hari jer lagi. Aku kira dari sabtu tau. Jadi, semoga kita dapat keberkatan yang banyak dalam ramadan kali ni. Anggap jerlah ini ramadan kita yang terakhir dan buat sehabis baik.
Kat bawah ni, aku google jugak. Tapi bukan 60% lagi. Dah 96% aku rasa. Tak sabar ok!!
Insyaallah ramadan kali ni, kali ke2 aku puasa dan berbuka dengan En. Suami. Pada yang sambut kali pertama dengan suami, pandai bahagikan masa. Bulan ramadan masa siang hari janganlah dok pakai baju yang seksi meksi. Kikkik.
Oklah, amik masa sikit jer untuk post kali ni. Aku nk wish selamat bersahur dan berpuasa. Sentiasa pastikan diri bersabar dalam apa jua keadaan. Semoga puasa kali ni lebih bermakna dari sebelumnya.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















