29 June 2012

Gadis berdarah manis

Salam,

Ok, entry kali ni aku tak post makanan. Nak cerita pasal kisah pertunangan bekas staff ofis aku. Tapi aku dengan gadis manis ni masih tak boleh berpisah. Hahah..tak taulah...jiwa dah sebati kot masa kerja sama-sama dulu. Lagipun, tak rugi kot kawan sampai mati.:)

Gadis manis ni bertunang dengan pilihan hati. Bukan family yer. Tunangnya insan paling bertuah sebab akhirnya dapat jugak mengikat ikatan pertunangan. Sebab gadis manis ni baik ok! 

Aku tak berapa kenal sangat dengan tunangnya, tapi kenal banyak dengan gadis manis ni. Jadi, aku doakan yang terbaik untuk mereka berdua dan dapat menghadapi dugaan alam pertunangan ni. Memang akan ada cabaran yang mendatang. Sabar paling penting.

Apapun, yang pasti semua dugaan sebelum bertunang sebelum ni mematangkan mereka berdua ni. Dengan kematangan itulah akhirnya mereka bertunang. Amin...Jodoh tu tak kemana kalau Allah dah buka laluannya. Semuanya akan berjalan dengan baik.

Untuk Ewa...selamat bertunang ok.:). Kalau ko nak tau..sebelum akak balik, borak jap ngan mak ko. Dia dengan semangat kata.."ewa cantik sangat kan hari ni". Akak pun angguk..sebab betul..heeeeeeeee :)




Wassalam.

22 June 2012

Ikan Tenggiri Sambal

Salam,


Hah..sedihnyer lama tak update. Kali ni sungguh-sungguh nak update. Seronok dapat bebel sorang-sorang lepas tu ada pulak orang sudi baca.Hehehe..:)

Kali ni aku nk update lauk yg dah lama jugak tersimpan dalam folder gambar aku. Masih menunggu giliran nk di post. Istimewanya kali ni, ikan yang aku masak ni....khas ditangkap sendiri oleh suami aku.

Hah..korang tau apa perasaanya...best sangat-sangat makan ikan segar ni. Oh yer...suami aku memang suka turun laut kalau ada kelapangan. Naik bot. Pasang jaring..dan tarik jaring. Kalau rezeki Allah nk bagi..tak ke mana...dan dapatlah ikan tenggiri ni. Ikan yang jarang aku beli kat pasar. Sebab harganya tinggi. :)



Tapi..sayang rugi aku...ikan fresh yang aku dapat ni..tak dimasak terus. Aku simpan beberapa hari. Malas punyer cerita lah. Kuranglah rasa manis ikan segar tu.Lepas tu..aku takut nk masak apa. Sebab aku takut masak yang tak sedap. Sebab tu..aku cuma masak sambal yang simple jer ni.

Ok, kalau nk resepi tu..aku tak ikut mana-mana blogger. Masak tanpa benci jer..hehe..tiba-tiba...mentang-mentang dah ada tredmark sendiri.

Aku tumbuk semua bahan ni:

Cili - ikut suka..nk pedas atau kurang
Bawang puith
Bwang merah
Halia
Serai - titik jer
Gula
Garam
Ajinamoto

Ikan dh goreng siap2 lah yer.

Panaskan minyak...tumis sampai masak...biar cili tu masak betul2. Lepas tu...masukkan ikan. Tunggu lapar, makan dengan nasi panas. Peerrrhhhh..memang sedap lah.

So, selamat mencuba.

Wassalam.
 

04 June 2012

Naget Ayam Kali ke 2

Salam,

Wahhh...rindu nk post kat blog. Hah...abislah...lama sangat tak update. Nanti orang ingat aku dah tak aktiv. Heh..betul ker eja aktiv ni. Kikikiki :)

Ok, memang lepas kawen lama tak update. Kejar masa siapkan kerja. Kerja kat ofis banyak. Semua nk up to date. Semua nk masa tu gak. Memang pening. Tapi kerja tu ibadah. Sabar jer Nani oiii..heeeeeeeeeee.

Lepas kawen aku bukan tak masak, memang ada. Tapi tak sempat nak amik gambar. Terus makan. Sebab tu tak update apa2. Kali ni stop citer pasal citer kawen. Aku sambung bab makan. Rindu kan...:)

Macam yang pernah aku kata, aku try nak buat naget ayam balik kan. Akhirnya menjadi. Gambar ni pun aku amik dekat ofis. Stok yang aku bawak bekal. Macam biasa, resepi masih dari orang yang sama. Dari blogger Bukan Sekadar Masakan. 


Resepi ni dah beberapa kali aku buat. Kali ni, masa buat naget ni, aku termalas nk blender roti. Untuk buat serbuk roti. Klo malas patut beli jer. Tapi aku tak beli gak. Aku terus letak serbuk roti warna kuning ni gak. Jadi, macam tak berapa best. Kikikiki...tapi jgn risau.

Sebab, rasa ayam yg banyak...dan makan masa panas..wachhhaaaaaaa...sedap! Hehehhe. So..kat bawah ni resepinya dan bleh klik sini untuk refer gambar yang lebih ayu gitu. hehehe :)

 
Homemade Nugget Taufu Resepi II
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
400gram daging ayam kisar  ( ros guna jenama ramli)
250gram taufu lembut
1/2 biji telur
sedikit garam
200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.

3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.

4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.




Selamat mencuba yer!!

26 April 2012

Kisah Cinta Bab Awal

Salam,

Mood nak menulis dah ada..Cuma masa jer tak der. Sebelum korang terus kan agenda membaca cerita aku ni...nk dimaklumkan...cerita ni adalah cerita benar...kikiki...kalau dah bosan..bleh lah keluar tanpa muntah yer...hohoho :)

Sebelum ni aku dah tulis...lps kawen nk citer sket pasal En Z dan mcam mana kitaorang jumpa..bila bercintanya..bila dan kenapa...semua tu lah aku nk citer.

Tapi masih ditapislah..tak semua kot nk cerita..malu kikikiki :)

Tahun 1999 - tahun ni tahun aku nk PMR...form 3. Masa nilah aku kenal ngan En Z. Masa ni jugak aku masih kurus...hahaha...

Kitaorang kenal dalam bulan 7. Alkisahnya...akak aku pergi satu program sekolah. Tak ingat dekat mana. Lepas die balik umah tu...ada orang call nak kenal dengan akak aku. Tapi akak aku tak layan. Bukan En Z yang usha akak aku..tapi kawan die.

Ntah tiba2 macam mana...aku plak bleh terlayan kawan En Z...dan En Z sekali. Sbb ayat die manis masa tu..huhu...dan...adegan call dgn En Z tu berlarutan smpai lah bila-bila....

Senang jer kan aku kenal..tapi masa ni mmg tak pernah tgk muka. Masing-masing tak tunjuk muka...cuma borak jer. Tapi masa ni aruah mak pesan...jgn gayut lama sangat. Nak exam kan...hhuhu..:)

Bab kenal dah tau...bosan??...jgn teruskan kalau bosan yer...:)


Jumpa pertama kali -  Alamak...macam tak pasti pulak...hah...dah ingat...pertama kali jumpa..En Z datang umah masa hari raya. Die bawak sekumpulan geng motor die. Dahlah masa ni aruah mak tak der kat umah.

Insan pembantu masa tu tak lain tak bukan Pn Ibu Ammar dengan Cik Nurul Nadia. Tolong buat air. Aku masa ni berdebar ok.heeeee :) Taklah lama mana pun sebab nama pun budak-budak lagi. Jadi, lepas habis air..En Z dan semua kawannya balik..happy!!

Lepas tu, jumpa kali ke2 dekat Morib. Huhu..masih diteman Pn Ibu Ammar yang masa tu masih lagi Cik. 1st date, aku kene tunggu lama. Sebab En Z tak sampai2 pun. Sampailah aku decide nk balik jer. Tgh tunggu bas, En Z sampai. Masa ni baru aku tau...ada jodoh sket time tu. Heeeee

Habis citer dah bab kenal. Lepas-lepas tu aku tak jumpa. Masing-masing sekolah. Tak derlah nk dating sebulan sekali ker. Memang tak der. Kesimpulannya, aku jumpa dengan En Z 2 kali setahun. Masa raya datang, lepas tu jumpa dekat Morib. Bagus kan..hehehe :)

Hubungan aku dengan En Z masih ada lagi. Sampai habis form 5. Tp dalam masa tu, adalah jugak sekali dua die call. Aku pun tak ambik port sangat sebab sibuk layan life aku sendiri.

Ok, cukup dulu. Aku sambung lepas ni. Apa jadi lepas aku g Kedah. Adalah 1 ke 2 perkara best.Tapi...taklah best mana pun. Cuma sebab cinta aku 1 jer dari sekolah. En Z sorang sampai kahwin. Amin..:)









13 April 2012

Cerita Kawen

Salam,



Syukur Ya Allah...selesai sudah majlis walimah aku. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Cuma adalah beberapa masalah yang biasanya akan terjadi pada setiap majlis. 

Kita tak sempurna..dan tak perlu nak mengharapkan semua sempurna. Apa yang penting semua dapat makan. Heheh..

Kali kedua majlis dekat rumah aku. Banyak dah belajar dari majlis pertama akak aku. Jadi, bajet untuk majlis aku ni..di bawah kawalan. Amin...bukan senang ok nak menguruskan majlis kawen ni.:)

Tak terkata terima kasih untuk keluarga aku yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan majlis. Sejak dari majlis akad nikah sampailah ke majlis hari ahad. Menjadi orang penting majlis bukan mudah jugak. Semua orang cari kita untuk tanyer segala benda. 

Jadi..kesabaran adalah sangat penting. Walaupun kadang2 muka kelat...tapi aku tak heran. Yang penting, akak aku, abg ipar, Wawa, adik dan Abah...sentiasa ada. Tak lupa pada En Suami yang jugak membantu seminggu sebelum majlis. (Aku nikah seminggu sebelum majlis).

Ok, kat bawah ni cenderahati dari aku untuk tetamu. Khas untuk member aku. Kotak cantik ni ditaja khas oleh kakak aku yang tercinta. Beli dekat Z-C Nilai 3. Kata orang kedai tu design baru. Harga sekotak RM 0.56 sahaja.





Yang ni pulak benda dalam kotak cantik ni. heheh...di beli dekat GM,Klang. Masa beli ni, dengan Wawa ngan abah. GM Klang banyak pilihan. Tempatnya pun selesa tuk pilih barang. Aku beli barang ni dengan harga borong.
 
  
Ok, yang cenderahati dari abah, aku sediakan yang simple jugak. Janji dibawah bajet. Beg kertas beli dekat Nilai 3. Sebelah Z-C. Murah. 4 paket RM 10.00. Jajan yang sedap tu aku beli dekat banting jer. Sepaket ada 30pcs. RM 4.50. Dan last sekali air mineral bom. Sekotak ada 35 pcs RM 9.00




Gula-gula istimewa. Ditaja jugak oleh kakak aku ngan abang ipar. Best kan dapat tajaan.Hehe. 
 


Ok, ni muka heppy lepas jadi interi orang. Masa ni berdua dalam bilik dengan Wawa yang agak touching. Heheh..nk ceriakan die..amik gambar. heheh...smpai bila-bila pun aku ttp sayang ko Wawa.:)
 

Ni entry permulaan jer. Aku kene dapat gambar dari OP dulu untuk post masa majlis nikah. Ni dari kamera sendiri. Lepas ni aku update majlis nikah pulak. Ok.

Wassalam.


 

 

Koci Labu

Salam,


Ok, sebelum cerita dimulakan...aku nk khabarkan...koci ni bukan aku yg buat. Wah...pengakuan paling hebat. Yelah, dah bukan aku yang buat. Aku cuma tolong bungkus sahaja. Itu pun menceng merot koci tu. Haha...ni hasil tangan sepenuhnya makcik aku. 

Koci labu ni limited edition. Tak macam dekat majlis kahwin. Ni dibuat khas dengan penuh kasih sayang dan kekemasan. Kikikiki :)





Korang tgk jerlah...kemas kan. Aku sungguh cemburu tak dapat buat kemas macam tu. Bila aku buat...kuih koci tu tumbang. Hahah..tak dapat berdiri tegak. Jadi makcik aku kata terima kasih jer. Tak payah tolong. 

Bahan tuk koci ni...aku tak tau. Aku kene kemaskini data untuk bahan koci ni. Lepas dapat...kalau nk aku bagi. Huhuh..:)

Yang penting..seni membungkus kuih koci ni. Sebab tu aku post dalam blog aku. Kemas dan teliti. Heeeee:)



Paling senang, kalau korang nak...order jer. Promote baik punyer untuk makcik aku. Aku bangga sebab dapat makan kuih koci ni. Korang dapat tgk jer. Jadi..untuk kali ni jer bukan makanan yang aku buat sendiri. Insyaallah lepas ni..aku sungguh-sungguh masak yer. Resepi baru. Macam wish list yang aku nk buat tu. Doakan yer :)

Wassalam.

21 March 2012

Kerabu Ikan Bilis

Salam,

Sekali lagi entry tertunggak yang dah berkurun tak di nodai...hahah...kali ni resepi simple jugak. Hasil kerja tangan aku dengan kakak aku. Kakak aku mmg suka buat jenis kerabu ni. Boleh dikatakan pakar rasa. 

Kerabu ni simple sangat-sangat. Kalau nk buat cuma penat nak hiris-hiris bawang dan segala bagai bahan. Cuma kene goreng ikan bilis garing-garing. Kalau tak garing, tak sedap. Sebab liat. Jadi...gorenglah garing-garing sebelum korang tak lalu nk makan. Hahaha...

Selain dari ikan bilis, korang bleh tukar udang, sotong...apa lagi...terpulang lah..telur pun bleh. Kesimpulannya, bahan asas yang sama..cuma tukar bahan utama. Kan aku dah kata masak tu senang. Kene kreative lah..



Ok, kat bawah ni aku senaraikan bahan asas..terpulang pada korang nk tukar bahan utama ker tak. Aku mmg dah lama nk buat kerabu udang...tapi tak menyempat langsung. Sbb mood masak dah pupusssss..:)

  • Totamo
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Limau nipis
  • Bunga kantan
 
Tu jer kot. Hiris halus tak halus sangatlah. Lepas tu..Yang limau nipis, jangan potong halus gak. Perahkan lepas semua bahan dicampur. Paling penting, nak seimbangkan rasa masam, manis, dan masin. Kenelah terror sket lidah korang tu yer.

Ok...jadi..selamat mencuba yer!


Untuk tambahan..mungkin lepas ni, aku akan lama lagi tak update. Untuk beri laluan kepada majlis perkahwinan aku. Mungkin lepas selesai semua...Insyaallah aku akan update balik entry terbaru dan cerita baru. 

Doakan yang terbaik untuk majlis aku nanti ok. Amin...


Nota: Resepi paling popular blog aku naget ayam. Aku nk try buat lagi..tapi smpai sekarang masih lagi mimpi:)