31 December 2011

Babai 2011

Salam, 

Kali ni post something sekadar untuk meraikan hari terakhir 2011. Seriusnya tahun 2011 amat mencabar diri aku dan membantu aku untuk lebih matang dalam menempuh hidup sehari-hari. Banyak perkara yang berlaku telah memberi pengajaran yang berguna.

Selain tu, 2011 juga memberikan impak yang terindah dalam hidup aku. Tahun 2011 juga aku menamatkan status sebagai single dan bertukar kepada tunang orang. Memang begitu bermakna. Penat lelah bercinta, amin sangat-sangat disudahi dengan ikatan yang akan merapatkan lagi perasaan sayang tu. Tu sambung 2012 karang ok. Hehe..:)

Apa lagi..hubungan persahabatan aku yang tak pernah putus dengan kawan baik aku. Dari sekolah rendah..sampailah dah masuk era kerja cari makan. Smpai sekarang masih dilimpahi rahmah mu Ya Allah. Semoga hubungan kami sentiasa erat. Walau jauh beribu batu. Amat istimewa aku tujukan buat:-

  • Norazlina Binti Mohd Damin
  • Nurul Nadia Binti Darindi
  • Siti Nor Hazliza Binti Rosli
  • Mahyudi Bin Mahmud
  • Ikmal Bin Dol Bahri
  • Herwan Bin ...................lupa lah wa :)
  • Farrah Suhada Binti............................lupa lah Farah :)
Mereka-mereka ini telah mengindahkan zaman dewasa aku. Tak lupa buat insan baru yang sangat comel :-
  •  Ammar Harith Bin Shakil Yazen
Memang serius..comel...sebiji mak die. Hehe...

Dan seorang teman baik yang tidak pernah aku lupa:-
  • Noor Hasyiah Binti Mohamad (serius..minta maaf kalau salah eja nama )

Selain tu...blog ini jugak yang memberi impak terbaik. Selepas semua perancangan aku buat..alhamdulillah...tercapai jugak apa yang aku nak. Walaupun lambat...tapi amat bermakna bagi aku. Segalanya mungkin akan aku dedahkan disini. Insyaallah..2012 nanti aku sajikan makanan yang lebih baik dan hebat. (cehhh....hebat sangat ker..). ;0

Apapun...2011 melabuhkkan tirai...akan muncul 2012..Semoga semuanya berjalan dengan baik Insyallah...

Akhir sekali..ampun dan maaf untuk semua salah silap aku...atau terkurang / terlebih kata, Diri ini hanya manusia biasa yang kadang-kadang lalai dan khilaf.

Smpai jumpa lagi di tahun 2012.

Wassalam :)

24 December 2011

Tempe Sambal

Salam,

Musim hujan sekarang ni. Kira macam salji turunlah untuk musim Krismas tahun ni...ahakss...Asal petang jer..aku balik kerja..mesti kene hujan. Macam dah lali dengan air hujan. Kadang-kadang tu hujan-hujan pun aku tetap pergi Econsave beli barang. Wahaha...;))

Kali ni aku update lauk yang sedap banget deh...hah..apelah bahasa aku ni. Ok2..tukar...ni antara lauk yang paling aku suka. Tempe...tak kira tempe goreng..tempe masak lemak...tempe pedas...tempe sambal...semua aku suka.

Tapi selalunya aku buat tempe sambal. Nak kata leceh tak jugak. Kebiasaannya tempe ni kene goreng dulu..dan jugak..selalunya orang buat tambah kentang ker..ikan bilis ker...atau kacang tanah. Tapi aku suka tempe sahaja. :)




Ok, 1 lagi yang aku suka..sambal utk tempe ni..manis sedikit lah dari sambal lain...lepas tu..aku suka sambal yang basah-basah macam ni. Kira aku masak ikut selera lah. Selera orang lain..aku tak kisah pun..heeee:)

Resepi???...tak payah kot...kalau nk...masak sambal macam biasa..lepas tu..tempe yang dah siap di goreng...masukkan lepas sambal masak...Lepas tu siap!..

Sekian


Wassalam.


Nota: selamat tahun baru ;)

23 December 2011

Planner 2012

Salam,


Wahhhhhh..tinggal berapa hari jer lagi..2011 tutup tirai...ala..ayat dah biasalahkan...ok..tukar ayat baru :)

Alhamdulillah..syukur ya Allah..Kau masih berikan lagi nafas untuk aku meneruskan perjuangan di bumi yang hanya sementara ini.(tp macam biasa jugak kan)

Ok..untuk Planner 2012..aku ada beberapa wish list yang masih pending untuk dibuat. Ada beberapa lah...tp untuk di paparkan..aku bagi wish list untuk kategori makanan..hahha :)

Ini senarai makanan yang aku nak sangat buat tapi tak tercapai. Yelah..angan-angan dalam kepala jer..tp tak dicuba. Mana nk dicapai kan.

  1. Beef Wellington - aku terpesona..aku nk buat sangat. Sebab dalam Junior Master Chef Australia...ada seorang peserta buat. under age. so, aku rasa..aku pun bleh buat ;)
  2. Macarons - aku pernah beli. Serius tak sedap. Tapi aku rasa..tu bukan rasa yang sebenar..yg pasti..aku ttp nak buat! 
  3. Kek Indulgence - aku nk buat sebab...aku nk rasa:)
  4. Roti - banyak blog aku tgk..dah banyak yang buat roti. Kompom aku pun nak:)
Ok, tu antara wish list yg aku nk buat. Ada lagi..tp ini antara yang agak mencabar lah nk dibuat.

Ni pulak..wish list makanan yang aku nk makan. Dalam erti kata lain..selama ni aku tak pernah nk makan pun makanan ni. Sebab tak suka.:(

  1. Laksa - wahahah..smpai dah umur sekarang ni. Aku tak pernah makan laksa..mungkinkah tahun 2012?
  2. Air Jagung - air yang menarik..tapi aku tak pernah minum.
  3. Tempoyak - aku tak nak letak tau, tapi..aku harap..aku akan mula makan..:)
  4. Sambal belacan - ni mcm pakej dengan tempoyaklah. Ni mungkin lg baik dari tempoyak kot.
Ada banyak lagi..tapi mcm org kata..ni yang sepatutnya orang kampung suka. Tapi tekak aku..mmg tak pernah nk mencuba. Apa pun..korang doakanlah aku bleh makan. Tapi aku bukan jenis yang banyak songeh pasal makanan. Tapi kalau ada makanan yang tak suka ditelan...takkan nk paksa kan..

Macam dulu..aku tak suka sangat dengan tomyam. Kerana rasa yang masam. Tapi ntah mcm mana 1 hari..aku cuba. Not bad sebenarnya. Sekarang..tomyam tu dah jadi salah 1 makanan yang aku suka suki sangat!.

Apapun..aku harap..tahun 2012 memberi makna yang besar dalam hidup aku. Ada perancangan besar yang harap tiada masalah untuk di jalankan. Semua dalam perancangan...dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Sekian..


Wassalam.


Nota: selamat tahun baru ;)




21 December 2011

Macaroni Bakar

Salam,

Kali ni aku update menu paling cepat pernah aku buat. Biasalah..balik keje perut dah berbunyi lapar...dlm kepala otak..dah plan nk buat apa. Taraaaaaa.....

Bunyi mcm hebat..tp tak sebenarnya. Dah lama aku nk buat macaroni bakar ni. Banyak blog aku tgk..baru terjumpa satu blog yg menarik gambarnya. Ikut gambar kan...kalau cantik..nampak sedap..kikiki :)

Ok, yg aku masak ni..tak sedap sangat...(mcm biasa..utk kamus hidup aku)..sbb..tak tau..biasalah..bila mkn dengan cheese..baru sedap. :)





Apapun..untuk resepi..korang g cek dekat sini sebab nampak sedap. Kalau tgk yg aku masak..korang tak der selera nk buat plak..heeeeeeee :) 

Sekian :)
Wassalam.

Nota: entry akan datang...:))


16 December 2011

Sardin!!

Salam,

Ok, resepi kali ni...aku gerenti..semua bleh masak. Cuma lain orang lain cara. Macam cara aku gak. Kalau ikut aku...aku cuma masak sardin ada 1 cara jer. Sampailah aku jumpa member aku buat sardin kari. Hah...bleh masak kari???..

Memang ada. Aku pernah masak. Tapi..tak laku kat umah. Adik aku siap tanyer lauk apa aku masak. Lepas tu taubat aku masak kari sardin. Sebab tak pernah makan dari kecik pun.:)
 

aku tak guna ayam brand..mahal sangat kot :)



yang aku masak tak pedas pun...mcm biasa..abah aku kan tak makan pedas..:)

Masa aku kecik lagi..aku dah belajar masak sardin. Cara dulu-dulu..abah aku yang ajar masak sardin ni. Bawang merah dan putih..halia dan serai. Tu basic aku guna sampai sekarang.

Cuma..abah aku ajar...semua bahan asas dipotong jer. Lepas tu..tumis...pastu masukkan sardin...lepas tu perahkan asam limau. Sebab nak bagi hilang bau hanyir sardin.

Lepas siap...kuah sardin 1 mangkuk besar.:)...sebab kitaorang makan suka berkuah. Tp zaman berubah..termasuk cara aku masak sardin. Dah tak guna asam limau. :*

Sekarang aku masak..semua bahan utama..aku tumbuk..tambah lagi cili padi..bagi mantap pedas. Sebab aku baru tau..sardin ni masak pedas baru ummmppphhh!. Lepas tu tumis...serai aku ketuk jer..bila dah wangi masukkan cili boh.

Masak sampai cili masak..masukkan pulak sardin. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Hah..nk bagi balance semua rasa. Lepas tu..tak payah tambah air banyak. Masak sardin pekat2 lagi sedap! (utk kamus hidup aku jer).


Hah...masak sardin pun bleh berubah kan.:)..oh yer..cara masak yang baru ni..bibik Ita aku ajar.:)

Lagi 1 pasal sardin yang aku tak pernah lupa. Masa sek menengah. Form 2 kot..aku ada perkhemahan badan beruniform kat sekolah. Adalah 1 pertandingan memasak. Kumpulan aku menang sebab masak sardin jer ok. Hah..yang lain masak mcam hebat..tapi tak bleh lawan sardin kumpulan aku..kiki..:)
 

So,sekianlah cerita sardin aku.


Wassalam.

Nota: lepas makan sardin..aku buat sardin roll...:)

 

15 December 2011

Ayam Goreng Kunyit

Salam,

Ok, kali ni aku update lagi antara lauk yang simple dan sedap. Sedap tu ikutlah yang masak. Haha...kalau enak..sedaplak..kan..:)

Lauk ni bukan antara lauk yang selalu aku buat. Pertama kali. Tapi lauk ni selalu di order kalau makan kat luar. Hah..padahal..senang yang amat nak buat!.

Korang tengok pun dah tau nk buat macam mana. Aku pun tak ikut mana-mana resepi. Mungkin lah ni ayam goreng kunyit. Sebab aku kaji yang orang kedai buat. Macam ni lah jugak..heeeeeee:)





Cuma 1 bagi aku kelemahan lauk ni. Setiap lauk ada kelemahan. Tu pendapat aku. Lauk ni kering. Tak der unsur air yang banyak. Jadi..elok dimakan dengan tomyam. Tak pun..korang buatlah lauk sampingan lain. Mungkin aku dah biasa..makan nasi dengan lauk yang berair yakni berkuah.

Bahan dan cara aku masak:
  • dada ayam potong dadu
  • bawang holand sebiji
  • bawang putih - 3 ulas
  • kacang panjang
  • garam
  • serbuk kunyit
Mula-mula..goreng ayam dengan serbuk kunyit. Untuk lauk ni..aku lebihkan penggunaan serbuk kunyit. Sebab tulah lauk ni ayam goreng kunyit. Masak smpai hangus separuh masak tak pun..istilah lain..jangan smpai garinglah.

Tumis macam biasa..bwang holand dan putih. Bila dah kecut..masukkan kacang panjang. Oh yer..lupa..aku masukkan sedikti sos tiram. Ok..bila rasa kacang dah lembut..masukkan ayam. Lepas rasa dah ok...maknanya dah masak. Siap!

Sekian.


Wassalam.


Mee Kari Daging

Salam,


Hah..kali ni aku nk update lagi makanan yang aku suka. Semua kat blog ni mmg makanan yang aku sukalah. Takkan aku nk masak lauk yang aku tak makan...macam laksa...jangan haraplah aku nk masak laksa yer. Sebab aku tak doyan.(suka).

Ok, kari daging ni aku masak tengah hari. Untuk lunch. Macam biasa, abah aku suruh masak kari daging..aku pun masaklah. Smapai jer petang...aku dah ternmpak mee kuning dalm peti sejuk. Apa lagi..g kedai jap..beli taugeh dengan timun. Dah cukup....rebus telur..siaplah mee kari aku :)




Sebenarnya aku dengan kari ada cerita lama. Aku suka sangat masak lauk kari yang abah aku masak. Sebab..antara banyak2 lauk yang abah aku masak..lauk kari ayam dielah yang paling sempurna aku makan. Lauk lain...sama rasa walaupun lain warna.

Dulu masa sekolah menengah..aruah mak kerja...abah jerlah yang banyak masak...balik sekolah jer..aku tengok lauk kari..kompom...2 kali aku tambah. Memang penuh pinggan aku..macam makan roti canai banjir.:)

 Kan...hebat tak..tp bila lauk lain...aku makan macam biasalah...sebab..tak setanding kari abah aku. Pergi mana-mana pun..kari abah aku tak leh dilawan...tp..dlm kamus hidup aku jer ok.:)

Oleh sebab tu..aku belajarlah masak kari abah aku..dengan cara masak sekali...yelah...alang-alang suka..apa lagi..belajarlah kan...:)

Untuk korang..aku bglah cara dan bahan untuk kari abah aku:

  • 3 sudu rempah kari ayam dan daging
  • 1mangkuk santan pekat
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji kentang
  • 2 batang serai
  • 3 ulas daun kari
  • 2cm halia
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 pcs bunga lawang
  • 2 pcs biji buah pala ( yg kecik2 tu..buah pala kan..)
  • 1 keping asam keping
 Caranya pulak:

Panaskan minyak...biasanya ...aku blender bwang merah, putih dan halia. Tumis sampai wangi..masukkan bunga lawang,asam keping, kulit kayu manis dengan buah pala. Serai sekali dan daun kari. Masukkan jugak kentang. Aku suka potong kecik2. Smpai bau, masukkan bancuhan serbuk kari.

Lepas tu masukkan ayam atau daging. Bila dah rata..masukkan 1 senduk santan pekat. Abah aku kata..biar periuk tak melekat. Kacau smapai ayam kecut. Lepas tu masukkan santan. Masukkan garam & serbuk perasa. Dan tunggulah sampai kari tu masak.

Untuk mee kari..taugeh, mee dan sayur sawi...godok dalam air panas...rebus telur...jadilah mee kari...senang jer kan :)



Wassalam.