Salam,
Post kali ini mungkin panjang melarut. Sila teruskan pembacaan jika mampu :)
Ok, topik kali ni aku nak cerita sikit kenapa aku ada temujanji dengan doktor. Aku ada pernah tulis sebelum ni. Aku ada temujanji kan. Ini huraiannya.
Bukan doktor sakit jiwa, bukan bidan tapi doktor dalam bidang physiotherapy.
Alkisahnya begini.
Tahun 2006 (tak sure bulan bila, tapi masih pakai motor lama-Modenas Kriss)
Masa ni aku kerja dekat Banting Palm Oil Mill Sdn Bhd (BPOM). Alamat ofis pun masih dekat alamat lama. Depan SRJK (C) Chong Hwa. Masuk kerja pukul 9.00 pagi. Oleh sebab tu, aku banyak sangat masa waktu pagi. So, hari kejadian aku decide nak g bank. Stok dalam wallet dah abis.
Kelajuan biasa. Motor kris berjalan baik. Cuaca pun cerah. Terik matahari masih tak rasa pun. Hujan tak turun pagi tu.
Tiba-tiba.
Srreeettttttttttttttt....gedebuk!! Of cozz yang jatuh tu aku.
Aku memang brek mengejut. Tapi tak bunyi macam tu. Acah je lebih ayat atas tu. Ringkasnya macam ni.
2 minit sebelum aku jatuh.
Orang Banting boleh agak tempat ni. Orang daerah lain. Boleh ke kawasan kejadian untuk lebih feel ok. (hahaha)
Kawasan kejadian dekat kawasan bus station Banting. Depan kedai baju Hari-Hari. Dulu atas Hari-Hari ada 1 kolej swasta. BJ Automation. Area situ ada 1 jalan ke Bank Rakyat. Dan 1 jalan dari Stesen Minyak Shell. Bus Station pulak, ada satu laluan bas sahaja. Tak dibenarkan untuk buat U-turn dekat situ. Kalau selamat, mmg nasib baik.
Dan, nk dipendekkan cerita, (cerita ni taklah panjang mana pun). Ada satu kereta Unser Gold. Driver orang Cina. Dia dari Shell, terus ke jalan laluan bas, dan buat U-turn. Aku pulak, memang sampai betul-betul dekat area situ masa Cina tu buat U-turn. Aku nk jalan terus untuk ke bank lah. Tapi tak der rezeki sampai ke bank.
Ekoran dari itu, ikuti sambungannya sekarang!

Akibatnya. Aku brek, tp brek tak makan sangat. So, aku jatuh. Bahu kiri jadi mangsa. Aku terhempas tapi lebih kuat terhempas pada bahu kiri dekat badan kereta Unser tu. Korang pejam mata untuk lebih imaginasi yang 100%. (kiki)
Paham cerita ini??
Boleh mula balik kalau tak paham. (kiki)
Aku terus terduduk dekat tengah jalan tu. Tak tau apa aku buat. Masa tu cuma diam. Cina tu keluar kereta. Tanya ada baik ka??
Nasib aku cuma baik sikit bila budak-budak BJ Automation tu datang tuk bagi pertolongan. Of cozz budak melayu. Masa ni ada kaitan kaum gak. Janji melayu!!.
Aku diam, yang banyak cakap, cuma budak-budak BJ tu. Dia lah yang cakap Cina tu kene bayar ganti rugi. Diaorang jugak yang sedarkan aku. Suruh duduk tepi jalan pulak. Bukan tengah jalan.
Ok, aku ok sebenarnya. Tak berdarah pun. Tapi macam truma. Tak pernah kena kan.
Lepas tu, ada lah lagi hamba Allah, aku kenal, tapi tak tau nama. Dia cakap aku anak buah dia. Huh, lagilah Cina tu kecut. Dia bagi duit buat g klinik, lepas tu suruh g bengkel tuk betulkan motor aku. Hurreeeeee!!
Sendiri pun tak pernah bawak moto g bengkel. Kali ni free!!
Hamba Allah tu bawak aku g klinik. Lepas tu klinik call ofis. Lepas tu aku call abh dengan En Suami. (masa ni kawan lagi)
So, dapat mc. Tangan tak patah. Cuma masih terkejut.
Tamat .
So, balik ke topik asal.
Entry ni memang panjang lah!
Entry ni memang panjang lah!
Akibt dari kemalangan tadi. Hidup aku tak terjejas apa-apa pun. Masih ada peningkatan berat badan. Makan pun selera. Seminggu je kot rasa truma. Tapi fobia lalu jalan tu, lama nak ok.
Sejak tu, bahu kiri aku tak pernah sakit. Tapi ada 2 kali, sakit ni datang. Pertama tahun 2008 dan kali ke 2 tahun 2010. Lepas tu tahun 2013 sakitnya datang sampai tak mau pergi2 lagi.
Aku buat keputusan balik Banting untuk jumpa balik nenek yang urut sebelum ni. Tapi dia tak nak urut!!
Hah, tak nak?
Dia kata sakit yang tak baik-baik ni elok direfer ke doktor. Bukan tukang urut macam dia.
Aku geram. Draf aku dah siap, tapi hilang semua. Ni kene taip balik!!. Adoiii
Aku sambung balik. Ni taip semula demi kisah klasik aku!
Jadi, akibat sakit yang amat, aku terus ke Hospital Banting. Jabatan Kecemasan terus. Sebab sakitnya menganggu emosi aku 100% ok.
Doktor minta buat x-ray. Lepas tu dia cek tangan aku ok. Tak patah atau retak. Solution dia, aku di refer ke Unit Fisioterapi. Masa ni macam pikir, oh..unit tuk orang tua. Salah sangat ok!!
Rawatan yang aku buat dekat unit fisio ni banyak. Aku dah lebih 5 kali buat rawatan. Ultrasound antara rawatan pertama. Korang boleh imagine kot, macam mana rawatan tu. Macam nk cek kandungan baby. Letak gel sejuk, pastu ada alat tu dia golek2 kat perut. Yang ni golek2 dekat bahu kiri aku. Kesan rawatan ni, aku sakit. Badan jadi lemah. Rasa nak demam. Tapi tak lama sangat. A few days only.
Ok, lepas tu aku kene buat regangan otot. Gaya macam kita nak bersukan. Kene warm up kan. Unit fisio ni ada gimnasium sendiri. Sebab rawatannya memang banyak aktiviti membabitkan bahagian mana yang kita sakit.
Hod pad, cold pad, shoulder exercise. Tu antara rawatan yang aku kene buat. Masa buat tu, aku tabah jer. Nak borak dengan pesakit lain, tak sempat. Semua hayal dengan senaman sendiri.
Paling best rawatan aku kene, urutan tangan doktor cik Fiza!. Berbisa sakit. Dia bukan urut, tapi lebih picit2, tekan2 bahu aku. Nak bagi urat yang tegang tu jadi renggang. Tapi sakitnya yang amat. Kali ke dua aku kene, tewas jugak dengan jeritan kesakitan. Serius sakit.
Tapi lepas tu, rasanya ok. Lega. Tapi nk menghadapi lega tu lah. Adoiii. Memang dugaan betul.
Doktor ada cakap, sedikit pelik sebab aku masih tak baik sepenuhnya. Masih lagi sakit. Yelah, sakit aku ni, kejap datang, kejap baik. Oleh sebab tu, doktor tu kata, mungkin kecederaan aku dah lama sangat. Sebab tu ambil masa lebih nak baik.
Aku tak boleh angkat benda berat atau bawa benda berat. Buat masa ni tak boleh. Sebab tekanan tu akan buat aku sakit. So, aku tak pakai hand beg pun. Pakai beg kecik. Pegang guna tangan kanan. Kalau tengah sakit, pegang roti guna tangan kiri pun aku rasa sakit.
Aku reda dengan semua dugaan ni. Aku anggap ni kifarah dari Allah. Sebagai hamba Allah, aku harap sangat semoga kesakitan ni, dapat diatasi dengan segera. Tapi perancangan Allah, aku tau adalah yang terbaik!.
Pada yang membaca, kalau pernah kene macam aku, elok jumpa doktor segera. Kalau nk tunggu sakit tu datang. Nanti kenelah hadap sakit nya macam aku ni. Dahlah kita perempuan. Korang bayang kalau nak pakai baju dalam. Sakit dan aku pernah tak mampu nak pakai sendiri.
Aku tak pandai nk jelaskan pasal agama. Aku tak berkemahiran dan kurang pengetahuan. Jadi aku share sedikit pasl maksud kifarah Allah. Ok, semoga bermanfaat.
Apa itu kifarah.
Aku ambil entry dan maklumat dari sini
'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.
Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'
“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
Wasalam.
Note: Hari akhir di Unit lama. Dalam proses angkut barang pindah unit baru.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak
menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun
lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu
dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan
orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai
tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan
kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah
bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
“Janganlah
kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit
itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api
menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya
besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika
Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa
yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka
baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).