26 September 2012

Senior Admin & Account Executive

Salam,

Ok, topik kali ni agak lari dari topik yang biasa aku bebelkan. Sebab, baru aku teringat nak kongsi cerita ni. Tak lah hebat sangat, tapi bagi aku...ianya memberi nilai yang tinggi. Sebab, hari-hari jumpa!!!

Merangkap sebagai salah seorang anak pemegang saham syarikat aku bekerja, juga sebagai head of account department. Sangat tegas dalam kerja. Semua kerja perlu cepat, tepat dan tak boleh salah. Buat masa ni, motto hidup dia adalah " closing account in 5th working day!". 

Pertama kali kerja sama dgn Ms Ang dalam tahun 2006, sangat mencabar sebab dia seorang yang suka marah. Pantang salah sikit mesti kene sound lah. Apa yang dia ajar kita mesti paham dan jangan buat-buat paham. Muka dia jugak jarang nak nampak senyuman, apetah lagi nk bergurau senda bagai. Tempat duduk die belakang aku jer, jadi........tak boleh nk rehat sangat. Pantang aku relaks, dia mesti tanya...sudah tak ada kerja ka?

Lumrah kerja dengan orang Cina. Nak rehat, tea time ker...5min rest ker..memang tak der. Mesti buat kerja dalam masa kerja 8 jam sehari. Tapi..macam mana aku boleh sabar kerja dengan dia??..nnt aku cerita. 





Dari tahun 2006 tu sampai lah sekarang...aku masih lagi kerja disisi dia. Bayangkan..diam tak diam..dah berapa tahun aku kerja dengan dia. Paling aku nampak mungkin keserasian. Aku penyabar sket kot..hahaha..yelah..dia ni jenis agresif...tapi aku jenis relaks dalam hal membabitkan kerja jer. Nak uruskan department account bukan senang, sampai masa kerja berlambak dengan nak closing account..semua jadi stress. 

Ada masa aku marah..dia cool jer...ada masa gak dia tak buat kerja...aku yang cover. Paling best...bila aku buat silap..die orang pertama cover aku...kikikiki...Dia tak pernah burukkan nama aku depan bos. Buktinya...big bos baik jer ngan aku. Kalau ada..aku tak tau lah kan..hahha.

Paling berharga..ialah bila dia ajar aku apa-apa. Dia akan ajar dari A sampai Z. Tak kira aku pham atau tak..die akan ulang benda yang sama. Tapi lepas tak pham gak..die biarkan jer..haha. Aku kan jenis tak minat buat akaun dan kerja-kerja mengira. Tapi benda tu jugak jadi punca rezeki aku...Ms Ang yang banyak ajar..debit credit account. T format untuk selesaikan masalah. Fixed asset, disposal account. Hah..banyaklah..takkan nak list satu-satu. Sampailah dia ajar aku nk closing full set account. Cuma aku jer..paham atau tak..kikiki

Makin kenal Ms Ang..baru lah tau..die macam mana. Taklah semua baik..tapi alhamdulillah...semua dah dikawal oleh aku. Bab perangai die lah. Sekarang dah senyum hari-hari. Hari-hari jugak bergurau senda. Kalau dia tak kerja..serius...aku memang tak boleh buat kerja. Kalau die ada..kerja aku beressssss.. 

Bab cuti jer aku bengang dengan die. Aku cuti die ok jer..masuk cuti..semua salah silap aku die kaji. Ada jer yang tak kene. Kikikiki..Masa aku nk cakap aku nk kawen, muka die agak lain sket. Macam tak percaya lah aku nk kawen. Kiranya die takut aku pindah tempat kerja. Tapi buat masa ni tak der lah kot.hahaha.

team kitaorang yang ada sekarang :)

Eh..panjang gak citer pasal die ni kan..haha...kesimpulannya..banyak ilmu sejak kerja dgn dia ni. Dia ni serba serbi tau. Jadi memang tak susah nk tanya. Senang dibwak bincang..tapi bab bukan cuti lah. Tak makan daging lembu...jadi aku kene buat spagetti ayam jer kalau dia nak makan. Sayang gila kat anak buah...siap buat mcam anak sendiri. Ada sorang mak angkat yang kaya raya. Walau bapak dia memang dah kaya. Tak sombong...tak menunjuk lah die kaya. Hah..banyaklah...sebab tu senang kerja dengan die.

Team baru kitaorang sekarang kuat ketawa. Jadi suasana ofis tak sunyi lah. Semoga..sentiasa kekal macam ni lah hendaknya. Melainkan ada perubahan staff lain. Heeeeeeeee...



Bagi aku, head yang baik..memberikan semangat kepada staff untuk kerja dengan baik dan mungkin kerja lebih lama. Ms Ang..sentiasa menjaga kekurangan staff di mata big bos. Semoga Ms Ang...mendapat jodoh yang baik..dapat menjadi orang paling kaya 1 hari nanti.kikikikikiki..:)



Wassalam.




No comments:

Post a Comment