26 August 2011

Selamat Hari Raya!!

Salam,

Tinggal sedikit sahaja masa yang ada untuk kita merasa ramadan kali ni. Adakah ini ramadan kita yang terakhir? Semoga kita diketemukan lagi untuk ramadan akan datang.amin...

Ok, dikesempatan ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Aku nak mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap yang aku sendiri tak sedar. Kita hanya manusia biasa dan tak mungkin sempurna dalam segala hal.hehe.

gambar ihsan Google

Hari raya kali ni aku sambut meriah sedikit kot. Sebab ada ahli baru. Abang ipar aku Abie. Yang pasti hari raya akak aku akan menjadi lagi meriah sebab dah ada suami dengan keluarga mertua. Dan insyaallah giliran aku lepas ni pulaks...haha..

Seperti tahun-tahun sebelum ni, juadah raya pertama keluarga aku agak meriah dari biasa. Jadi sapa-sapa yang teringin nak makan nasi jagung dan lauk pauknya, jemputlah datang rumah raya pertama sahaja ok. Raya kedua pulak aku pergi balik kampung belah aruah mak. Untuk ziarah keluarga adik beradik mak aku dan singgah rumah aruah embah itupun kalau ada lah pakcik aku. Kalau die balik kampung jugak, aku akan rasa tak meriah dah nak balik kampung :(

Semoga raya kali ni dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang selama ni tidak berapa indah. Sapa-sapa yang pulang beraya ke kampung yang agak jauh, berhari-hati di jalan raya ok.

Blog ni berehat untuk sementara menyambut raya.heeeee..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Wassalam.

Nota: Al-Fatihah untuk aruah emak aku, Hasnah Binti Badri. tq

23 August 2011

Roti Jala

Salam,

Yuhuuu,........alhamdulillah..tinggal lebih kurang 6 hari lagi kita meninggalkan ramadan. Terasa cepat sangat ramadan untuk kali ni. syukur Ya Allah, aku dapat puasa dengan kesihatan yang baik tanpa gangguan dari masalah gastrik.Kesimpulannya, sapa-sapa gastrik boleh puasa ok. Gastrik bukan alasan tuk tak berpuasa.

Kuih raya aku pun dah meningkat jumlah. Tahun ni tahun paling banyak aku buat kuih raya. Tak tau aku dapat semangat dari mana nk buat berjenis-jenis kuih. Mood rajin terlampau.hehe...untung orang yang datang umah aku. Stok raya memang semua dibuat. Tapi hari ni aku nak pos roti jala. Mungkin jadi menu pagi raya nanti :)

Roti jala ni perlukan skil untuk buat masa atas kuali leper. Masa pusing atas kuali leper kene cepat. Tak boleh slow-slow. Nanti membedel. Tebal plak karang jadinya. Mungkin percubaan pertama tak menjadi, kene usaha banyak kali yer..:)
roti jala yg aku buat untuk jualan dekat pasar ramadan..



Yang ni sebelum digulung..lipat pun bleh


Bahan-bahan: 

1kg tepung gandum
Sebiji telur
Pewarna kuning
Air
Garam secukup rasa.

Caranya:
Bancuh semua bahan dekat atas. Lepas tu blenderkan tepung tu. Biar licin tak sangkut masa kita menjala. Kene pastikan adunan tak terlalu cair dan terlalu pekat.Ok.

Paling sedap makan masa panas-panas dengan kari ayam. heeeee..

Untuk akan datang, mungkin aku upload gambar-gambar kek aku. Harap-harap sempatlah aku update yer. Selamat berpuasa dan mengejar pahala 10 malam terakhir ni dan selamat menyambut persiapan raya :)

19 August 2011

Kuih Kole Kacang @ tepung kacang hijau

Salam,

Aku ada masa ari ni. Yelah exe aku dah keluar pergi lunch hour. Ok2..bos aku Cina ok. Kat ofis pun hari-hari belah limau lah, epal lah. Aku..sabar jer..:)

Ok, kuih hari ni yang aku nk update, bukan aku yang buat sebenarnya, tapi abah aku. En Badai. Kuih ni salah satu kuih yang abah aku jual dekat bazar ramadan Banting. Kuih  ni antara kuih yang mendapat sambutan dan selalu habis, Insyaallah. Tapi kalau masa orang tak ramai, memang terdayau lah kuih ni. 

Untuk makluman, minggu ni, keadaan dekat bazar ramadan teramat lengang. Tak sesak macam awal bulan. Sebab tu jualan agak merosot masuk minggu ke3 ni. Tapi untuk rekod, jualan insyaallah akan meningkat balik pada minggu terakhir. Lagi hebat masuk hari-hari terakhir. Aku pernah berniaga dengan Wawa sehari atau 2 hari sebelum raya. Abah aku dah tak jual masa tu. Aku dengan Wawa semampunya buat kuih guna modal sendiri. Dalam RM 50.00 dan lebih2 sket jer. 

Aku buat dalam 4 jenis kuih kalau tak silap. Bajet memang tak abislah, malu pun ada padahal dah selalu niaga. Nak dijadikan cerita, sebelum pukul 6 kuih kitaorang dah abis. Haha, masa tu gelak dengan Wawa macam tak percaya. Abah aku pun tak percaya. Keuntungan bersih kitaorang dapat ialah hampir ke RM 200. Wah..tahun ni insyaallah kitaorang nk niaga lagi. Tapi tengok keadaan jugak. heee :)



Ok, bahan-bahannya aku boleh tolong list kan yer. Tapi masalah dekat anggaran. Harap2 anggaran yang aku bagi kuih ni jadi.:)

Bahan-bahan:
Sebungkus tepung kacang hijau - Cap apa2 pun boleh
Santan - abah aku guna santan serbuk sepeket
Gula - 1 mangkuk
Air - 2 mangkuk sederhana besar

Caranya:
Bancuh tepung kacang hijau dengan sedikit air. Ni nak bagi tepung sebati. Air ni tak masuk yang dua mangkuk tu. Lepas tu dalam periuk, masukkan air dan adunan tepung tu sekali. Masukkan santan serbuk dan gula.Dan kacaulah sampai adunan tu tanak. Pekat dan berat. Adunan ni makin lama makin berat dan pekat. Lepas masak, masukkan dalam dulang empat segi. Tunggulah sampai sejuk. :)

Ok, kuih ni disertakan sekali dengan tahi minyaknya. 

Cara buat tahi minyak:
Santan segar dari sebiji kelapa.

Masak santan dalam kuali. Biarkan sampai santan mendidih. Api perlahan dan kacau perlahan. Sampailah santan tu kering. Last sekali akan terhasil sekali minyak kelapa. Tapis minyak dan sisa tulah tahi minyak Minyak tadi tu boleh guna. Wangi ok. So, selamat mencuba yer.

Wassalam..

18 August 2011

Kuih Raya Ke 2 Semprit!

Salam,

Wah..tak lama jer lagi nak raya. Aku pun nak ringkas kan sebab terkejar masa nak siapkan semua kerja sebelum cuti raya. Dahlah aku dapat cuti seminggu...gempak raya tahun ni. Kalau nak tau kenapa kuih-kuih raya yang aku buat ala-ala kuih lama-lama jer, jawapannya aku pun tak tau. Apa yang aku rasa, aku nk sangat buat semprit ni. Aku pernah buat tahun2 sebelum ni. Tapi hampeh.

Dan semalam sempena cuti Nuzul Al-Quran aku berusaha dengan jayanya membuat semprit ni. Bahan dah lama aku beli tapi mood masak tak sampai-sampai. Aku tak suka sangat buat waktu malam, sebab takut penat sangat. Karang masa sahur aku pun terbabas.

Semprit kali ni aku rasa kuih semprit tercantik yang pernah aku buat. Bukan satu dunia ok, tapi bagi aku jer. Tak kisahlah, puji diri sikit jer.haha.So, korang pun cubalah yer. Aku amik resepi dari sini ok.






Ni bahan-bahan tuk semprit ni:
300g butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati. 
Dah sebati terapkan doh tu ikut acuan yang korang minat. Lepas siap bakar dalam suhu 150 darjah selama 15 min tau lebih kurang lah.

Dalam gambar tu, aku letak coklat tapi gaya tak berapa rajin. Habis rosak semprit aku, haha nasib baik rasa sedap jer.

So apa lagi, cubalah yer.

Nota: aku tak pos sebarang lauk pauk sbb mmg tak masak, semua beli jer :)


12 August 2011

Biskut Raya Pertama!

Salam,

Lama tak update, apa nk buat, kerja tu amanah. Kene dahulukan kewajipan. Lagi2 nak raya. Kene siapkan awal. Kalau tak alamak lah, raya kat ofis. Ada banyak benda nak kongsi dengan semua, tapi masa tu sempit sangat. Tunggu bos aku g luar negara baru relaks..haha :)

Ok, kali ni aku paparkan biskut raya aku yang pertama untuk tahun ni. Mood aku ok tahun ni untuk buat biskut. Sebelum2 ni aku tak buat satu apa pun. Tak tau pasal apa. Mungkin sebelum2 ni masih lagi terasa kehilangan aruah mak walaupun mak pergi dari tahun 2006. Tapi masih lagi terasa mak ada dekat umah tu. :(
Malam tadi dengan semangat yang kental, aku gagahkan diri untuk kedapur. Lepas balik beli barang jer, aku terus buat biskut pertama ni. Biskut dahlia. Haha..tak pernah masuk carta pun biskut ni dalam list biskut kegemaran aku. Tapi tak tau, nak merasa buat kot. Aku amik resepi dari Blogger popular, Chef Mat Gebu. Korang tengoklah hasil die dengan hasil aku..hahaha ..korang tgk hasil pro die kat sini sini ok.Semua resepi korang bleh amik dekat blog CMG tu ok.






So, korang bandingkan lah dengan apa yg aku buat.heeeeee..tapi aku suka jer. Sebab korang tak rasa kan..Nak rasa, jemput kerumah yer.:)

Wassalam.

04 August 2011

Kek Batik!

Salam,

Ketemu kita kembali. Aku agak sibuk awal bulan dan tak dapat nak spend banyak masa membebel.hehe. Tapi ada jer benda nak diupdate. Ni dah amik masa keja sekejap, lgpun aku kene rehatkan minda sekejap. Tak nak lah asyik tekan calculator sepanjang hari!

Ok, untuk ramadan ni, aku dapat balik awal stgh jam awal. Tapi jgnlah igt bos aku tercinta tu bagi free mcm tu saja. Tak mungkin lah. Waktu rehat aku dipotong stgh jam jugaklah. haha..Baik kan bos aku, memahami jiwa pekerja. ( :( )..

Bulan ramadan jugak macam tahun-tahun sebelum ni, bapak aku berniaga di bazar ramadan Banting. Maka aku dengan rela hati menjadi pembantu abah aku. Lepas kerja aku balik umah. Masak nasi dan sembahyang sebelum pergi ke pasar. Tapi tak berapa indah tahun ni disebabkan abah aku ada pembantu baru. Memang tak indah sebab aku tak dapat nak tolong. Semua pembantu tu yg buat. Tapi tu mmg kerja die kan.haha. Tak perlah, kira aku datang pasar cuma beli juadah buka pose :)

Kali ni aku nak kongsi pasal kek batik. Kek batik ni korang boleh dapatkan dari gerai abah aku lah. Hehe..ni bukan promosi tau. Cuma bagi tau jer.:). Tapi aku tak dapat nak bg ukuran yang sebenar pasal anggaran bahan-bahannya. Sebab aku buat sekali banyak.Aku cuma harap, anggaran yang aku bagi ni tak akan buat masalah lah. Kalau lembik sangat, tambahkan biskut merry. Korang boleh tengok masa prose menggaul. Ok.










Ok, ni bahan-bahanya ok. Ni versi family aku ok.Terpulang korang nak tambah milo atau lain2.

Kek Batik

600gram biskut merry
1 cawan koko
1 cawan margerin
3/4 cawan gula - mungkin boleh kurang sket
sebiji telur
3/4 air

Caranya

Satukan bahan-bahan kecuali biskut merry. Untuk biskut merry aku cadang korang guna yang dibeli timbang. Kalau nak guna yang paket beli yang biasa. Bukan yang ada perisa coklat.
Satukan bahan atas api sederhana. Anggaran masa dalam 15min atau hingga pekat.
Sebelum tu patahkan biskut merry. Patahkan dua sahaja.
Masukkan dalam kuah tadi. Kacau sehingga sebati. Bila dah sebati, korang tengoklah samaada biskut merry lebih atau kuahnya yang lebih.Kalau nampak macam basah sangat tambahkan lagi biskut merry. (Ni kene guna skill agak-agak..hehe)
Last sekali masukkan dalam bekas,tekan guna tangan.Tapi tangan tu dah dibalut plastik. Sampai mampat. Bagilah bapak korang tolong atau suami korang.hehe. Ratakan setiap penjuru.
Dah siap! Tak payah simpan dalam peti sejuk. Lepas 1 jam boleh potong.Hehe

Ok, senang jerkan. Kalau masih malas, pergi bazar ramadan beli dekat abah aku ok. :)

Wassalam.