30 September 2011

Order !!

Salam,

Errrmmmmm...aku rasa macam bahgia sangat-sangat...sebabnya..aku tak sedih lah..heeeeeee..Ni yang nk story ni..tapi taklah hot-hot pun.....suam-suam kuku jer kot. 

Ok, kali ni aku update sikit pasal 2 jenis apam yang aku buat ni. Yang pertama apam polkadot. perrrrrrhhhhhh..akhirnya dengan izin Allah aku dapat juga dan berjaya hasilkan polkadot ni. Bangga gila..tak kisah korang rasa apa..yang penting aku berjaya. Korang ada??..hehe....Ini kali kedua yang aku buat sendiri. Aku amik resepi dari Kak Azlita dari blog die Masam Manis. Korang amik jer dari sana ok. Kalau tak dapat jugak, cari aku lah yer.

Alkisahnya dua jenis apam ni dibuat khas untuk Bibik tersayang aku. Die order mafin sebenarnya. Tapi aku dah bosan buat mafin coklat. So, aku buatkan jer 2 jenis ni. Die nak jamu tetamu die. So, dengan bangga nya 2 jenis apam ni menjadi. Aku buat dari petang sampailah pukul 12.00 tgh malam tak siap jugak. Heee...padahal esoknya kerja tu.

warna ni aku tibai...janji ada warna yang kontra untuk dasar dan dot-dot tu...

Aku buat 1 adunan tapi dapt banyak kalau guna saiz paper cup mcm ni

Bekas aluminium ni aku baru jer beli kat 2 ply..beli 1..tu yang berejam buat tak siap-siap

Ni apam kedua. Nk kata apam tak jugak, tapi sebab kukus, jadi macam apamlah..tapi guna planta jugak.

Paling best..pecah 3..bagi aku...hasil seni terbaik...kikikiki..yg penting..makan panas-panas sedap!
Bibik aku datang jugak malam yang aku buat apam ni. Dapat jugak paman aku tengok bola dengan abah. Masa ni ada bola antara MU dengan Chelsea..yang MU menang hebat tu..heee...

So, aku tak amik order dah. Memasak ni buat badan aku pun jadi mcm apam ni. Mungkin aku stop untuk sementara bagi badan aku macam zaman form 5. hahahahaha....yakin Yani...yakin boleh blah!!!....
Wassalam...

Nota:..mula makan coco crunch jer!!

20 September 2011

Ketam Bercili & Udang

Salam, 

Salam kesibukan aku yang kerja kat ofis tak pernah habis. Banyak sebenarnya yang aku nak kongsikan. Antaranya dua lauk ni yang aku buat khas untuk geng aku masa kat Kedah. Tak lah sesedap mana, tapi aku memang jarang gila masak ketam. Mahal kot. Tapi masa aku beli, harganya lagi murah dari ikan siakap yang mahal nak mampos sekarang.

Lauk ni semua aku copy dari rancangan kat AFC Astro. Hosnya Chef Wan. Kira aku masak resepi chef Wan lah. Sebelum ni aku pernah buat. Dan alhamdulillah hasilnya best. So korang pun cubalah yer..:)

Ni hasilnya. Ketam bercili. Memang agak pedas.heeeeeee





Ni pulak udang. Aku tak pasti resepi ni.Tapi bila makan sedap jer..heheh


So, aku kepilkan resepi...korang bleh lah cuba yer:)

Fragrant Fried Prawn

Ingredients

1Kg / 2 pounds / 3 oz Fresh Prawns
Cooking Oil for deep-frying
2 Stalks Lemon Grass, finely sliced
1 Torch Ginger Bud, finely sliced
10 Bird's Eye Chilies, sliced
2 Tablespoons / 1 fl oz Tom Yam Paste
60 ml / 2 fl oz / 1/4 Cup Water
1 Teaspoon Honey
1 1/2 Tablespoons / 1 fl oz Mayonnaise
3 Kaffir Lime Leaves, finely sliced


Marinade (Blended)

1 1/2 Tablespoons / 1 fl oz Oyster Sauce
1 medium Egg, beaten
3 Tablespoons / 1 oz Corn Flour (Cornstarch)
Salt


Method

Combine the Prawns with the marinade and set aside for 15 minutes.

Deep-fry the marinated Prawns until golden brown and drain on kitchen paper. In a clean wok, heat 1 tablespoon of oil and sauté the Lemon Grass, Torch Ginger Bud, Chilies and Tom Yam Paste until fragrant.

Add the Water, Honey and Prawns. Stir well. Remove from heat and stir in the Mayonnaise. Stir in the Kaffir Lime Leaves.

Garnished with finely sliced Kaffir Lime Leaves.


Chilli Crab 

Ingredients

Cooking Oil for deep-frying
Crabs 1.2-1.5 Kg / 2 - 3 pound, halved
2 Tablespoons / 1 oz Corn Flour (Cornstarch), mixed with 60 ml 2 / fl oz 1/4 Cup water
1 Egg, beaten
1 Spring Onion (Scallion), chopped
1 Pineapple, grated


Finely Grounded Paste Ingredients:

1 1/2 Tablespoons / 8 oz Dried Chili, Powder
6 Red Chilies
6 Cloves Garlic, peeled
100 g / 3 1/2 oz Shallots, peeled
1 cm / 1/2 inch Ginger, peeled


Sauce (Blended)

3 Tablespoons / 1 1/2 fl oz Chili Sauce
2 Tablespoons / 1 oz Sugar
2 Tablespoons / 1 oz Vinegar
250 ml / 8 fl oz / 1 Cup Canned Tomato Sauce
Salt to taste


Method

Lightly coat Crabs with egg mixture and 1 Tablespoon of corn flour. Heat the oil and deep-fry the Crabs until golden. Drain and set aside. Heat 2 tablespoons oil and sauté the Finely Grounded Paste until fragrant. Stir in the sauce ingredients and bring the mixture into a boil. Cover and simmer for about 10 minutes. Gradually add the Corn Flour (Cornstarch) mixture and stir well. Add the beaten Egg. Gently stir in the fried Crabs and simmer until the sauce is cooked.

Garnish with finely sliced Spring Onion (Scallion) and serve immediately. Serve with Rice.

13 September 2011

Penat + Puas Memasak!

Salam,

Syawal masih lagi kita raikan. Alhamdulillah sangat2. Aku pun masih lagi teruskan aktiviti harian. Raya masih lagi tetap raya. Sampailah 30 Syawal.hehe. Yelah, semangat raya tetap ada. Ada jugak rumah pakcik aku yang aku tak raya lagi.Hari ni baru teringat.:)

Ok, baru-baru ni jer aku ada masak menu yang agak luar silibus lauk kat umah. Hanya untuk menyambut tetamu jauh yang agak istimewa pada Wawa. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik dan selamat pun tetamu tu sampai ke Johor balik.

Antara menu yang aku baut, udang masak lemak lemak dan siakap 3 rasa. Luar biasa ker?..tak pun. Macam selalu jugak aku buat kan.hehe. Cuma, semangat untuk penyediaannya yang istimewa. Bukan buat ala-ala campak jer ok.hehe..jom....









 







Untuk ari ni aku tak sempat bebel banyak. Korang layan dulu antara lauk2 ni. Kek tu jer yang Wawa buat.heheh.

Wassalam..

06 September 2011

Cerita Raya 2011 Episod 2

Salam,

Aku sambung balik cerita raya aku..Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Ni antara gambar yang sempat aku amik. :)

Ni mcm tradisi, antara geng aku yang sempat beraya bersama

Fara tengah mengandung..hihi





Kat umah paman abu, kenduri doa selamat. umah baru


Fariha dah penat, tp ttp ok..



Pokok pelam aruah mak tanam, tapi bibik ita yang jaga.Alhamdulillah buahnya berbuah dengan byk tahun ni

Buaian kat kampung. Bibik aku mmg rajin



Seronok dan puas beraya dekat kampung. Indah dan hijau. Syukur Ya Allah, tahun ni dapat lagi aku beraya bersama keluarga aku. Semoga umur aku dipanjangkan untuk meraikan raya pada tahun depan Amin..

Wasalam

01 September 2011

Cerita Raya 2011

Salam,

Salam mesra dari aku..kikikiki..alhamdulillah, selamat sudah ramadan berlalu dan syawal dah jugak selamat kita sambut. Nak kata seronok memang seronok, puas raya tahun ni. Tahun ni tahun terbanyak kuih raya aku buat. yang aku jual pun ada. Harap-harap sedaplah kuih yang aku jual tu. Dan dapat memuaskan hati pembeli aku.hehe :).

Hari Ahad sebelum raya, aku  dan keluarga sempat membuat punjungan. Kira tradisi keluarga kitaorang. Saat paling seronok masa rewang nak masak. Dari pagi sampai lepas asar baru siap. Kira 1 hari jugaklah. Punjungan ni aku rasa orang-orang jawa jer kot yang tau. Menu makanan terpulang pada individu. Tapi keluarga aku, tradisi tetap tradisi. Kuah kacang, nasi impit menu wajib dan yang bertukar cuma hidangan sampingan. Tahun ni aku buat masak lodeh. Kira sesuailah nk jd lontong masa makan.:) 

27 tahun hidup raya pertama aku tetap dekat Sungai Long Lang. Tak pernah berubah. Cuma sekali jer masa ada aruah embah. Macam paham-pham semua adik beradik aruah mak berkumpul dekat umah embah. Rupanya tulah kali terkhir sambut raya dengan aruah embah. Embah tu panggilan untuk nenek aku. Orang jawa, kaya dengan bahasa :) Untuk tahun ni jugak, lagilah aruah mak memang dah tak ada, kitaorang adik beradik cuba membuat suasana semeriahnya, walaupun dalam hati tak meriah.heeeeeee.


pagi raya, adik amik gambar

aksi  kitaorang untuk semua..hee abg ipar aku amik

beraya ker Batu 9, umah sedara abah

rumah bibik seha, raya umah baru ok!
Nenek Batu 9 ni, die cuma tau cakap bahasa banjar jer
gambar dekat umah bik seha, meriah rasanya
umah aruah atok, sebelah umah aku jer pun
satu lagi aksi, bergaya dengan camera abg ipar,heheh
Untuk tahun ni jugak, adik aku yang lelaki tu nk pulak beraya bersama. Sungguh tak ku sangka. Sebelum ni adik liat sikit nak ikut beraya. Alhamdulillah, mungkin tu tandanya adik aku dah matang.Haha..suka...!

Menu raya keluarga aku tahun ni agak lain sket. Tapi tiap-tiap tahun mmg lain pun. Menu raya tahun ni, nasi jagung, ayam kashir dengan kuah dal. Tambahan lagi satu, udang sambal. Untuk menu tu, lepas ni lah aku update yer. Resepi semua aku dapat dari blog lah. Pilih jer nak lauk apa semua ada. Mudah dah sekarang. Pagi raya aku lupa cara nak buat kuah dal tu, apa lagi aku suruh adik aku google lah.heeeeee. Zaman sekarang makin mudah kan.

Oklah, penat sudah membebel, aku dikesempatan ini nak ucapkan selamat berhari raya yer. Puaskan raya anda tahun ni. Mungkin kita tak tau tahun depan ada lagi tak kita dapat berya.

Wassalam.

Nota: Aku tetap rindu mak..