25 October 2011

Pressure Test

Salam,

Happy Deepavali....siapa2 yang sambut..daptlah rasa kemeriahannya ok...

Hidup banyak dugaan kan...mmg...banyak sangat. Tapi itulah asam garam kehidupan kita. Macam tu jugak dengan aku. Minggu ni cuma tinggal brapa hari jer lagi majlis aku. Tapi perkara yang berlaku dekat pejabat betul2 mengacau ketenangan aku. Kerja-kerja banyak sampai mengganggu keadaan diri aku yang perlu ketenangan.

Gambar ihsan Google

Mungkin ini dugaan yang Allah beri. Kerja datang masa yang sama aku kene merancang majlis pertunangan aku. Nasib ada cuti Deepavali. Dapat lah aku keluar dari kepompong tugasan pejabat. 

Apa yang aku kurang berkenan, semua tugas yang datang adalah kerja yang dah lepas2. Tahun 2004! Ada supplier faks invoice tahun 2004. Haram kejadah aku kene bukak balik buku tahun 2004.

Ada lagi pulak dugaan, supplier tak puas hati hanya sebab penyata akaunnya tidak sama dgn rekod kitaorg. Memang lah tak boleh sama kalau tak rekod urusniaga dalam masa yang sama! Perkara ni sedikit sebanyak memberi tekanan yang tinggi.

Selain tu tugas aku sebagai akaun eksekutif juga telah menjadi admin eksekutif, HR eksekutif. Wahhh..banyak bidang kerja yang melalut..tapi satu aliran kerja. Wajib buat beb.

Dan yang paling tertekan bila kerja untuk menguruskan tandantangan dan resolution semua pemegang saham! Ini lagi satu tugas yang sangat2 memberi tekanan. Bukan mudah nak dapat semua tandatangan. (sebenarnya senang kalau ada meeting! tapi meeting dah lepas!)

Apapun aku terima sebagai cabaran. Allah takkan menguji hambanya dengan macam2 dugaan kalau Dia tau hambanya tak mampu nk hadapinya. Insyaallah semuanya akan berjalan dengan baik. Amin..

Nota: Hari ni naik moto..pertama kali kene hon!!..lampu isyarat dah hijau aku tak jalan :))

Ayam Sambal Bertomyam & Sayur Campur Bertelur

Salam,

Wah...suka-suka...Masterchef Malaysia dah mula..lepas tu Junior Masterchef Australia diulang tayang. Seronok sangat. Jadi..waktu malam aku dah tak bosan. Aku tak tau kenapa..suka sangat tengok show Masterchef ni. Tapi aku tak berapa minat yang versi US punyer. Macam tak der ketenangan tengok show versi US. Gaduh-gaduh...dengkilah, busuk hati..pastu lagi dengan jurinya. Agak kasar..makanan yang tak sedap masuk tong sampah. Mungkin cara mereka dah biasa. Apa pun, ni pendapat aku sahaja.

Ok, mood masak aku ditahap yang baik. Jadi..berasap balik dapur kat umah tu..kalau tak berabuk adalah. Kali ni resepi aku yg cipta. Ala2 invention test...konon2 dalam Masterchef Australia..haha. Aku pun tak tau nk masak ayam yang ada. Dalam masa yang sama..otak aku berputar nk buat apa. Ting!!!..idea datang..





Ok, ni lah hasilnya...ayam sambal bertomyam. Aku mmg nak mengaku..memang ada rasa sedapnya. Heheh..Caranya senang jer..Pertama sekali..ayam tu goreng masam biasa. Letak serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Kedua..aku potong bawang besar ngan garlic. Tak kisah bentuk mcm mana.Tumis macam biasa. Letak lah sambal a.k.a cili boh..pastu..aku letak..kiub tomyam. Aku letak 1/2 sudu jer. Lepas tu..serai, daun limau purut, garam, gula. Tu jer letak. Kan..masak mmg senang.hehe.

Hasilnya, rasa tomyam tak berapa kuat..cuma ada bau daun limat purut. Tapi tak rasa smbal sgt sebb ada rasa tomyam..Kira ni lauk balance antara smbal dgn tomyam. Aku tak amik dr sapa2 resepi. Kalau sama dgn sapa2 hanyalah kebetulan..



Ni pulak hasil dari idea nk masak sayur. Ni pun kira aku tibai..Idea datang..aku masak jer. Mula2 mmg risau..sedap ker aku buat ni. Karang abah aku tak mau makan plak. Ni sayur goreng biasa. Tapi extra telur.

Caranya sama jugak macam yg biasa2 masak tumis sayur. Sayur pilihan aku..lobak, bronkoli dan cendawan. Aku tambah sos tiram. Lepas tu masukkan semua sayur, dan bila dah nak masak..aku masukkan telur. Masak sampai telur tu masak. Jangan lama sangat. Nnt tak sedap bila kering sgt. Ok.

So, last sekali makan dgn nasi panas. Sedap!

Wassalam.

22 October 2011

Siakap Stim

Salam,

Ni entry ke 3 aku...semua dah siap..cuma aku publish dalam hari yang sama. Lepas aku edit apa yang patut..cek semua ejaan..aku publish...Mungkin ni lah masa yang ada untuk update.hehe..

Ok, kali ni pulak resepi siakap stim. Selalu aku cuma buat siakap 3 rasa. Kali ni nak ubah selera.Konon2nya nk menjaga badan yang dah besar. haha...

Resepi ni aku amik dari blogger Wana Yusuf. Blog die Potret Kasih memang aku folow. Banyak jugak dah resepi die aku cuba dan alhamdulillah berjaya. Ni hasil dari Kak Wana..korang boleh jalan2 ke sini dah boleh refer sekali resepinya. Aku tak mau nk letak kat sini. hehehe..daptlah korang g lawat blog org lain kan.




Nampak mcm pelik sikit. Ikan aku dah siap potong, hoho...ada sebab. Sebabnya aku tak der pengukus besar dari yang akak aku punyer. Jadi jalan terbaik terpaksa aku potong 3 bahagian. Tapi bagus jugak..senang nak makan. Lagipun kat umah aku mmg tinggal 3 orang jer. Sorang 1 bahagian.hehe.

Alhamdulillah, untuk pertama kali aku puas dengan siakap stim ni. Masak dgn sempurna. Ikan tak hanyir pastu tak terlebih masin pun. Memang puas hati. Walaupun aku rasa mcm ada yang kurang. Heheh.

Oh yer..lagi 1..siakap stim aku ni tak guna cili. Macam biasa...atas sebab kesihatan abah aku. Aku tak boleh nk letak cili walau sebiji. Mungkin rasa yang kurang td adalah cili. Kalau ada cili..mmg meletop lah..!!

Wassalam.

Ayam Panggang dot dot

Salam,

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dibumi Allah yang indah dan damai. Ok kali ni aku nk update menu ayam lagi. Mungkin aku suka makan ayam kot. Sebab tu tak pernah ada menu daging. Aku tak berapa retilah masak lauk daging. Tapi aku akan belajar jugak.

Ok, kali ni aku tak pasti lagi ayam apa aku buat. Ayam panggang kot lebih elok dari ayam bakar. Bakar kene ada arang kan. Tp panggang tak kisah. Janji ada api. Ok, ayam ni aku masak atas kuali jer. Kunun2 nk ikutlah resepi dari blogger Potret Kasih. Die masak Grilled Chicken With Fresh Herbs. Kira nk dijadikan cerita, aku lupa nk copy paste resepinya. Baca2 tup balik terus cari ayam. Hah, hasilnya jauh gila dari die punyer.

Korang bleh g sini untuk tengok resepi dah hasilnya. Beza gila dengan apa yang aku buat. Apapun, hasilnya aku yang makan. Sedap atau tak, tu rahsia akulah. Korang tengok jer gambar ni. Klo rasa sedap, sedaplah..klo tak..taklah yer..hehhee.




Tapi tulah, aku rasa, semenjak dua menjak ni, aku masak semua tak jadi. Tu yang mcam pelik,. Sedap dah belakang kira lah. Mmg taklah..tapi..aku pun tak tau lah kenapa. hehe..Korang tak payah muskil lah, tak der apa2 pun.
Korang tengok..aku siap beli salad lagi..Siap dengan kobis purple..huhu...konon2 jer.... Bronkoli tu aku dah siap rebus biar empuk. Errmmm..hasilnya nmpak boleh tahan jugaklah...Cuma..yang buat kacau sos tak sedap. Sos jenama apa tak tau. Ni stok lama masa buat lauk hari raya. Apa pun..selamat layan mata..hehe

Wassalam..


Gembira & Cendawan

Salam,

Hah...akhirnya dapat jugak bercinta di blog ni. Masa ada tapi emosi tak berapa stabil. Jadi tak der lah sebarang post baru2 ni. Padahal banyak dah menu yang aku buat. Tinggal nk post jer. Tak per, aku nk update dulu citer ni. Gembira. Betul..kita patut gembira dengan apa yang kita. Kita gembirakan jer hati walau pun susah. 

Biasanya aku suka habiskan masa dengan sepupu aku yang kecik2 tu. Hati aku akan tenang dan gembira jer layan budak kecik. Budak kecik jujur...tak sakitkan hati pun. Jadi..klo korang nk ikut petua aku..jumpalah budak2 kecik. Kompom budak2 tu akan gembirakan hati korang.


Ahad lepas baru ni, aku angkut sepupu aku..bawak pegi jalan ker Alamanda, Putrajaya. Budak2 tu gembira..aku lagilah gembira. Ingat yer..petua nk gembirakan hati..cakap dengan budak2, tapi pastikanlah budak2 yang dah pandai cakap yer...heheh



Aku tak sempat nak amik banyak gambar dgn budak2 ni. Sebab tak cukup tangan nk kawal budak berdua ni. Ada abgnya sorang lagi..tapi tak suka dgn camera..kikiki..

Ok..aku nk masuk cerita pasal cendawan plak. Tak der yg menarik pun. Cuma, baru2 ni..rasa nk makan cendawan goreng..kikiki...nk beli kat pasar mahal. Satu cup jer dijual RM1. Memang untung lah sapa yang jual cendawan goreng. Modalnyer murah. Aku beli cendawan kat econsave baru dalam lingkungan RM 2.20. Kalau tak silap akulah. Aku tak amik resepi dari mana2. Semua aku hantam sendiri.

Tapi aku dah siap2 beli tepung rangup. Senang jer kan. Pecahkan telur..masukkan cendawan. Lepas tu masukkan dalam tepung. Bila tepung dah rata..masukkan dalam minyak yang betul2 panas. Peeeerrrrhhhh...memang best.hehe...



Bila dah lama tak makan, rasa macam puas jer bila buat sendiri. Oh yer...aku ada beli tempe...aku goreng sekali. lagi sedaplah..siap goreng..aku terus makan depan tv..sambil tgk cerita Soffiya...

Wassalam...

10 October 2011

Al kisah pancake Jawa

Salam,

Hari ni bertarikh 10/10/11..sebulan lagi 11/11/11. Tarikh yang cantik tu. Tapi tak der kene mengena dengan hidup aku pun.hehe. Saja jer cerita pasal tarikh cantik. Orang cina suka tarikh cantik-cantik ni. Ada 'ong' katanya. Flat kereta bos aku nombor 28. Anak beranak sama nombor. Padahal tak der apa-apa pun, cuma kepercayan mereka pada nombor yang dah disembahyangkan tu.:)

Ok, semalam aku baru jer terima sms dari kenalan baik aku, emaknya baru meninggal dunia. Sedih sangat-sangat sebab terasa balik apa yang pernah aku rasa sebelum ni. Cuma lebih sedih bila kenalan aku tu, hanya menunggu masa untuk melahirkan anaknya yang ke3. Apa pun Allah lebih mengetahui dari segalanya. Semoga emak kenalan aku dicucuri rahmatNya. Al-Fatihah.

Kisah yang aku nk kongsikan adalah berkaitan dengan tajuk tu. Semangat sangat-sangat aku nak buat pan cake. Walaupun dalam istilah jawa, lempeng jer. Tapi..tulah, orang lain buat, aku pun nak cuba jugak. Rasa boleh diterima, tapi rupa. Ada apa pada rupa??...bagi aku lah..rupa adalah sama dengan rasa. Rasa ok tapi rupa ko..lemah longlai nk makan.:((
 
Aku dok pikir apa sebabnya pan cake aku pelik rupanya, sampailah abis aku buat..daptlah aku huraikan beberapa sebab yang buat pan cake aku tak ayuuuuuu...

  • Mungkin - kuali yang aku guna. Arahan bgtau, guna non stick kuali. Aku pun guna - non stick tapi ttp tak menjadi. Kesimpulannya kuali aku murah.
  • Kepanasa kuali - tak dinyatakan pada resepi. Aku tibai. Kejap panas, kejap slow. jadinya pan cake pun hidup segan mati tak mau.
  • Mungkin - masa tak sesuai. Aku buat lepas bangun tido..kikikikiki
  • Mungkin - pertama kali buat.
Ni antara sebab kebarangkalian ketidakjadian pan cake aku. Biasanya aku tak kan putus asa bila hasilnya tak berapa jadi. Aku akan target aku akan buat sampai jadi !. tapi bila dah pandang sebijik macam lempeng, serius tak mau aku buat lagi. Baik aku buat lempeng keras resepi aruah mak aku kan...hehehe:)

Korang nak cuba, amik resepi ni:
FLUFFY PANCAKE
source: food.com
 
Bahan:
 
1 1/4 cwn tepung serbaguna
2 sudu makan gula
2 sk baking powder
3/4 sk salt
1 1/3 cwn susu segar
3 sudu makan minyak sayur
1 biji telur * saya letak 2 biji
 
Directions:
 
1  Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk besar. Ketepikan.
2. Campurkan susu, minyak dan telur di dalam bekas yang lain dan sebatikan.
3. Masukkan campuran susu ke dalam bahan kering. Gaul sebati.
4. Saya biarkan adunan 10-15 minit tertutup.
5. Masak pancake menggunkaan non-stick pan atau sapukan sedikit butter pada pan biasa.
6. Masak hingga keperangan.
7. Hidangkan dengan topping kegemaran.

Jadi, aku pun tak der hati nk cuba dah. Aku yakin..1 masa aku bleh buat sebijik macam orang lain buat yang cantik2 tu. 

Tapi..tapi..semngat aku tak semudah tu luntur, aku pun berilah nama baru tuk pan cake aku ni. Sekadar hiburan untuk hati aku. pan cake versi jawa. Ni satu daripada motivasi sekiranya hasil yang aku harapkan tak memuaskan hati.

Korang nk tau macam mana rupa pan cake tu. Jom layan gambar-gambar, hasil dari ketidak seriusan aku masa buat pan cake ni. Dalam hati nak buat, tapi takut tambah gemuk!! Hah, itu sebenarnya sebabnya. Hati tak ikhlas. padan muka diri sendiri. heheh:) Setiap gambar aku kisahkan satu persatu ok.

Ni cubaan pertama dan kedua. Adik aku pilih pan cake yang pertama. Sebabnya tak pasti..tapi menyedihkan dah masa ni..yang kedua macam keras kan..Yer jwpannya.

Korang tak rasa ker..ni sebijik lempeng??..Yer jwpannya..no komen dah

Hangus sebahagian...tanda kuali tak berkualiti lah...panas tak rata..tak pun dapur gas tu tak canggih...

Kulit pancake mana ada macam ni kawan-kawan!!!!

Gambar sisi...langusng tak der seni dunia pancake!!

Kesimpulannya..memang lempeng. Ni last sekali..aku buat paling besar..sebabnya kecewa sgt2...jadi..aku reda..


Pancake sedap dimakan dengan madu, jem atau lain..aku ada jem bluebery..tapi tak der makna. Aku potong kecik2 macam ni..aku makan dengan makcik2 aku..Die tanyer..ko buat apa ni. Aku kata..lempeng cik :((



Wassalam...

Nota: :)