27 February 2013

6 tahun masam manis

Assalamualaikum,

15/5/2006 hari pertama aku jejak dekat syarikat aku kerja sekarang ni. Kalau di kira..dah 6 tahun beb. Lama tak lama lah. Setia gila kan. Nak-nak kerja dengan Cina. Kaum yang korang tau lah macam mana. Ada baik dan buruknya. Tak semua baik dan tak semua buruk. Tapi...memang lebih buruknya!!

24/3/2013 ulangtahun pertama pernikahan aku dengan En Suami. :)

29/3/2013 hari terakhir aku berkhidmat dengan syarikat cina ni. 100% cina tau!

1/04/2013 hari pertama aku lapor diri dekat USIM. Hari ulangtahun persandingan aku dengan En Suami. Dah setahun kawen. Jadi aku anggap rezeki ni..hadiah ulangtahun pertama kami. Aminn...

Cina ni gila kerja. Diaorang akan kerja..kerja..kerja..kerja..kerja...walau masa dah tamat pun disuruh kerja. Padahal tak nak bayar ot. Tu aku dah lali. Time kerja abis..aku balik. Tapi masa mula-mula kerjalah...takut punyer pasal..ikut jerlah..tapi dalam hati..$&@^(($&)#*)^%# :)

Ada cina kedekut ilmu..dan ada yang tidak. Tapi..yang tak kedekut tu..ok..cuma bila kita dah tau buat kerja tu..sbg cc..die let go kerja tu bagi dekat kita. So, kerja kita bertambah. Kesian gak. Tapi still dapat pengalaman kan.Pembelajaran cara aku senang jer...belajar dari kesilapan. Bila dah salah..next time...kene betul pulak!

Paham konsep dan pastikan paham penerangan. Konsep ni..dalam bidang perakaunan...ialah..paham...akaun kene balance. Aku pernah kata..aku fail dalam kira-kira. Tapi dapat gak kerja bahagia akaun.

Tapi..dekat sini..aku KENE paham...cc aku selalu paksa buat T Format. Cara ni senang tuk settlekan masalah akaun. Sbb..prinsip paling penting kan...Double entry. Jadi..kat sini..buat aku lebih paham konsep perakaunan. Apa yang penting..kene BALANCE!!

Penerangan tu..paham bahsa melayu orang cina :)

Percayalah...klo mana2 ko g..orang cina yang JARANG bercakap dengan orang melayu..memang susah nak paham apa yang orang CINA tu cakap. Aku pun sama..tapi bila dah lama-lama...rasa ok. Cakap sekali dah paham. Kalau mula2 dulu..memang banyak kali aku cakap..hah..hah..hah..(ni bukan gelak).

Kesimpulan dari kerja dengan Cina ni...ada masam manisnya. Banyak kenangannya. Banyak kesabarannya. Banyak kerenahnya. Banyak penyelesaiannya. Banyak ketidakadilannya. Banyak songehnya. Banyak senangnya. Banyak dan banyaklah.

Apa yang penting, pengalaman dan kenangan :)

Ok, Insyaallah masa depan aku, akan aku aturkan baik-baik. Keputusan yang aku buat ni memang lepas aku pikir masak-masak. Lepas amik beberapa minggu dalam dilema. Smpai masa mandi pun pikir. Masa buang air besar pun. :)

Mungkin 6 tahun akan datang...aku dah dapat balik apa yang aku ada sekarang. Insyaallah..tu target aku. Apa yang aku ada sekarang?

Gaji yang agak memuaskan...kuasa untuk buat keputusan...lebih relaks dalam buat kerja...kikiki...sbb dah ada pekerja lain. Tapi ada lebih penting. Kemampuan aku dalam buat kerja. Cepat dan tepat. Nak pastikan semua ok! Terima persekitaran yang lain sangat dari tempat lama. Insyaallah.

Tapi...kita hanya mampu merancang...aku sendiri tak tau apa akan jadi pada masa akan datang. Tapi..tak salah untuk merancang sesuatu..untuk kita capai. Jadi..kita ada semangat untuk ke arah kejayaan tu. 

Jadi positifkan diri untuk ke arah mencapai target diri!

Insyaallah...untuk 6 tahun akan datang...sesuatu yang manis akan aku rasa. Yeah!!


Wassalam.

Nota: Tulisan ni untuk kenangan akan datang jugak. 1 masa..lepas 6 tahun..aku nak baca balik. Apa aku rasa sekarang. Sama ada keputusan aku sekrang..adakah betul atau tidak?.
 


14 February 2013

Lempeng Kembong + Gelencong

Assalamualaikum,

Minggu ni aku agak over happy. Tak macam selalu lah. Jadi, time masak muka tu senyum jer. Lauk tak berapa sedap pun jadi sedap kot. Kikiki.

Alasan utama aku terlebih gembira adalah kerana...bahwasanya..aku diterima bekerja di sektor Kerajaan. Hah...surat resign pun dah hantar :)

Ok..kalau ikut dah lama gila aku mohon mana-mana sektor kerajaan ni. Lepas tu study, hafal macam-macam lah..lagi2 nama menteri2 kabinet Malaysia. Hari interview mengeletar jer jari tu. Takut lah konon2. Nebes lagi...takut lupa. Tapi..untuk jawatan yang aku dapat ni. Aku study gak.Baca macam biasa. Hafal mana yang patut. Sampai hari interview..aku tak gelabah atau nebes. Relaks jer. Entah tak tau kenapa. Memang masa jawab pun konfiden gila. Hah..rezeki kan..Allah permudah segala urusan. Smpailah dapat jawapan aku lulus diterima. Amin...

Ok, menu kali ni tuk minum petang. Aku buat hari tu siap dengan gelencongnya sekali. Buat sikit tak banyak. Sekali makan tak de lebih. 

Bahan tepung ni senang jer.
  • Tepung gandum - bukan tepung jagung. ( ikut cara nk uli doh karipap. guna minyak panas )
  • Lepas siap...amik 1 bahagian kecik..gelek...bg nipis.
  • Lepas tu..panaskan minyak...lepas gelek2 tu..jgn tebal ok...masukkan dalam minyak panas2. Lepas tu..amik minyak tu..curah2 atas tepung tu. Kalau jadi..lempeng ni kembung. Kalau tak kembung..cuba tuk kali ke 2. Kikikiki
  • Aku pun main hentam jer...ni semua cara aku. Orang lain buat aku tak kisah. Aku pastikan minyak betul2 panas. Lepas masukkan aku perlahankan api. Lepas kembung tu...terbalik2 kan..lps tu angkat.



Ok, lepas tu..nak makan lempeng ni sesedap..kene ada kawannya. Aku buatlah gelencong. Simple jer. Biasa aku buat sambal merah. Tapi kali ni tukar selera. Tuk masak gelencong pun senang. Aku listkan bahanya.

  • Cili padi
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Asam jawa
  • Gula 
  • Garam
  • Ikan bilis
 Aku blend cili ngan bawang putih. Bawang besar aku potong sederhana nipis. Panaskan minyak, tumislah macam biasa. Lepas tu masukkan asam jawa, gula, garam. Eh, aku letak ikan bilis dulu. :)

Rasa bg seimbang ok. Lepas tu..agak2 dah masak tu. Angkatlah. Masa aku buat, aku guna cili merah api tu. Pedas gila...aku masak stgh jam kot. Bila kering aku letak air..letak lg...smpai rasa pedasnya kurang. 



Korang lah cubalaha...memang best. Tapi aku rasa..best lagi bila buat sambal merah. Lagi rasa best masa cicah tu. So, sampai jumpa lagi.

Wassalam.

13 February 2013

Ikan Sembilang Masak Taucu


Assalamualaikum,

Happy Chinese New Year. Tahun ni tahun Ular kan. Oklah tu...biar ular yang buat kerja. Untuk tahun ni jugak aku masih terima angpau dari bos aku. Boleh tahanlah. Bos kenelah jaga gengsi kan..takkan nak bagi macam aku bagi angpau masa hari raya. Kikiki.

Untuk kali ni, resepi biasa gak. Ala...orang jawa kan...lauknya paling koman mesti tumis-tumis jer. Dulu-dulu masa aku kecik, aku selalu balik kampung. Selalu jugak kene masak. Tapi aruah embah dah sediakan bahan tuk aku masak. Memang tumis-tumis jer. Janji bukan tumis kering. Tumis ada kuah :)

Ikan sembilang ni dapat masa aku g kelong. Memancing dekat kelong. En Suami dapat. Betul-betul dapat seekor jer. Lepas balik tu..aku siang semua ikan yang dapat. Bubuh garam ngan kunyit siap-siap. Simpan dapat peti sejuk. Bila nak masak..keluarkan jer. Goreng..masak...siap.

Tak der idea nak masak. Mula-mula nak gak masak asam pedas. Tapi dah bubuh kunyit. So...masaklah taucu. Masak taucu ni kene pedas sket..baru uuummmpppphh.

Resepi kene bagi ker.? Senang jer ni. Hehe...tak perlah..aku tulis gak. Sebab kan blog masakan. Haha :)


Ikan Sembilangya tak kelihatan..tenggelam dalam kuih yang ter over..kiki :)

  • Ikan sembilang - goreng siap2. Ikan apa2 pun ok.
  • Cili besar hijau + merah
  • Cili padi
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Taucu - aku guna jenama tamin.
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam jangan sesekali guna garam!
Ni jenama yang aku guna. Tak guna yang lain. Gambar ehsan Google
Oh yer..macam biasa gak...bahan aku guna ni...agak2 jer. Jangan lebih sangat lah. Agak-agak ok.
 
Cara aku masak:
  1. Tumis bawang dengan cili. Sampai layu. Lepas tu masukkan taucu. 
  2. Lepas tu..tumis sampai beberapa minit. Bisanya aku tambah air sedikit.
  3. Lepas tu masukkan gula ngan air asam jawa. Masak lagi smpai naik bau. (kalau adalah..haha)
  4. Lepas tu..rasalah..ok tak..kombinasi masam, manis & pedasnya.
  5. Akhir sekali..masukkan ikan. Siap.
Senang kan. Korang lagi hebat lah dari aku. Heeeeeee:)

Biasanya aku masak tumis taucu ikan bilis...Makan dengan lempeng. So..selesai untuk kali ni.

Jumpa lagi!

Wassalam.
 



07 February 2013

Ikan Kembung Siram Santan

Salam,

Ok, kali ni aku sempat amik gambar lauk yang aku masak. Kikikki. Tertunai gak. Sebab dah nekad. Kalau tak nekad. Blog ni jd blog kisah dongeng. Haha.



Ni lauk apa aku tak pasti. Aku dapat idea masak ni dari mak cik aku. Die pernah bagi aku lauk ni. Lebih kurang macam ni lah. Tapi ada petai. Ikan kembung gak. Die kata lauk ikan kembung siram santan.

Haha...ikan kembung siram santan. Ok gak. Jadi..aku masaklah. Last2 En Suami makan..dia suka sangat2. Ya Allah..gembiranya hati,. Aku masak..memang licin lauk ni. dah 4 kali masak. Alhamdulillah..memang habis. Dia kata..ni dah jadi lauk kegemarannya. Wahaha...senang hati :)

Senang hati sebab..lauk yang dia suka...tak susah nak masak..kiki.


Ok, korang bleh gak cuba. Tak susah. Aku jamin...tak sampai 10 min dah siap. Tu tak masuk gorang ikan lah...

Ni resepinya:

Ikan Kembung Siram Santan

  • Ikan Kembung - siap-siap goreng garing yer.
  • Tempe 
  • Bawang besar + bawang putih
  • Cili Api
  • Asam Jawa
  • Gula
  • Garam
  • Santan
Ok, tu bahannya. Macam aku kata sebelum ni. Banyak perkara yang aku agak-agak jer ukurannya. Jadi...terpulang dekat korang nak letak brapa banyak. Tapi...pastikan rasanya seimbang.

Caranya:

Tumis bawang besar + bawang putih + cili api. Dah layu, masukkan tempe. Tempe ni tak payah goreng dulu. Lepas tu, lepas agak2 tempe dah macam garing, masukkan air asam jawa + garam + gula.
Last sekali..masukkan ikan goreng tadi...dah santan. Ada nampak kan..ikan kembung siram santan??

Hahah..bestkan.

Lepas tu.. masak sampai mendidih. Siap. Masak pedas2 pun ok. Kalau nak letak petai pun ok tau.

Ok, selamat mencuba.


Wassalam.


05 February 2013

Apam Polkadot

Salam,

Hari tu dapat order dari sepupu aku...untuk kali ke3 nya. Aku terima lah. Sebab minat tu masih menebal dalam diri aku nak meniaga kecik2 gila ni.

Ok..untuk resepi polkadot ni...aku dah edit banyak kali. Untuk dapatkan apam yang tak keras bila sejuk. banyak resepi yang aku amik dari bloger2 ni..kurang lah sket powernya. Bila sejuk jer..keras!!

Aku kalau nak..aku nk apam tu sentiasa gebu dan lembut. Barulah puas hati.



Alhamdulillah..setakat ni..masih boleh diterima lah. Taklah keras macam masa mula2 aku buat dulu. Lepas sejuk jer...memang agak keras.

Resepinya!

Aku edit lah bagi cun sket. Ampun yer semua..yang aku pernah amik resepinya. Aku kene edit sket..sebab nak bagi lembut jer bila sejuk.

Resepi asal aku dapat dari sini
Aku bukan saja nk derhaka resepi orang..cuma nk yang bagi apam tu gebu. Sebelum ni aku dah cuba..tapi tak dapat kepuasan. Aku inovatifkan sikit.  

275 aku tukar 250 gm tepung gandum
220 aku letak 200 gm gula halus
150 aku letak 170 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 aku letak 4 biji telur sejuk dari peti ais
1 1 sudu kfc tu penuh2 aku letak ovelette
1 ukuran aku..1 penutup botol sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

 
Langkah-langkahnya:
Untuk langkah2 ni..aku tak ubah. Dalam banyak2 resepi..aku guna cara yang ini. Puas hatilah guna cara ni.

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.



 
Ni 1st step. Aku suka guna acuan ni. Apam tak gerak2. Senang nak buat.

Step 2: Isikan sedikit adunan. Separuh pun ok!

Masukkan inti pilihan korang. Masa ni aku guna blueberry.

Isikan balik dengan adunan tepung. Lebih kurang paras kat atas ni, Then...buatlah dot dot.

Dah masak. Aku kukus tak sampai 15 min. Tapi tak kurang 12 min.








 So, boleh lah cuba. Kalau tak nak..order jer. Kikiki..sekarang dah banyak sangat orang jual online. 

Jadi..selamat lah mencuba!!

Oh yer...aku dalam usaha..mcam mana nak buat apam ni tak ada gelembung2 udara tu. Buat apam tak cun :(

Wassalam.