07 June 2021

BANTING - apa yang menarik?

 


Banting!

Mesti korang pernah dengar kan. Sejak beberapa tahun ni Banting agak menarik untuk diborakkan dan disantuni. Banting sedang pesat sangat membangun. Sejak 8 tahun lepas Banting dah pun berjaya menjadi sebahagian besar kuasa ekonomi kerajaan Negeri Selangor. Ini bukan fakta rasmi. Tapi lebih kepada pendapat peribadi aku.

Aku kecilkan skop. Aku salah seorang anak jati Banting. Jadinya tak salah nak dengar pendapat aku. Perlu atau tidak lawati Banting!

Jawapan aku ialah Mesti!

Selain mempunyai Pantai Morib yang unik. Bagi aku unik sebab ada 2 jenis Morib yang aku orang Banting sendiri konfius. Kat sini ada yang gelarkan Morib Baru dan Morib Lama. Hah, padahal air lautnya sama je.

Ok, tempat yang korang kene cuba dan tahu adalah seperti berikut:

1. Pantai Morib

2. Syurga makanan

3. Bukit Jugra

4. Banting tu sendiri istimewa

Kalau korang suka sangat dengan pantai taklah teruk sangat pantai ni. Jujur aku kata air lautnya warna coklat. Unik kan. Mungkin kerana kedudukan Morib tu sendiri memberi kesan kepada warna airnya. Macam aku cakap tadi morib ada 2 bahagian. 

Pertama - kawasan pantai untuk berkelah. Area sini memang direct korang akan jumpa laut dan pasir. Tak ada tembok. So, korang yang niat memang nak berkelah main pasir dan turun ke laut, pergi ke kawasan morib ni. Dari pekan Banting, korang akan jumpa simpang ke Morib ni dulu sebelah kanan sebelum jumpa morib satu lagi.

Morib yang 1 lagi lebih kepada kawasan rekreasi. Ada tembok. Korang tak boleh nak pegang air laut. Tengok dan duduk tepi tembok. Ambil angin pantai. Kat sini juga banyak kedai makan dan malam minggu biasanya ada band dan ramainya penduduk Banting bawa family main belon. .


Serius, aku gembira duduk dekat dengan Morib. Hujung minggu rehatkan minda tengok pantai. Kalau kene masa korang pergi, redup dan angin kuat waaahhhhh lagi nikmat ok.

2. Syurga Makanan

Umum semua tahu, Banting memang terkenal dengan begitu banyak kedai makan. Area paling hot dari lampu isyarat rumah Misbun sampai ke simpang empat nak ke Morib. Kiri kanan penuh dengan kedai makan yang korang boleh pilih.

Biasanya hujung minggu memang meletop semua kedai tu. Entah sedap atau tidak terpulang pada korang yang rasa. Kalau korang lalu dan kedai tu penuh dengan kenderaan biasanya itu yang agak popular. Tapi kat area sini semua tempat penuh dengan kenderaan. Hebat bukan.

Cubalah tiap satunya bila kunjung ke Banting. Tak rugi cuba semua. Aku pun masih berkira kedai mana belum cuba. Sejak sebelum PKP dah bertambah bilangan kedai makan. Cubalah ok!

Oh ye, bila aku cakap syurga makanan tu bermakna semua jenis makanan yang korang bayangkan tu ada. Aku tak de listing jenis makanan. Tapi percayalah, memang ada. Hahaha.

3. Bukit Jugra

Hah, salah 1 tempat yang pihak berkuasa tempatan cuba untuk popularkan. Sejak bertahun lepas Bukit Jugra terkenal dengan aktiviti paragliding. Siapa yang aktif boleh try cuba dekat Bukit Jugra ni. Biasa juga macam tempat-tempat tinggi lain. Tapi sebab ianya dekat Banting. Dah pasti aku lebih overkan Bukit Jugra. Haha.

Aku pernah daki Bukit Jugra ni dan pernah naik guna kereta. Target aku lepas ni nak daki jalan kaki. Orang kata pon bahaya kalau nak jalan kaki/joging. Apa nak buat, zaman sekarang ramai sangat orang yang ambil kesempatan.

View dari Bukit Jugra bukan baisa-biasa ok. Indah sangat. Korang akan nampak laluan sungai yang indah luarbiasa. Entahlah, senang cakap kalau korang berminat dengan hight view ni, Bukit Jugra salah 1 tempat yang korang kene pergi tengok sendiri.



4. Banting itu sendiri istimewa

Last yang penting apa yang bestnya tentang Banting ni, Banting itu sendiri memang istimewa. Sekali korang try duduk sini, hidup dalam masyarakat dan kawasan sekitarnya korang pasti jatuh cinta. Kalau yang terpaksa takkan rasa ok.

Banting tempat lahir aku dan membesar sepenuhnya di sini. Indahnya Banting bukan sebab cara ia membangun tapi bagaimana Banting itu sendiri menjadi sebahagian hidup penduduknya. Rumah aku rumah kampung tapi nak ke hospital tak sampai 5 minit. Balai polis pon. Macam mana aku nk pindah tempat yang kemudahan asasnya jauh dari rumah.

Sekarang ni pula semakin membangun dan semua jenis makanan ada dekat Banting. Tinggal beberapa jenis lagi restoran makanan yang besar belum masuk. Banting tak ada shopping kompleks yang besar tapi kami semua kenal dengan Pasaraya Megah. Kami juga bermegah dengan adanya Pasaraya Econsave yang sangat membantu kami membeli dengan lebih bijak.

Dataran Banting pula dari aku kecil dan wujud. Dahulunya trak joging dia adalah batu. Disusun cantik jadi laluan. Ada 2 bukit yang bila kau dah penat berlari kau rasa benci dengan bukit tu. Tapi sekarang trak back to simen. Bukan batu merah macam dulu. Dataran Banting dah dinaik taraf untuk jadi lebih fleksibel untuk banyak acara. Bila buat semua tu pula, Malaysia dilanda covid19 dan sehingga post ini ditulis PKP 3.0 sedang dilaksanakan.

Lepas PKP boleh korang try datang Banting. Banyak hotel-hotel bajet yang tersedia di pekan Banting. Hotel-hotel bajet kebanyakannya terletak dekat kawasan yang mudahkan korang dapatkan bekalan makan dan bergerak ke kawasan sekitar. Banting tak besar tapi penuh warna warni.

Selamat datang ke Banting semua!

Semua gambar aku ihsan google. Korang juga boleh google untuk lebih gambar dan dapatkan maklumat lain. Entry aku sekadar penyedap rasa. 


19 April 2020

Drama Korea



Another post for today. Haha.

Apa nak diceritakan hari ni? Biar satu masa akan datang akan jadi gelak tawa sendiri baca cerita ni. Dengan typonya dengan kosakata hentam sajalah. Betul, tak terlambat untuk buat blog sendiri.

Ok, kali ni bagilah kita rumuskan satu cerita yang sejak dari beberapa tahun lepas jadi fenomena dekat Malaysia. Dah lama bermula tapi tak dikesan sejak bila. Dulu-dulu dengan K-POPnya. Aku gila tak minat. Sebab lagunya banyak type disco. Rosak telinga nak dengar.

Masa tu boleh nampak gilanya rakyat Malaysia dengan K-POPnya. Sebab tu aku tak kenal sangat penyanyi Korea ni. Lagipun bukan paham pun apa yang dia nyanyi. Tak lama lepas tu tiba-tiba rasanya demam drama korea pulak. Sampailah sekarang dan hari ini. Dan dengan aku juga terjebak.

Aku ada sifu untuk aku tanya semua hal ehwal korea ni. Kalau tanya google ko mesti ada lagi pertanyaan tak pasti. Tapi aku beruntung. Dekat ofis, google je apa nk tau. Lepas tu tanya soalan dekat orang sebelah. Jawapannya detail dan terus paham. Hahah. Kalau dia baca ni terima kasih Musfirah ku sayang.

Aku mula terjebak drama korea pun sebab dia. Musfirah ni siap masuk kelas bahasa Korea tau. Pergi Korea rasanya dah 2 kali. Power tak power. Aku tak berapa ingat cerita Korea yang pertama aku tengok. Kalau nk ikut, cerita Winter Sonata lah yang pertama. Haha. Masa zaman winter sonata ni, demam drama korea tak berlanjutan. Masa tu peminat gila korea masih kecik-kecik. Tak de phone dan internet laju macam sekarang.

Antara drama Korea dan drama Malaysia banyak beza. Mungkin salah 1 sebab kat Malaysia banyak protokol. Banyak topik tak boleh didramakan. Sebab tu orang seni kat Malaysia terbatas nak buat macam drama Korea buat. Macam India. Buatlah apa jenis drama. Orang politiknya tak kisah pun. Korea pun ada sentuh bab Politik. Siap ada watak Maharaja dan Perdana Menteri. Malaysia mana ada kan.

So, kalau korang pertama kali nk tengok drama Korea atau buntu nk tengok cerita apa. Tengoklah apa2. Tp mulakan lah dengan cerita Goblin. Haha. Tapi jangan dibawa kepercayaan cerita ini diluar drama. Kenapa? Kan kita orang Islam. Tengok drama saja sudah. Yang buat cerita ni bukan orang islam pun. Tengok Harry Potter. Logik ke?

Sebab tu aku kata kat Malaysia susah sikit dramanya nk hebat. Sebab kita orang islam. Kepercayaan ini hanya kepada Allah. Tapi kalau nk tengok drama Korea ok je. Tapi jangan berangan lebih je. Lagi 1 bajet. Drama Korea sekarang permintaan tinggi. Kos drama je dah boleh buat filem kat Malaysia.

Ok, drama yang aku listkan ni antaranya yang top ten lah. Banyak lagi drama korang bleh tengok ikut hero yang korang suka. Boleh cari by nama pelakon korang nak dan tengoklah. 

Cheese In The Trap
Cheese In The Trap. Heroin dia antara yang aku suka. Mula-mula tak berapa suka. Tapi makin aku tengok cun saja heroin ni. Cerita ni kene banyak fikir sebab banyak isu. Aku tengok 3 kali kot sebab nak pahamkan cerita ni keseluruhan. Cerita ni hero dan heroin macam tak bersama tapi aku rasa macam saja nak bagi ada season 2.  

Crash Landing On You
Drama ni antara yang meletop dekat Malaysia. Statistik drama ni pun tinggi dekat Korea. Cerita ni antara drama yang korang boleh paham pasal Korea Utara. Realitinya Korea Selatan dan Korea Utara tak berapa ok. Rakyat Korea Utara tak macam dekat Korea Selatan. Korang tengok cerita dapatlah serba sedikti kehidpuan rakyat Korea Utara.

Goblin
Drama yang paling meletop rasanya. Rasanya majoriti rakyat Malaysia tengok cerita ni. Bijaklah penulis cerita ni. Dapat idea untuk draf drama yang hebat ni. Tak terjangkau dek akal. Aku tengok 2 kali untuk bagi paham betul2. Lepas tengok habis kat situlah. Menariknya cerita ni tak sangka Kanada salah 1 tempat dalam plot drama ni. Cantik dan indahnya. Dan menurut sumber tempat dekat Kanada tu jadi tumpuan pelancong. 

Healer
Aku suka action drama. Ni antara yang aku tengok selepas The K2. Lepas tengok 2 drama ni rasanya macam plot cerita sama. Drama ni lebih nk tonjolkan hero tu. Konon betapa hebatnya dan teknologi yang diaorang gunakan. Dasyatlah. Tiba2 hilang. Tiba2 dah selesai masalah. Tapi this one better than The K2.

Descendants of The Sun
Drama ni juga antara yang meletop. Dengan hero dan heroin berkahwin diluar drama. Dan tak lama lepas tu bercerai. Ceritanya pasal askar yang berkhidmat dekat luar negara. Dan tiba2 heroinya si doktor tu pun kene bertugas dekat tempat yang sama. Berjumpalah semula dan bercintalah. Banyak juga tak logiknya. Tapi itulah drama. Yang tak logik tulah yang dijual untuk nampak hebat. Sebab tu drama ni agak hit.

Sky Castle
Drama ni kakak aku yang kenalkan. Dia asyik petik banyak kali jangan tak tengok cerita ni. Dan aku pun tengoklah dengan yakin. Logik dan berasas cerita ni. Mungkin betul realiti dekat Korea untuk golongan kaya dan berharta. Semua guna duit untuk beli nama dan kedudukan. Tak sure realiti sebenar macam ni atau tidak. Tapi rasanya ya. Drama ni bagus untuk ditengok untuk pengetahuan dan pengalaman.

The King - The Eternal Monarch
Ini antara drama terbaharu dekat Korea. On going masa post ni aku keluarkan. Baru 2 episod. Sama penulis dengan drama Goblin. So boleh anggap cerita ni susah nk diramal. Suka dengan drama susah nak ramal ni. Plot macam Goblin ada 2 dunia berbeza. Yang boleh jangka percintaan yang nk dibina bukan senang sebab watak antagonisnya sangat dasyat. Sila2 tunggu setiap Jumaat dan Sabtu.

Vagabond
Hero dia ni aku tak kenal. Tapi lepas habis tengok drama ni aku cari lagi drama dia yang lain. Yang lain aku tak berapa minat nak tengok rupanya. So, aku kenal hero ni dalam drama ni. Drama ni pun ada plot dekat luar negara. Drama ni pun kosnya tinggi. Nampak nak dekat-dekat dengan filem Hollywood. Siapa suka action akan sukala tengok drama ni.


Ok, apa yang aku listkan ni apa yang korang boleh tengok. Tapi rasanya dah tengok kan. Aku agak puji drama korea sebab banyak drama yang bagus dan berkualiti. Setanding drama Eropah sana tu. Korea antara negara yang maju dalam teknologi. Buktinya macam mana Korea atasi covid19 tanpa buat PKP macam negara lain. Dasyatkan.

So, siapa2 yang baru berjinak dengan drama Korea, pilihlah drama yang bagus. Tak semua bagus tak semua tak bagus. Tapi boleh tengok sekadar hiburan. Kesan tengok drama Korea ni, aku bolehlah paham beberapa patah perkataan Korea dan guna dalam kegunaan harian. Bagus kan.

Dekat TV saluran Media Prima sekarang aku nampak dah mula masukkan drama dari Thailand pulak. Aku tak sure kenapa tapi mungkin murah sikit dari drama Korea kot. Haha. So, tepuk dada tanya selera. Boleh tengok tapi jangan overdose.

Saluran mana nak tengok drama Korea ni?

Bisanya yang percuma ramai tengok dekat Drama Cool. Mana-mana yang sanggup keluarkan kos, Netflik adalah yang terbaiklah. Aku bayar RM17 sebulan untuk dapatkan akses tengok dekat phone sahaja. Nk link dekat laptop atau tv kene bayar lebih sikitlah. Besnya netflik ni, kalau cerita kat Korea priview pukul 10 malam, dalam pukul 11.00 malam waktu Malaysia dah boleh tengok. Yang baru ni siap ada subtitle Malay!

Selamat menonton!





18 April 2020

Tahun 2020 dan Covid 19



Salam semua. Ada lagi yang gigih baca blog? Kekalkanlah minat membaca tu. Buat julung kalinya untuk tahun 2020. Aku nak bagi entry baru. Rugi tak post kenangan waktu seluruh dunia tengah berperang dengan VIRUS Novel Corona atau Covid19.

Virus ini dikenalpasti pada akhir DIsember 2019 di Wuhan, China. Masa ni dunia lain masih tak terasa dengan virus ni. Sampailah masuk tahun 2020. Dunia terkejut dengan jumlah kematian di China agak mendadak selain penularan virus ini keseluruh dunia dengan pantasnya.

Malaysia terkesan bermula bulan Mac 2020. Dan pada 18 Mac 2020 Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara. Semua sekolah dan IPTA termasuk semua organisasi awam dan swasta perlu menutup urusniaga. Kecuali yang berkaitan dengan urusan penting negara.

Wah..demi Allah semua agak terkesan dengan Covid 19 ni. Sampailah saat aku tulis ni, PKP masuk fasa ke3. Bermakna dah 3 kali perlanjutan masa PKP. Kerja dari rumah dan tiada sesi persekolahan untuk Izz.

Data terbaru statistik Virus ni di Malaysia
Sepanjang tempoh PKP ni aku bekerja dari rumah (WFH) termasuk semua staff di tempat kerja. Macam seronok tu mula-mula lah. Lepas 2 minggu dah rasa lain sikit. Rindu nak pergi ofis, rindu kawan ofis. Tapi semua masih terkawal lah. Bila dengar kes kematian meningkat dalam tempoh PKP fasa 2. Rasa risau pulak datang. Nak keluar beli barang dapur pun seram. 

Untuk rekod hari-hari kitaorang dengar PC dari Kementerian Kesihatan. Sampailah ketua pengarahnya jadi viral. Haha. Termasuk PC dari Kementerian dari Kluster Keselamtan. Gitulah. Malaysia kan berubah senario politiknya. Sebelum viral Covid19 ni Malaysia buat viral bertukar politik iaitu bertukar Perdana Menteri. So, kerjalah menteri-menteri baharu dengan sesugguhnya masa Covid19 ni.

Sebenarnya banyaklah perkara yang jadi dekat Malaysia masa fasa PKP ni. Tengok macam mana kerajaan berusaha untuk bantu rakyat dan macam mana yang berniaga sendiri sebelum ni berusaha untuk mencari pendapatan. Covid19 sangat-sangat memberi kesan pada ekonomi dunia bukan je Malaysia.

So, doalah semua untuk pastikan Covid19 ni lupus virusnya. Sangat mudah merebak antara manusia. Semoga Ramadan yang akan datang, semua kita berdoa untuk dipulihkan Malaysia untuk semua jalankan rutin harian macam biasa.




05 July 2017

Resepi Congo Bars



Salam,

Ok, sempena Syawal dan disebabkan lama benar tak update apa-apa jenis makanan, meh ku kasi dengan hati yang gumbira. Congo Bars.

Sangat mudah dan sangat fleksibel. Sebabnya korang boleh decide nak jadikan dia mahal atau biasa je. Boleh mulakan bisnes dengan resepi ni. Banyak sangat resepi if korang google kan. Pilih mana yang berkenan dekat hati. 

Gambar ni gambar biasa, So semoga hasil korang nanti jugak macam ni. Dan boleh mulakan bisnes kecil-kecilan.

So, semak resepi. Sebelum tu, please make sure ok hasil yang korang akan dapat juga berdasarkan jenis bahan korang pilih. Kiranya korang beli coklat chip yang 250gm dalam RM 3 tu, hasilnya adalah biasa. JIka pula pilihnanya macm aku guna ni Hersyes maka hasilnya gigitan korang adalah lebih bermakna. 


Bahan:

125 gm butter - so please make sure dgn pemilihan jenis butter. Nak lebih rasa boleh try Anchor or SCS or more premium butter 
100 gm brown sugar
2 biji telur- Gred A , kalau telur kecik bagilah jd 3 biji
Essen Vanila - bagi bau sedap kan
135 gm self rising flour - boleh guna MFM brand
Coklat Chip - Boleh ikut suka berapa banyak

Simple kan!!!

Buatnya lagilah senang. Tak payah mixer pun.

Guna senduk satukan butter dengan gula- Then masukkan telur satu-persatu dan vanilla 
Gaul lagi masukkan tepung pulak. Kacau2 masukkan coklat chip. Siap!!

Untuk adunan ni guna pan 7x7
Bakar api atas bawah dalam 35-40 min. Ikut oven korang ok.

Siap!.




Wassalam.

Salam Syawal 2017



Salam Syawal 1438 H/ 2017

Ok, 2017.

Hahaha. Serius rindu nak menulis. Yelah dunia sekarang update sangat. Nak harap update dekat blog memang berzaman lah tak update. Macam biasa aku update banyak dekat IG. Boleh cari Nani Badai.

Raya kali ni masih sama. Sambut dekat Banting. Ada yang kata Banting bukan Kampung dah. Yelah, dah membangun deras sangat Banting sekarang. Mana-mana jalan ko redah mesti tension sebab banyak kenderaan. Lampu isyarat pun banyak dah. Sebab tu bertambah jammed dekat Banting tu.

Tahun ni tema hitam. Masa buat pemilihan banyak warna dalam wish list. Akhirnya En Suami kata baju melayu hitam Izz lagi menawan. Sebab baju izz je kitaorang amik tema Hitam. Oklah, boleh cover besarnya badan sekarang. Kah..kah.

Tapi, tapi dan tapinya..

Pagi raya budak bertuah ni boleh tolak dengan dasyatnya baju melayu dia. Suruh buka buka buka. Tapi hati kene keras sikit. Sebab perangai izz adalah yang terindah bagi kitaorang. Menolak sesuatu yang baru lagi wangi. hahaha

Lama-lama dan lama jugaklah dia bermuram durja pagi raya tu. En Suami ambil hati dia dan lama-lama ok. Bila g berjalan tu dah ok. Tahniah izz menahan hati. Semoga perangai ni tak dibuat tahun depan Insya Allah ye.



Airmata Syawal
Raya kedua baru dapat kumpul adik beradik lain. 2 orang balik rumah mertua. So, tahun depan Insya Allah raya pertama semua dekat rumah abah lah. 


Kurang sorang cucu Badai - Irfan
So, semoga ada lagi posting selepas ni. Seronok sebenarnya berblog ni. Selagi blog tak digodam. Haha. Resepi pun lama tak masuk kan. 

Selamat Hari Raya buat pembaca setia ( ada kan..haha).

Wassalam.

06 May 2016

Tempahan Brownies & Congo Bars Raya 2016!!!



Salam,

Lamanya aku diam tak tulis blog. Hahaha. Tak pe. Insyaallah lepas ni akan diusahakan lebih kerap lagi. Untuk kali ni aku terus ke promosi untuk hari raya nanti. 

Untuk korang yang dah baisa sangat kalau raya makan kuih/biskut kan. Mari sini kita tukar sikit elemen raya kita. 

Dengan Brownies atau Congo Bars atau Dua- Dua sekali!!!

Macam yang pernah aku inform sebelum ni. Aku aktif lebih banyak dekat Instagram. Jadi boleh terus follow aku di Ig @nanibadai

Untuk promosi hari raya, mohon untuk segala pertanyaan terus sms/whatapps 013 336 0568

Atau boleh terus ke ig aku @nanibadai untuk lebih info promosi raya ni.

Akan datang aku akan terus promote beberapa jenis kuih raya yang havoc!


Brownies saiz 8 '


Congo Bars saiz 8'
So, aku tak boleh harga buat masa ni. Sebab harga aku sentiasa berubah sebab nak bagi banyak promosi. Paling penting terus sms/whatspps untuk maklumat harga dan segala bagai. Nak pos atau nk COD.

Kelebihan bagi yang tinggal area BANTING,, Kuala Langat,  area NILAI, N9, SEPANG, SALAK TINGGI dan kawasan sekitarnya. Aku boleh delivery kawasan sekitar area ni.

Untuk yang agak jauh, boleh je aku POS untuk 2 produk ni. Kelebihannya caj lebih sikit dari biasa ye!

Ok, jangan lupa. Tempahan aku tutup bermulanya Ramadan.

18 August 2015

Kadang-kadang 1st class tu tak membahagiakan

Salam,

Mood tulis. Sukanya aku bila menulis ni. Rasa freedom sangat. Idea sendiri. Penuh perasaan masa menulis tu. Syoookkkknya.

Ok, back to topic. Tiba-tiba saja aku ingat 1 cerita yang aku tak nak lupa. Sepatutnya banyak yang aku kene belajar dari pengalaman lepas. Ni pengalaman masa darjah 5-6. Sebelum UPSR 1996.

Peristiwa ni bila aku kenang balik sangat menyentuh perasaan kecik aku. Aku petik 1 ayat. Diskriminasi. Bagi aku lah. Bagi yang buat tu rasanya terbaik untuk pelajarnya. Maybe.

Jom. Tak sure lagi kisah ni pendek atau panjang. Kah3.

For sure cerita ni dalam tahun 1995-1996. Masa darjah 5 atau 6. Dari darjah 1 sampai kes ni berlaku aku duduk kat kelas A. Anggerik katanya. 1 lagi M. Mawar katanya. Aku kenal kawan-kawan pun masa dalam kelas ni. Aku berak dalam seluar pun dalam kelas A ni. Ha3.

Nak dijadikan cerita, UPSR dah dekat sangat. Tiba-tiba pihak sekolah buat perubahan drastik. Dibahagikan kelas kepada kelas A budak cemerlang (pandai) dan kelas M budak kurang cemerlang (kurang pandai).

Sebelum pembahagian ni aku sangat sibuk dengan bola jaring. Sampai ke peringkat daerah. Kenapa aku suka sangat bola jaring aku pun tak tau. Sebab aku pandai mainlah kan. Ha3. Masa main tu aku tak pikir langsung pelajaran aku. Dan tak pikir langsung yang aku ni lemah sikit dalam pelajaran. Ha3. Aku sederhana je dalam pelajaran. Nak kata pandai tak, nak kata stupid pun tak. Pertengahan je level aku. Ikut penilaian cikgu bila habis belajar, aku dalam kelas III. 

Sampailah 1 masa diumumkan pembahagian kelas tu. Alangkah terkejutnya hati dan jiwa aku bila aku kene kelas M tu. Huwaaaa...masa tu baru sedar kenapa aku. Kenapa aku???

Ha3, sebab kurang belajar lah.

Aku reda dan pasrah. Kene pisah dengan geng-geng aku. MALU tak? Aku pun lupa. Tapi tak malu sangat cuma segan. Kelas M penuh dengan pelajar lelaki. Yang perempuan tak sampai 10 orang pun. Aku pun pasrah dan terima. Tapi...aku belajar dengan tekun sebab cikgu kata kalau aku dapat capai kedudukan baik dapat pindah semula kelas A tu. Aku pun apa lagi, belajar sesungguh mungkin. 

Allah tu baik perancangannya. Dalam kelas M tu lah aku yang lebih menonjol keputusannya. Yelah, nama pun kelas ke 2. Aku level sederhana. Memang nampaklah aku lebih sikit dari yang lain. Cuba compare dengan budak kelas A. Nombor paling corot lah.

Macam biasa, aku tak bagi tau sapa-sapa dalam family. Takut mak marah.

Aku enjoy dalam kelas tu. Buat macam biasa je. Ada jugak kene ejek-ejek. Biasalah budak zaman dulu seronok. Ejek-ejek nama bapak. Nama atok. Yelah, tak der pun phone macam sekarang.

Ok, pendekkan sikit. Lepas seronok belajar dalam kelas M tu, sampailah exam pertengahan tahun. Nak dijadikan cerita. Aku tak ingat sgt dapat no 1 atau 2. Tapi kedudukan tertinggilah dalam kelas M tu. 

Macam cikgu kata, boleh pindah kelas A. Aku pun berjaya pindah. See, aku kalau dah usaha, insyaallah sungguh2 aku buat.

Bila dah pindah tu, mula2 seronok dapat jumpa balik geng lama. Happy lah kan. Terjamin maruah aku dah. Berjaya tebus balik. 

Sampailah hujung tahun.

Aku baru sedar betapa ruginya aku pindah kelas A yang high class tu. Memang aku berjaya naik kelas, tapi bukan dapat lawan budak pertengahan no dalam kelas A pun. Geng kelas ke 3 gak aku dapat lawan. Korang imagine dalam kelas tu group tu disusun ikut no kedudukan tau. Jadi aku tak dapat pun duduk depan. Macam dalam kelas M.

Masih duduk belah belakang. Group paling last dalam kelas A.

Hah, dapat imagine topik aku kali ni.

Hari penyampaian hadiah, aku tak dapat apa-apa pun. Sebab aku tak dapat no 1 sampai 3 pun. Aku pun bayangkan sekiranya aku tak pindah kelas A, dah for sure aku dapat hadiah kan. Tak kisahlah dalam kelas mana, Tapi balik rumah boleh bgtau mak, nani dapat hadiah mak. Dapat no 1 dalam kelas.

Huwaaa...bukan kehendak aku pun. Cikgu-cikgu sekolah punya konsep. Sedih betul bila yang dapat hadiah tu budak lain. Terkilan sangat,

Lagi tak syok dalam kelas A tu, ketibaan aku tak dialukan pun. Tak de pun tepuk tangan tanda aku berjaya baikkan prestasi aku. Ni yang aku cakap diskriminasi. Kalau ada lagi dibuat sekarang tak tau lah. Sekarang aku pahamlah, bukan nak salahkan cikgu-cikgu tu. Mereka ada sebab kot buat macam tu. 

Walaupun mereka tak tau hati dan perasaan mereka yang ada dalam kelas budak tak pandai. Sampailah ke hari exam UPSR. Result aku tak de pun A. Memang tak syok langsung. Kesannya melarat bila aku ke sekolah menengah pulak. Sama jugak, aku duduk kelas hujung-hujung. 2 hujung. Kelas sampai I. Aku kelas H. Parah kan.

Tapi dalam kelas tu aku masih jugak yang agak kedepan nombornya. Ha3. Entahlah, apa yang aku nampak, banyak manisnya jugak. Aku dapat rasakan kawan-kawan kelas hujung2 ni lagi seronok. Jujur.

Tapi aku berjaya baikkan kelas aku. Form 2 dapat kumpul balik dengan geng aku. Form 4 pisah balik sebab aku pilih kelas akaun. Kelas akaun tu kelas D. kelas no 4. Oklah kan. 

Manis dan masam masa harung semua dugaan ni memang best. Memang aku budak kelas pertengahan. Sampai belajar dekat poli. Baru aku sedar diri sikit. Aku lambat tangkap sikit ilmu. Bila belajar sendiri baru paham. Bila dah paham macam mana aku terima pembelajaran lebih mudah aku nk handle. Aku lambat terima ilmu. Tapi bila dah paham, aku ingat sampai boleh jawab semua soalan.

Harapanya, Izz tak follow step aku ni. He3.

Sekian, cerita tentang 1st class.

Enjoy gambar Izz yang terbaru.

Wassalam.