25 October 2011

Ayam Sambal Bertomyam & Sayur Campur Bertelur

Salam,

Wah...suka-suka...Masterchef Malaysia dah mula..lepas tu Junior Masterchef Australia diulang tayang. Seronok sangat. Jadi..waktu malam aku dah tak bosan. Aku tak tau kenapa..suka sangat tengok show Masterchef ni. Tapi aku tak berapa minat yang versi US punyer. Macam tak der ketenangan tengok show versi US. Gaduh-gaduh...dengkilah, busuk hati..pastu lagi dengan jurinya. Agak kasar..makanan yang tak sedap masuk tong sampah. Mungkin cara mereka dah biasa. Apa pun, ni pendapat aku sahaja.

Ok, mood masak aku ditahap yang baik. Jadi..berasap balik dapur kat umah tu..kalau tak berabuk adalah. Kali ni resepi aku yg cipta. Ala2 invention test...konon2 dalam Masterchef Australia..haha. Aku pun tak tau nk masak ayam yang ada. Dalam masa yang sama..otak aku berputar nk buat apa. Ting!!!..idea datang..





Ok, ni lah hasilnya...ayam sambal bertomyam. Aku mmg nak mengaku..memang ada rasa sedapnya. Heheh..Caranya senang jer..Pertama sekali..ayam tu goreng masam biasa. Letak serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Kedua..aku potong bawang besar ngan garlic. Tak kisah bentuk mcm mana.Tumis macam biasa. Letak lah sambal a.k.a cili boh..pastu..aku letak..kiub tomyam. Aku letak 1/2 sudu jer. Lepas tu..serai, daun limau purut, garam, gula. Tu jer letak. Kan..masak mmg senang.hehe.

Hasilnya, rasa tomyam tak berapa kuat..cuma ada bau daun limat purut. Tapi tak rasa smbal sgt sebb ada rasa tomyam..Kira ni lauk balance antara smbal dgn tomyam. Aku tak amik dr sapa2 resepi. Kalau sama dgn sapa2 hanyalah kebetulan..



Ni pulak hasil dari idea nk masak sayur. Ni pun kira aku tibai..Idea datang..aku masak jer. Mula2 mmg risau..sedap ker aku buat ni. Karang abah aku tak mau makan plak. Ni sayur goreng biasa. Tapi extra telur.

Caranya sama jugak macam yg biasa2 masak tumis sayur. Sayur pilihan aku..lobak, bronkoli dan cendawan. Aku tambah sos tiram. Lepas tu masukkan semua sayur, dan bila dah nak masak..aku masukkan telur. Masak sampai telur tu masak. Jangan lama sangat. Nnt tak sedap bila kering sgt. Ok.

So, last sekali makan dgn nasi panas. Sedap!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment